Followers

Wednesday, November 24, 2010

Apa Ada Dengan Milano II

Sambungan dari yang sebelum ni. Next destination yang wajib pergi di Milan adalah Castello Sforzesco. Castello bermaksuk castle atau istana. Agaknya Rosyam Noor amek nama Castello dari sini la kot. Kalau dari Duomo di Milano nak ke situ memang boleh jalan kaki je. Dalam 5minit berjalan. Istana ini dahulunya merupakan tempat tinggal bagi Duchy of Milan yang mana kininya hanya merupakan sebuah museum dan menjadi tempat simpanan karya-karya seni. Jujurnya saya pun tak tahu banyak berkenaan istana ni, yang saya tahu dalamnya cantik la sebab taman-tamannya dihias cantik dengan struktur bangunan yang masih kukuh. Layan gambar je la eh ;)

4 budak hitam


lepas snap baru perasan, kebetulan yg sorang baju biru dekat mini car biru dan sorang lagi warna merah dekat kereta merah

Yoong.


bahagian belakang Castello

uncle ni steady je tunduk mengukir lobak2 merah n putih dia jadi bentuk bunga, naga, burung, rabbit, ungka, siamang dll





Tuesday, November 23, 2010

Lago Di Como (Lake Como)


Itali sememangnya terkenal juga dengan tasik semulajadinya yang cantik-cantik. Lake Como yang merupakan tasik ketiga terbesar di Itali ini (selepas Lake Garda dan Lake Maggiore) boleh dikatakan tasik paling popular di situ. Sejak dari zaman Rome lagi, tasik ini sememangnya menjadi tumpuan bagi golongan orang atasan dan merupakan salah satu destinasi romantis di Itali. Jadi tak hairanlah kalau George Clooney, Madonna, Ronaldinho, Gianni Versace dan ramai lagi selebiriti memilih untuk membina villa masing-masing persisir tasik ini. Jadi jangan terkejut kalau korang ke sana dan tiba-tiba terserempak dengan Ronaldinho yang sedang memancing ikan di tepi tasik. Kalau nak dikira taraf artis malaysia pun tak kurang hebatnya juga. Tapi artis kita ni tak bina rumah, dia bina masjid. Iaitu Maya karin memilih Lake Come sebagai lokasi majlis resepsi perkahwinannya di Itali. Tapi sayang, jodoh mereka tak panjang pula ya.

Kalau dilihat melalui map, tasik ini kelihatan seperti membentuk abjad Y yang terdiri dari 3 bahagian penempatan/bandar kecil iaitu Bellagio, Menaggio dan Varenna. Akan tetapi Bellagio selalunya menjadi pilihan ramai berbanding dua kawasan penempatan lain kerana tarikan binaan villa dan taman-taman yang terdapat di situ. Di tepi persisiran tasik ini dipenuhi dengan binaan villa dan resort serta hiking paths. Kalau di musim panas, tasik ini dipenuhi dengan aktiviti air dan boat trips. Merupakan tasik terdalam di Eropah dengan kedalaman 400m dan terletak di bahagian utara Itali yang dikelilingi dengan bukit-bakau dan gunung-ganang yang sememangnya boleh menstimkan pandangan mata. Tasik ini merupakan sempadan kepada Negara Switzerland.



Perjalanan sehala ke tasik ini dengan menggunakan tren hanya memakan masa sekitar 50minit dari Milano Centrale dengan harga tiket 3 ke 5 euro. (Ini yang sernok travel menggunakan duit euro ni, semuanya dengar macam murah je kan. macam RM3 ke RM5 je.)Tasik ini kebiasaannya tidak begitu sesak dengan pelancong melainkan pada waktu-waktu sambutan hari tertentu. Masa saya turun saja dari keretapi, memang dapat terasa udara segar dan tiupan angin dari tasik tersebut. Kagum. Kami duduk di tepi tasik tersebut dan melihat suatu pemandangan yang amat menakjubkan. Biasalah masa baru-baru sampai di Milan, kami masih lagi jakun untuk mengambil gambar sendiri bergilir-gilir (haha marah bebudak ni klau tau aku cakap mcm ni).


Lepas tu kami beli tiket feri perjalanan sehala menuju ke Bellagio di mana feri tersebut akan muncul dalam sejam sekali. Sementara menunggu ketibaan feri kami berjalan-jalan di kawasan berhampiran dan apa yang paling menarik mata saya adalah kedai Emporio Armani. Ada sehelai tshirt yang sememangnya menggugat keimanan saya untuk memlbelinya kerana saya dapati harganya sedikit murah berbanding apa yang ada di Milan. Antara pasti tak pasti, saya pun buat keputusan untuk beli masa perjalanan nak balik nanti.


Naik ferry. Kami dapat lihat villa dengan lebih dekat lagi Kadang-kadang terasa feri ni bergoyang macam nak tunggan terbalik pun ada hehe tapi memang best. Saya tak berapa ingat masa perjalanannya tapi yang saya tahu memang terasa macam lama. Dalam setengah jam macam tula. Okay sampai di sini saja. Selebihnya kita cerita melalui gambar2 saya pula okay.







Gambar-gambar selibriti dan tokoh politik yang pernah sampai ke tasik tersebut. Cuma sorang je yang saya kenal iaitu Ronaldo.







Disebabkan kami stay di Bellagio sampai lewat petang, ferry pun dah takde. Kami naik bas yang dekat sejam kami tunggu barulah sampai. huhu sejuk menggigil masa tu. Dengan itu tiadalah tshirt armani tersebut. selamat duit aku haha

Monday, November 22, 2010

Kebab Milano

Bila sebut je pasal makanan Itali, dah sah-sah korang akan terbayangkan spaghetti, pizza, pasta, posto(posto ni post office hehe) dan macam2 lagi kan . Tapi kali ni saya nak share dengan korang semua makanan lazim saya pada setiap hujung minggu iaitu Kebab. Ya Kebab! Cara mereka sebutnya adalah kay-bab.

Makanan yang berasal dari Timur Tengah ini banyak sekali dijual di Itali terutamanya di kota Milan dan Rome.Rasanya situasi yang sama juga di Bandar-bandar Eropah lain. Yelah kalau dah ramai pekerja-perkerja asing beragama Islam (seperti dari Morocco, Mesir, Algeria Tunusia dll) yang masuk ke situ, jadi tak mustahillah kedai kebab boleh ditemui dengan banyak sekali di sana. Lagi- lagi pulak kadang tu susah nak dapat merasa daging halal, so inilah cara yang paling mudah buat saya nak merasa makan daging.


Haa jangan main2. Rekod dunia untuk kebab terbesar tau..


Antara banyak-banyak kebab yang pernah saya makan, memang tak boleh menandingi Kebab pasar minggu. Saya sendiri yang menamakannya kebab pasar minggu sebab dijual hanya di pasar minggu di Metro Station San Donato pada belah siang hari ahad. Pasar minggu tu memang dibuka khas untuk orang Islam terutamanya pekerja asing untuk berniaga. Jangan terkejut kalau tengok dorang jual barang-barang terpakai seperti laptop, mesin basuh, dan macam2 lagi barang. Kelam kabut sikit keadaan dalam pasar tu. Tapi yang menariknya, barangan2 islamik sperti pakaian muslim muslimah, hiasan ayat2 Al-Quran dan macam2 lagi ada dijual di tepi train station tu. Ayat Al-Quran pun berkumandang dengan kaset dari pemilik gerai tersebut. Balik kepada cerita kebab kita... Ini cerita ringkasnya



“Assalamualaikum boss”


“Waalaikumussalam. Vuoi kebab?” (nak kebab)

balas tokeynya yang sedang sibuk mencocok daging pd batang besi yg nampaknya seperti satay Cuma saiznya 3kali ganda lebih besar


Tokey kebab yang montel, kiri sekali tu hehe.


Lebih kurang macam satay tapi lebih besar saiz dagingnya. 1euro secucuk.



“Si! Ma primo, Io voglio fare le foto di kebab. Bene?” (Ya! Tapi sebelum tu saya nak ambil gambar kebab. Boleh ke?”

Saya yang masih tergagap berbahasa Itali


“Ah si! Ma perche vuoi fare le foto? Per che?” (Ya boleh! Tapi kenapa nak ambil gambar? Untuk apa?)

Jawabnya yang nak tak kasik jer. Mungkin juga dia risau kalau2 aku nak curik resipi dia ke


“Urmm perche mi piace fare le foto. Allora io metto sul facebook” (urmm sebab saya suka ambil gambar. Lepas tu letak kat facebook) Aku saja beri alasan supaya dia xfikir bukan2.


Tokey.. “eh ma che..? face...” (tapi apa benda tu.. face..)

Dua orang lagi pekerja dia yg tengah membungkus ketawakan bossnya dan salah seorang dari mereka menyampuk

Pekerja.. “Eh! Facebook con la internet. Metti le foto” (Facebook la kat internet tu. Boleh letak gambar)


Tokey... “Ah bene..” (ah okay..) dia beri kebenaran dalam terpaksa.


Saya pun snap la 2 ke 3 kali sampai boss dia sampuk balik

Tokey.. “Hey! Basta! Basta.. “ (hey! Cukup! Cukup!)


Aku... “ Ohh tu non paura.. e niente” (ohh awak jangan risau. Takde apa2nya)


Tokey... “Perche ho paura. Tu paura! Perche chiamo polizia!” (Kenapa aku pulak nak takut. Ko la takut. Aku panggil polis!) Dia bergurau mengertak saya nak panggil polis. Sementara semua yang ada kat situ pun tergelak sama hahaha


Lalu saya pun... “Uno kebab per favore!” ( kebab satu please!) ngap2 aku makaannnnnn.. BUONISSIMO!


Kebab paling sedap pernah aku rasa. Jeruk lada dan masam2 tomato tu kasik tambah umpph itu kebab. Ada rempah yang dorang letak tapi aku xsure rempah apa. kalau letak cili sos lagi perfetto! 3euro harganya.


Saya selitkan beberapa perkataan Itali dari dialog di atas :

Si - ya
fare - to do

Ma - tetapi

Perche (sebut per-kay bukan per-chay) - kerana atau kenapa.

Per favore – terima kasih

Niente - nothing

buonissimo! - sangat sedap!





Sunday, November 21, 2010

La Vita e’ Bella (Life is Beautiful)

Hidup Ternyata Indah. Itulah lebih kurang bunyinya kalau diterjemahkan tajuk filem Itali yang pernah memenangi banyak Academy Awards pada tahun 1998 ini.... Pelakon utamanya yang juga pengarah bagi filem ini iaitu Roberto Benigni memenangi Academy Award for Best Actor dan juga untuk Academy Award for Best Original Dramatic Score dan Academy Award for Best Foreign Language Film. Filem yang sarat dengan elemen romantik, komedi, tragis dan boleh dikatakan bijak di mata aku. Aku dah pun menontonnya sebanyak tiga kali. Ya, tiga kali dan memang tak pernah menjemukan untuk menontonnya lagi. Even masa nak tulis pasal filem ni pun aku tengok lagi hehe


Filem ini berkisarkan tentang seorang lelaki berbangsa Jewish Italian iaitu Guido Orefice yang banyak menggunakan imaginasinya sendiri untuk menyelamatkan keluarganya sewaktu kem tahanan Nazi. Separuh babak pertama filem ini penuh dengan elemen romantik dan lawak slapstik yang berlatarbelakangkan beberapa tahun sebelum berlakunya Perang Dunia Ke II. Guido Orefice seorang pemuda yang baru tiba di Arezzo di mana dia berhasrat untuk membuka sebuah kedai buku tetapi dalam masa yang sama bekerja sebagai waiter di Hotel milik pakcik saudaranya, Uncle Leo. Watak Guido ni yang memang lawak dan dalam masa yg sama berkarismatik terutama ketika cuba mendapatkan perhatian menawan hati seorang guru tempatan, Dora (lakonan Nicoletta Braschi yang juga merupakan isteri sebenar Roberto Benigni). Antara tagline famous dlm movie ni "Buon Giorno Pricipessa!" (Selamat Pagi Tuan Puteri!). Scene paling romantik bagi aku masa dia keluar sama-sama lepas hari hujan tu. Trick Guido berkenaan kunci, aiskrim dan topi tu memang sangat2 menjadi hehe. tengok link video ni pada minit ke 5.23. (tak reti nak upload video kat blog ni huhu)


http://www.youtube.com/watch?v=2p3iKqG_krM&feature=related


Dora ni berasal dari sebuah keluarga yang berada la kiranya dan sepatutnya berkahwin dengan seorang yang pemuda berjawatan tinggi di pejabat awam seperti yang dirancang oleh ibunya. Tapi kata orang cinta itu kan buta, Dora telah menyatakan cintanya pada Guido sehingga Guido membawanya lari pada hari pertunangan Dora. Lalu kedua-duanya berkahwin dan beberapa tahun kemudian mendapat seorang anak lelaki bernama Giosué.

Kiri : Gambar watak Giosué dilakonkan oleh Giorgio Cantarini. yang kanan tu pulak entah anak sapa lak ;P


Separuh babak kedua filem ni pula lebih serious di mana Guido bersama anaknya dan Uncle Leo telah dibawa tentera Nazi ke tem tahanan. Kerana tak sanggup berpisah, Dora pun buat keputusan untuk mengikut suami dan anaknya sama. Ketika berada di kem tahanan tersebut, Guido telah menyorokkan anaknya dari tentera Nazi, menyeludup makanan untuk anaknya dan cuba menghiburkan anaknya. Untuk menaikkan semangat anaknya lagi, Guido meyakinkan anaknya dengan mereka-reka cerita yang semua itu hanyalah game semata-mata dimana sesiapa yang paling cepat dapat 1000 point akan dihadiahkan sebuah kereta kebal. Guido cakap pada anaknya lagi, kalau dia menangis complains nak emak, atau lapar, dia akan kehilangan points. Pasal tu la anaknya duduk diam dan menyorok untuk dapatkan 1000 point tu. Wajib tengok scene favourite ni.


http://www.youtube.com/watch?v=0Y9aKqawdUQ


Babak paling menyedihkan waktu Guido meninggalkan anaknya untuk menyorok di dalam almari supaya tunggu sehingga tiada orang yang tinggal di kem tahanan tersebut. Guido pergi mencari isterinya Dora dan akhirnya terkantoi dan ditangkap oleh tentera Nazi. Guido masih sempat buat lawak depan anak dia sewaktu diawasi tentera tersebut dan akhirnya ditembak mati :( Tiba-tiba menitis air mata aku masa tu huhuhu Betapa besarnya pengorbanan seorang bapa buat anak dia. Sehabis boleh dia cuba menghiburkan hati anaknya walaupun merisikokan nyawanya sendiri. Cuba tanya diri kita, sejauh mana pula kita sanggup berkorban buat mereka yang kita sayang? (Sebut pasal korban, terlupa nak ucap Happy Eid Mubarak!)



So tengok jangan tak tengok! Layan lagu pun syok!

http://www.youtube.com/watch?v=fAhSf4NKeLA&feature=related


Noa
Life Is Beautiful lyrics


Smile, without a reason why
Love, as if you were a child,
Smile, no matter what they tell you
Don't listen to a word they say
Cause life is beautiful that way.

Tears, a tidal wave of tears
Light, that slowly disappears
Wait, before you close the curtain
There is still another game to play
And life is beautiful that way

Here with his eyes forevermore
I will always be as close as you
remember from before
Now that you're out there on your own
Remember what is real and
what we dream is love alone

Keep the laughter in you eyes
Soon your long awaited prize
We'll forget about our sorrows
And think about a brighter day
Cause life is beautiful that way.

We'll forget about our sorrows
And think about a brighter day,
Cause life is beautiful that way
There's still another game to play
And life is beautiful that way.