Followers

Thursday, December 30, 2010

Istanbul Winter Trip - Day 3 (Part I)

Sarapan

Mungkin pasal masih kepenatan, kami bangun agak lewat berbanding hari sebelumnya. Matahari memancar terik memberikan signal yang hari tu takkan hujan. Setelah bersiap-siap kami turun, dan aku ke reception untuk dapatkan peta pasalnya aku rasa hari ni merupakan hari yang baik untuk melayari Selat Bosphorus. Belum sempat nak keluar dari hotel tuh, reception tu panggil untuk makan sarapan. Katanya semalam kami tak sarapan di situ. Ah rupanya jam masa tu dah pukul 8lebih. Memang terbaik, sebab aku memang lapar. Makanan sarapan yang disediakan tak ubah seperti apa yang aku makan di restoran pagi semalam. Sebijik telur rebus, hirisan timun dan tomato, sekeping keju dan buah zaiton serta beberapa paket jem. Dan juga sebakul roti. Aku amik roti yang belum dipotong tu dan menggunakan tangan kanan untuk meramasnya agar memberikan bunyi untuk member aku dengar. Tak ubah macam dalam filem Ratatoile kan, di mana ada part dia nak test roti tu terbaik ke tidak. Roti tu memang sedap. Kami makan roti bersama-sama hidangan lain seperti sandwich. Simple lagi menyihatkan. Bagi yang jarang makan buah zaitun mesti tak suka. Even aku yang setahun kat Milan dulu pun memang tak gemar makan buah zaitun sebijik-sebijik macam tuh. Rasa macam gigit ubat. Kami selesai sarapan dan pengunjung hotel lain belum lagi datang walaupun pinggan dan cawan buat mereka dah tersedia.


Makam Sultan Ahmed

Kami berjalan menuju ke tram station. Bila dah lalu tepi Blue Mosque tu aku ternampak yang pintu makam Sultan Ahmad dan ahli keluarganya dibuka untuk kunjungan ramai. Semalamnya tutup sebab hari isnin. Kami masuk dan lihat ada seorang pertugas sedang mengvacum ruang jalan pengunjung makam tersebut. Sambil membacakan Al-Fatehah buat baginda dan keluarganya, kami berjalan mengeilingi makan tersebut. Di ruang tengah makan itu ada diletakkan barang-barang peribadi baginda seperti rehal Al-Quran, tasbih dan beberapa barang lain yang saiznya agak besar berbanding apa yang kita biasa guna. Lepas tu kami keluar dari makam tersebut dan ada ternampak selonggok pengunjung yang aku rasa dari Eropah sedang berdiri depan pintu makam tersebut. Mereka Nampak teragak-agak untuk masuk atau tidak. Ya, muslim atau non-muslim memang dibenarkan masuk selagi berpakaian sopan dan menghormati ruang makam ni.


Aku jalan terus menuju ke tram dan bila pusing-pusing member aku takde kat belakang. Rupanya tengah sibuk snap gambar bendera Turki yang digantung pada pintu makam baginda tadi. Kelibat mamat si penjual buku guide memang banyak giler kat area SultanAhmet Square tuh. Dorang tanpa jemu tanya kitaorang nak beli ke tidak.


Kalau tahun sebelumnya, tak silap aku untuk enter naik tram tu just guna coin 1lira. Tapi kali ni dorang menggunakan system token yang mana korang boleh beli pada vending machine di tepi tramp station. Alamak ada mamat penjual map dan postcard datang membantu kami sebab macam terkial mula-mula nak guna. Yelah machine tu guna bahasa Turki tapi boleh jer nak tukar ke English. Aku dah agak dah kalau dia tolong mesti dia nak suruh beli itu ini haha. Dia pun promote la peta yang dia ada dengan postcard. Aku tak ingat dia letak berapa lira, yang aku tau aku beli dengan harga 5lira, kebetulan aku memang nak pakai map yang lebih detail pon. Lepas tu dia kasik aku satu token tram sebagai saguhati. Dorang sumer ni boleh disamakan macam apek/ahmoi penjual DVD yang tiap-tiap kali ko lepak restoran mesti ada tuh. Kita kadang tak perlukan sangat, tapi kadang bila dia dah datang offer tiba2 jadi perlu. Dengan confidentnya aku bawak member aku naik tram tapi tersalah hala hakhak. So kami turun tukar ke seberang tanpa membeli token yang baru.
Sepatutnya kalau dari SultanAhmet Area, nak ke Bosphorus Cruise kita berhenti di Eminonu. Situlah jugak tempatnya untuk Spice Bazaar. Tramp masa tu agak sesak sebab orang baru nak keluar pagi pergi kerja kan. Dari tramp station bawah tanah tu, kami naik tangga dan terus menghadap Selat Bosphorus. Ahh segarnya bau laut. Permukaan air berkocak-kocak disebabkan tiupan angin dan kesan dari perjalanan kapal yang keluar masuk.


Kapal-kapal penuh di tepi-tepi tuh dan disepanjang jambatan tu dipenuhi dengan lautan manusia yang sedang memancing. Rapat-rapat macam tu dorang duduk membuatkan aku tertanya-tanya banyak ke boleh dapat ikan. Inilah situasinya yang aku kira boleh dilihat hampir setiap hari di sini. Dorang ni memang takde kerja ke siap boleh memancing macam ni kan. Kami naik ke bahagian jambatan tu untuk lihat lebih dekat. Kelihatan di seberang jambatan satu lagi tu pun penuh dengan pemancing-pemancing ikan. Joran yang mereka gunakan tu, ada banyak tempat letak umpan pada satu tali. Jadinya mereka cuma letakkan tali joran tanpa mencampakkanya dari belakang. Kalau tak, kami yang jalan kat belakang tu dah rabak kena sangkut mata kail kan. Pemandangan di seberang jalan tu pulak memang cantik, penuh dengan bangunan-bangunan dan masjid berada di puncak bukit.

Tanya dekat satu boat tuh, untuk cruise hanyak 10lira. Bot dia besar, tapi kami kena tunggu lagi sejam macam tuh. So kami berjalan lagi dan tiba-tiba ternampak ada yang tengah promote cruise dengan kapal yang lebih kecil(kurang orang) dengan harga 20lira. Memandangkan nak tunggu yang tadi lama sangat, so kami pun setuju amek cruise tu. Kami naik bersama kira-kira 15orang penumpang lain. Dari France, German, Mexico dan ada yang tuh aku kurang pasti. Kami sudah dimaklumkan yang perjalanan mengambil masa kira-kira 1jam setengah.

Terdapat beberapa tempat menarik yang dapat dilihat sepanjang perjalanan tersebut iaitu antaranya Dolmabance Palace. Yang lain-lainya aku kurang pasti apa dia. Aku lebih prefer duduk rilek sambil menghayati pemandangan dan menghirup udara segar.


Dolmabahce Palace

Tapi dalam setengah jam lepas tu, aku dah macam pening-pening pulak. Takdela sampai nak muntah tapi agak loya la hehe. Aku biar member aku jela yang tangkap gambar. Nak hilangkan rasa pening aku ajak member aku turun ke bahagian bawah. Kami jalan ke tepi boat tuh dan kemudiannya duduk paling depan. Di luar tingkap kapten pengemudi boat tuh. Haha best giler rasa cam nak terjun berenang pun ada. Tak sempat 3minit duduk tu, ada orang dari boat tu panggil kami masuk balik. Katanya nanti kalau ada polis nampak masalah pulak. Yerla safety first kan.

Tembok Rumeli

Lepas dah selesai Bosphorus trip tuh rasa lega pasal dah sampai darat. Fuuh. Perut pun cakap kat aku “Saya lapar!”

Apa lagi benda paling syok iaitu cari makan. Jalan tepi tuh nampak restoran yang mana kedainya bot atas kapal. Aku tak tau dia jual apa yang pastinya penuh orang tengah makan kat ketiga-tiga restoran tersebut. Nampak macam dorang bakar something yang sedap terbabas.


So kami duduk pada bangku n meja kecik. Nampak orang lain makan sambil borak-borak. Manisan juga ada dijual. Aku serba serbi nak rasa. Dia macam donut tapi garing sedikit dan disalut madu. Sodap jugakla, tapi member aku xgemar sangat makan manis-manis. Kami beli minuman ringan dan budak tu cakap untuk makan kena self service. So aku pergi tengok apa yang dia bakar, rupa-rupanya ikan. Wangi siot. Dengan kapal yang bergoyang-goyang disebabkan ombak tu, dorang masih boleh steady bakar ikan. Rupa-rupanya macam sandwich. Harganya 3lira. Ikan bakar segar dan hirisan salad diletak pada roti.


Aku beli satu jer sebab member aku ni kurang gemar makan ikan. Aku bagi dia rasa, dikatanya bau hanyir haha. Aku memang suka makan ikan berbanding ayam. Lada sulah untuk penambah rasa dan juga jus lemon ada disediakan untuk mengurangkan bau ikan. Tapi sedap lah! Masa tu rasa macam selfish plak sebab makan sorang-sorang sedangkan member aku ni pun lapar jugak. So kami beredar nak cari restoran lain dengan sandwich yang masih di tangan. Pergi dekat restoran bawah jambatan tu rupa-rupanya semua jual makanan seafood. Terliur jugak tapi member aku ni nak jugak makan ayam haha




Kamu lalu jalan bawah tanah untuk ke seberang jalan. Berhampiran dengan New Mosque, ada deretan restoran dan kami pilih restoran paling tepi yang dari jauh Nampak barisan ayam golek sedang diputar-putar. Sandwich kat tangan belum habis tapi aku still nak makan lagi. Macam mana tak gemuk huhu. Masa kami duduk tuh, Nampak orang tempatan ramai yang beratur panjang. Tak tau apa yang dorang quekan tu. Tapi nampak ada orang macam jual tiket. Takkan lottery plak kan. Nak kata strike pun bukan. Tanya waiter tapi dia tak reti nak explain in english. So balik cerita makan, member aku order chicken wing dan aku pulak mintak kebab. Tapi lepas tu ternampak ada akak tu tengah siat-siat makan burung puyuh pangggang. Hikhik aku pun tukar menu order aku.

Makanan sampai, dan kami slow-slow mukadimah nak makan. Tapi kami perasan orang duduk lalu lalang asyik tengok jer makanan kiteorg. Rasa kekok pulak nak makan. Kami dahla duduk paling tepi jalan masa tuh. Paling ketara ada sekumpulan budak Turki tu siap berhenti dan jerit menunjuk pada makanan member aku. Kami tergelak la, sebab gayanya macam dia kata “Hah! Aku nak makan yang macam tula!” hahaha adoi. Sedap burung puyuh sebab isinya takder lemak kan. Tengah nak hujung-hujung makan tuh, ada pakcik tua lalu macam mintak derma. Nampak uzur memegang beg plastik yang aku pun xpasti isinya. Member aku yang perasan, ada sorang customer awek Turki tu mintak teman lelaki dia pergi pada pakcik tuh dan berikan makanan. Bak kata member aku jgakla, awek macam ni memang bertuah sangat dapat buat bini.


Bersambunglah lagi....

All pics by aremertuxusa@yahoo.com

3 comments:

Anonymous said...

Dis-ease is a manifestation of unbalanced Energy. [url=http://www.mulberryhandbagssale.co.uk]Mulberry Bags[/url] Caprylyl glycol works the same as pentylene glycol, as stated in "Milady's Skin Care and Cosmetic Dictionary." Acrylates/C10-30 alkyl acrylate crosspolymer is a blend of chemicals that forms a protective film over the skin, allowing the moisturizers to work and keeping environmental hazards at bay.. [url=http://www.goosecoatsale.ca]http://www.goosecoatsale.ca[/url] Pwqejnmgq
[url=http://www.pandorajewelryvip.co.uk]cheap pandora[/url] Xhzbonefj [url=http://www.officialcanadagooseparkae.com]canada goose jacket sale[/url] rgdwrtluv

Anonymous said...

Just check out the view at the top of this page. http://www.manyghdhair.com Turn up heat and add the wine, let it reduce by half. north face outlet That where Local Socialite comes in. ghd flat iron Not only will having the opportunity to participate in these competitions give you experience before you're out in the real world, but it will also give you the chance to get some real feedback on your work, outside of the classroom. ugg boots on sale Jumpers can be teamed up with any clothing and offer a casual or stylish look that is ideal for either going out or just for chilling out.

Anonymous said...

The cost of a site would be how much it costs to run it. ugg The actual recommended scarves may bring a distinctive search for a person.. north face yun lang ang bilis magkaubusan pag may import sila dami mga buyer bumibili ng furniture and other stuff then binibenta sa shop nila. http://www.lateuggboots.com Santa will light the reindeer and parade the children to light the Holiday tree. ghd flat iron Perhaps if you request a table at the back of the restaurant the air may be cleaner.