Followers

Monday, January 31, 2011

Syurga Dunia - Cinque Terre, Italy (Part II)

Pesan seorang sahabat, "Seorang yang rajin membaca, bisa menakluk dunia". Tadi baru saja selesai baca beberapa helai muka surat buku yang dipinjam kawan buat aku, bertajuk"How To Win dot dot dot...". Isinya memang syok baca dan sememangnya banyak membantu untuk polish aku punya communication skills. Sebelum nak takluk dunia pun, kata orang baik 'takluk' diri sendiri dulu ya dak.

Tengahari tadi aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari seorang sahabat yang nyatanya tak pernah sekalipun membuat panggilan telefon sepanjang aku berada di UAE selama hampir 5bulan ni hahaha. Dalam hati ni terdetik, mungkin dia tersalah dial nombor aku agaknya. Untuk merungkai segala kesangsian misteri itu aku pun mengangkat panggilan telefon tersebut. " Halo Assalamualaikum Ya habibi Zack". Dengan nada suara yang ceria tu aku yakinlah dia sememangnya berniat untuk call aku. Perbualan tersangkut-sangkut. Dan untuk elak dari mengganggu colleague aku yg sedang asyik bekerja, aku pun ke luar untuk berborak-borak. Rupa-rupanya niat asal dia nak call adiknya yang berada di Cairo, Mesir. Masih tak dapat dihubungi katanya. Rasanya umum tahu dengan protes yang dibuat oleh rakyat Mesir yang mengkehendakan pengunduran Hosni Mubarak dari memimpin negara mereka. 30 tahun memerintah beb, tapi rakyatnya masih sengsara dan miskin kerana penindasan pemimpinnya. Alhamdulillah semangat kebangkitan Tunisa telah terbang ke Mesir. Balik pada cerita adik sahabat aku tadi tu, marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan adiknya dan ribuan rakyat Malaysia lain yang berada di sana. Anyway thanks for calling me Mr Ahseng :)

Kalau dibaca entry sebelum ni 'Syurga Dunia - Cinque Terre', tak langsung ada menceritakan intro pasal tempat ni kan. Start2 jer dah ada dalam train. Secara ringkasnya Cinque Terre terletak di bahagian Liguria, Itali yang terdiri daripada 5 pekan kecil iaitu Monterosso al Mare, Vernazza, Corniglia, Manarola dan Riomaggiore. Cinque membawa maksud lima dan Terre pula bererti bumi/tanah. Cinque Terre National Park adalah merupakan salah satu daripada Tapak Peninggalan Sejarah Dunia, UNESCO.

Menyambung kembali kisah perjalanan aku di sana. Setelah agak penat hiking dari pekan Vernazza ke Manarola, so kami pulang kembali ke Vernazza dengan menaiki train jerlah. Kami sempat duduk di batu-batu besar yang tersusun menyebarangi laut tuh, bagi menyaksikan matahari terbenam. Masa tu aku tengok permuakaan air yang berhampiran dan batu-batu kecil di dasar laut tersebut boleh dilihat dengan jelas. Ada dua ekor burung Nemo datang menghampiri menemani kami. Pada malamnya kami makan di restoran berhampiran dan cuma ambil angin di sekitar hotel kami.

Hari Ke Dua... Rasanya pagi tu aku solat subuh gajah jer. Itupun terjaga setelah dikejutkan makcik hotel tu pada jam 7.00 pagi kalau tak silap aku. Dia menghantar dulang sarapan buat kami. Dua cawan dan paket kopi tempatan Itali, gula dan juga sepinggan biskut cokolat yang katanya tadi dia buat sendiri. Nampak cantik dan isi coklatnya serta taburan gula ising membuatkan ia nampak macam sedap. Memang sedap pun! Terasa keikhlasan makcik ni dalam kuih hasil air tangannya sendiri haha Rasanya sama macam makan kuih seri muka yang mak aku biasa buat pagi-pagi dulu. Rasa lemak santan dan pulutnya serta kemanisan gula kereknya memang secukup rasa. Menghirup kopi dan biskut makcik buat sendiri di tepi balkoni. (Posting sebelum ni ada menceritakan pasal makan-makan di CT)

Setelah siap packing kami bergerak ke luar dan memulangkan kunci hotel tersebut. Kami merewang di sekitar pekan Vernazza. Ada sebuah bangunan kecil terletak paling hujung tanjung tersebut, yang nampaknya macam bekas rumah api.

Pose dekat batu

Pemandangan Pekan Vernazza dari atas.

Rumah api yang tidak digunakan lagi, maka mereka jadikannya sebagai museum.

Tengok feri tu penuh dengan penumpang yang datang dari pekan-pekan bersebelahan. Samada menggunakan train, feri ataupun hiking.

Teropong apa tu haa?

Disebabkan masa yang suntuk, kami mengambil train untuk menuju ke Pekan Corniglia. Ini di antara gambar-gambarnya.

Air yang jernih dan bersih.

Kombinasi warna yang menarik kan :)

Bunga ni kali pertama aku lihat kat situ. Cantik dan unik. Ada yang kata macam kuih raya haha

Ramai juga yang berkayak.


Dari Corniglia tadi, kami berjalan menuju ker pekan yang ke-4 iaitu Pekan Riomaggiore. Di sini anda kena bayar untuk masuk berjalan pada tebing yang dibina dengan jalan konkrit yang memudahkan pengunjungnya. Tak adalah berbatu-batu macam laluan hiking kami seperti sebelum ni. Ada satu jalan yang dinamakan sebagai Via Del Amore. Iaitu Jalan Kekasih. Hahaha memang sesuai untuk aksi-aksi romantis jer lah kan.

Subhanallah. Kekar dan sesar. Lecturer PSM aku, Prof Madya Md For mesti suka kalau tengok nih heheh


Tengah-tengah perjalanan tu, ada cafe/bar untuk singgah berhenti minum. Itulah logo Via Del Amore, yang aku ada pinnya.

Ahaa ini sekumpulan bebudak American, yang dok panjat batu kat tengah-tengah laut dan terjun dari puncak tuh. Biasalah di mana-mana pun mereka ada, mereka tahu macam mana nak tarik perhatian. Im the best la katakan. huh!

Dalam ramai-ramai geng dorang tu ada la 2orang bunga.

Setelah tu kami ke Monterosso al Mare yang mana merupakan betul-betul port mandi/berjemur tepi pantai. Banyakla daging-daging salai terbaring kat tepi-tepi tuh hehe.. Nak mandi kena bayar sewa okay. Ikot aku nak jer join tapi member aku ni nak tak nak jer. Dahla tengah panas teruk masa tuh.

Warna payung yang disusun juga boleh dikatakan tarikan kat pantai ni. Batu kat depan tu biasa korang akan nampak dalam iklan-iklan untuk mempromosikan Cinque Terre.

Tengah-tengah panas tu sedut lemonade memang masyukk. Tapi tak sama syok macam hirup ABC kacang lebih. Bila aku dongak ke atas, cantik betul warna payung dengan biru laingit masa tu.

Seingat aku, sampai malam tu memang penat sangat. Besoknya hari Isnin dah kena kerja. Tapi aku sempat upload semua gambar-gambar aku di FB sebelum tidor. Bangun paginya aku pelik apasal notifications kat FB sampai 100 hahaha.... Rupa-rupanya ramai orang komen pada album dan gambar-gambar Cinque Terre ni. Seingat aku, Datuk Mahadzir Lokman dan Suhaimi Sulaiman pun ada komen huahuahua.. Ada betulnya jugak kata Prof Hasmadi, banyak komen2 dan caption sudah hilang disebabkan akaun FB aku tu kena disabled hehe..

Sekian sahaja ceritanya pasal Cinque Terre. Antara tempat terbaek pernah aku lawati di itali.


Thursday, January 20, 2011

Syurga Dunia - Cinque Terre, Itali

CIAO TUTTI!

Ertinya Hai Semua. Assalamualaikum. Dah berminggu-minggu rasanya aku banyak update pasal my latest trip ke Istanbul Turki je kan. Kisahnya belum habis lagi. Rasa eloklah dihentikan buat sementara waktu untuk mengelakkan rasa jemu. InshaAllah aku akan hantar artikel ringkas berkenaan pengalaman aku bekerja di Itali pada sebuah majalah tempatan terbitan Karangkraf. Jadinya pasal tula aku prefer untuk update pasal trip masa di Itali. Mari kita aktifkan kembali mode EAT LOVE & PRAY! ;p

Aku pilih untuk mulakan dengan summer trip terbaik di Itali iaitu ke Cinque Terre.


Setelah berjam-jam lamanya dalam tren, akhirnya kami sampai di salah satu daripada pekan Cinque Terre iaitu Vernazza di mana merupakan tempat hotel kami menginap. Turun saja dari station keretapi mamma mia! Kombinasi warna bangunan iaitu kuning, merah cair, oren, pink dan hijau yang sangat menjadi. Memberikan mood summer yang terbaik. Segalanya memang dah siap dibooking oleh member aku seawal sebulan sebelumnya.


Berjalan dalam beberapa blok bangunan saja dah ternampak laut biru yang terbentang luas. Di persisir pantainya pula dipenuhi dengan pengunjung yang sedang mandi-manda dan tak kurangnya yang sedang berjemur macam sotong kering. Aku dah terpacak kat tepi tu asyik dengan memerhatikanpemandangan yang jarang sekali dapat disaksikan di tanahair sendiri hehe. Member aku mengajak untuk check-in hotel kami terlebih dahulu. Potong stim betul.


Hotel kami memang betul-betul menghadap laut. Dengan merujuk pada alamat nombor pintu yang kami ada, kami tekan loceng pintu. Setelah tiga kali dibunyikan masih tak dibuka-buka jugak. Ai takkan tidur lagi kan. Tengok jam sudahpun 12.45 tengahari. Aku mula berasa sangsi betul ke alamat hotel ni yang kami cari. Perut asyik menyanyi dari tadi dan sebelah tu pulak ada restoran pizza. Tengah aku bebel mengajak member aku untuk makan terlebih dahulu, tiba-tiba pintu hotel tu pun terbukak. "Ciao! Buon giorno!" Seorang makcik menyapa mesra menyambut ketibaan kami. Kami melangkah masuk ke bangunan tersebut. Gelap. Yang Nampak cuma anak tangga yang disinari cahaya luar melalui ruang tingkap. Ada 4 tingkat yang mana setiap satu aras ada 2bilik. Bilik kami di atas sekali. Pintunya kecil sampai kami kena menundukkan kepala sehingga aku sangkakan dia beri bilik loteng untuk kami pada mulanya. Setelah membawa kami ke bilik, menyerahkan kunci dan menerangkan beberapa perkara berkenaan bilik tersebut makcik tadi pun berlalu pergi. Katanya sarapan untuk besok hari akan dihantar dalam 7.30 pagi. Ayat terakhirnya sambil melambaikan tangan, Buon Vacanza!

Sebuah katil empuk. Almari dan cermin. Lantai yang dihampar permaidani. Tandas. Serta yang terbaik adalah ruang balkoni yang menghadap ke arah laut sudah cukup baik buat aku. Walaupun pemandangannya terlindung dek bangunan bersebelahan, tapi suara dan angin laut seolah-olah memanggil aku untuk ke luar. Aku duduk pada bangku kecil yang disediakan dengan sebuah meja. Mengambil angin seketika dan eh tengok tu! ada meow~


Setelah itu kami segera keluar. Aku tukar pakai singlet pasal cuaca di luar agak panas. Dah alang-alang berpeluh nak hiking kan. Tapi still taruk lotion la hehe. Dari Vernazza, kami mengikut laluan hiking menuju ke Manarola. Sebenarnya anda boleh memilih untuk bergerak dengan menggunakan train yang menghubungkan setiap pekan di Cinque Terre. Tapi percayalah dengan berjalan kaki di lereng bukit tersebut yang anda boleh menyaksikan pemandangan yang sangat mengagumkan. Sepanjang hayat saya berumur 25 tahun pada ketika itu, saya tak dapat nafikan itulah kali pertama saya menyaksikan suatu panorama yang sangat-sangat mempersonakan. Peluang untuk menyaksikan laut biru yang terbentang luas dari dari sebuah bukit adalah saat yang tak mungkin saya lupakan. Pada hujung kawasan tanjungnya dipenuhi dengan bangunan rumah, hotel, restoran yang kebanyakannya dibina dia atas batu. Di belakang saya pula dipenuhi dengan tanaman pokok yang menyejukkan mata. Tak tahu lagi nak guna perkataan apa untuk menggambarkannya. Mengasyikkan, mempersonakan, menerujakan, mendamaikan! Subhanallah. Beberapa pengunjung lain turut sama hiking selain kami.


Bila tengok laut membiru macam tu, rasa nak terus terjun je dari bukit tu. Ada satu point yang kita boleh turun mandi. Tertera pada papan tu. Tapi kami try turun, laluannya curam dan ada part yang banyak berlubang. Dahla tak ada pokok ke nak berpaut. Kat tepi tu ada tulis pericoloso yang bererti bahaya! Melalui ruang-ruang celah semak tu boleh nampak macam kelibat beberapa orang yang tengah berjemur kat bawah tu. Aku tak sedap hati jadi berpatah balik dan naik untuk teruskan perjalanan di lereng bukit. Jalan punya jalan. Daki punya daki. Kering tekak ni hah. Syukurlah ada sebuah kedai kat atas tu. Apa lagi balun la sedut lemonade sekali nafas. Sedap giler. Sejuk tekak aku. Ada jugak dia jual pizza dan makanan lain, tapi masa tu kami tak lapar pulak.


Perjalanan diteruskan. Tak tahu nak cakap macam mana. Dah berjalan tepi pemandangan laut macam tu, rasanya tenang jer. Kalau pergi bersama-sama yang tersayang lagi syok la kan. Sampai dekat satu area ni. Ada lebih banyak deretan restoran kat situ. Tapi kebanyakannya masih belum dibuka masa tu. Maybe start beroperasi waktu petang kan. Kami ke satu sudut bangunan tu, yang ada tulis anak panah il bagno. Maknanya mandi macam tulah. Haha aku dah excited giler nak turun masa tuh. Cantik. Tengok jela pada gambar tu. Kat situlah aku mandi. Kat situ jugakla ramai yang berbogel je haha aku tertengok kot. Air sejuk. Dasarnya pulak dipenuhi dengan batu licin sampai terluka jugak la kaki aku. Nak menyelam jauh tapi aku mandi sorang-sorang. Kalau bebudak lain ada join baru la havoc kan! Huhu



malas kucing ni. babab nak!

Lepas settle main-main air, kami ke pergi ke atas balik dan teruskan perjalanan menuju ke Pekan Manarola. Boleh dikatakan perjalanan nak sampai ke Manarola itu sendiri sungguh dah cukup menarik. Aku tak tahu nak jangkakan apa pulak yang ada di Manarola tu sendiri masa tu. Rupa-rupanya viewnya lagilah terbaik wok.(Aku pun tak tau kenapa wok. Teringat kat makcik Wok jiran lama aku). Korang tengokla sendiri gambar-gambarnya ya.











bersambung......

Monday, January 10, 2011

800 Tahun Meraikan RUMI - Istanbul Winter Trip

Dimulakan dengan selawat, iringan paluan gendang dan kemudiannya tiupan ney(seruling). Setelah beberapa minit menanti, sekumpulan lelaki berpakaian seragam jubah hitam besar seperti sarung dan kelihatan jubah putih di dalamnya yang melebar ke bawah. Mereka yang digelar sebagai darwis ini membongkokkan badan sebagai tanda hormat dan kemudiannya membuka jubah hitam mereka. Wajah masing-masing kelihatan tenang dan agaknya sedang berada dalam mood yang sepatutnya. Kedua-dua belah tangan mereka diletakkan di dada secara menyilang dan bahu seakan cuba dirapatkan. Dalam hati aku masih berteka-teki apa yang mereka cuba pamerkan, adakah mereka cuma akan berpusing-pusing seperti apa yang dilihati di tv sebelum ini. Set pentasnya mengingatkan aku pada rancangan ‘Who Wants To Be A Millionaire’. Irama muzik sungguh melekakan dan ditambah pula dengan sinaran lampu yang agak malap itu membuatkan aku begitu ‘asyik’. Asyik sehingga membuatkan aku terlelap seketika membuai mimpi indahku. “Oh itu ketua dia rupanya”. Ah suara member aku yang berbisik memberikan signal yang dia sedang fokus melihat tarian tersebut membuatkan mata aku jadi segar semula. Aku masih belum ketinggalan disebabkan mata cuma terpejam untuk sesaat dua. Ya, memang kelihatan seakan-akan ketuanya yang masih bersama jubah hitam berada di tengah-tengah lingkaran darwis yang lain . Tiba giliran ketuanya mengambil tempat lalu membongkokkan badan pada darwis lain sambil membalas hormat. Mereka membentuk barisan satu per satu dan dengan arahan ketuanya, maka upacara tarian pun dimulakan.

Tangan mereka masih menyilang di bahu dengan kaki yang tidak beralas dirapatkan. Maka bermulalah gerakan putar yang perlahan dengan menggunakan tumit kaki sebagai pusat tumpuan yang silih berganti sementara kaki yang satu lagi seakan pengayuh untuk berputar. Tangan mula dilepaskan dari bahu dan seterusnya diangkat menghadap ke atas dan tangan kirinya dilepaskan ke bawah. Makin lama makin laju gerakannya seperti mengikut rentak iringan iramanya. Aku perhatikan mata masing-masing kelihatan sayu dan makin lama dipejamkan. Kepala mereka semakin sondong dengan topi putih yang mereka kenakan itu. Mereka kelihatan seperti khayal. Dan membuatkan aku terpegun dengan suasana ketika itu. Momen yang boleh dikatakan aneh bagi aku. Berasa tenang dan kusyuk menyaksikan sesuatu yang aku sendiri pun kurang tahu apa makna disebaliknya.

Mereka terus berpusing dan berpusing sehingga hatiku terdetik “bila nak berhenti pusing ni?”. Gendang masih terus dipalu dan sementara alunan serunai pula makin mengalun syahdu. (Tapi kata member aku serunai melayu bunyinya lebih syahdu lagi). Melihatkan penonton lain juga sedang kusyuk memerhatikan tarian ritual ini membuatkan aku tertanya-tanya adakah mereka memahami erti disebalik tarian ini. Atau sama macam aku yang hanya teringin melihatnya secara live depan mata sendiri. Ada juga seorang dua penonton yang kelihatan tidur lena. Mari kita cuba fahami erti disebalik gerakan pada tarian tersebut.


  • Simbolik pada posisi tangan yang membentang itu menunjukkan bahawa hidayah Allah diterima dengan tapak tangan kanan yang dibuka ke atas lalu disebarkan ke seluruh makhluk melalui tangan kiri. Mempersembahkan sebuah penyerahan dan penyatuan dengan Tuhan.
  • Pakaian yang dikenakan juga adalah merupakan metafora yang penuh makna. Jubah hitam adalah sebagai symbol alam kubur yang dibuka atau dilepaskan member maksud kelahiran kembali menuju kea rah kebenaran.
  • Jubah putih pula adalah melambangkan kain kafan yang mengurungkan rasa ego.
  • Seruling buluh membawa erti terompet yang ditiupkan malaikat di hari kebangkitan untuk menghidupkan kembali orang yang telah mati.
  • Karpet merah yang dibentang tadi pula melambangkan keindahan matahari dan langit yang waktu itu menghiasi pe pergian Rumi buat selamanya.
  • Putaran tubuh melambangkan electron yang sedang bertawaf mengelilingi pusatnya yang menuju pada Yang Maha Esa.

Dalam pada itu, ketuanya mula berdiri. Pukulan gendang semakin cepat mengikut rentak kayuhan putaran darwis. Kemudiannya ketua memberikan isyarat untuk berhenti dan muzik pun dengan perlahannya berhenti sama. Sema diakhiri dengan bacaan ayat Al Quran dari Surah Baqarah ayat 2:115

Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.

Dan kemudiannya bacaan doa dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Mereka semua berundur diakhiri tanpa sebarang tepukan kerana ini bukanlah tarian suka suki. Dan aku terpinga-pinga menanti kalau mereka muncul kembali sehinggalah ada salah seorang penonton yang mula bangun meninggalkan tempat duduknya

Segala cinta adalah merupakan jambatan menuju Cinta. Sesiapa sahaja yang tidak merasakannya tidak akan pernah tahu

Tubuh berputar berlawanan arah jarum jam melambangkan para penari meraikan kemanusian dengan cinta. Tuhan menciptakan dan memberikan cinta itu agar dapat menghilangkan semua batasan yang ada di antara semua makhlukNya(batasan di sini bermaksud batasan agama, budaya dan bangsa). Agar dapat saling menyintai antara satu sama lain. Dengan itu dapat menjadi penawar menyembuhkan penyakit ego dan induvidualistik dalam diri manusia. Barulah aku faham, apa yang sebenarnya cuba disampaikan melalui tarian ini.

"Seperti gelombang di atas putaran kepalaku, Maka dalam tarian suci Mu dan aku pun berputar, Menarilah, Oh Pujaan Hati, Jadilah Lingkaran Putaran, Terbakarlah dalam nyala api-bukan dalam nyala lilin-Nya."

Mungkin ada yang terkeliru dan penting untuk dijelaskan bahawa, ia tidak bermaksud mengajak kita semua menari di hadapan Tuhan, apatahlagi menganggapnya sebagai amalan yang sama seperti solat, puasa, haji dll. Ianya merupakan hanya cerita cinta untuk memperkenalkan khazanah keislaman yang bernama Maulana Jalaludin Rumi yang terkenal di seluruh dunia. Tarian yang diberi nama Sufi Mehfil ini adalah merupakan tarian tradisi sufi yang bermakna Pesta Para Sufi. Salah satu bentuk tariannya adalah “The Whirling Dance” (memutar tubuh berlawanan dengan arah jarum jam) dilakukan secara bersama oleh sejumlah orang penari dibawah bimbingan seorang Murshid.



Siapa Maulana Jamaludin Rumi?

Maulana Jalaluddin Rumi adalah merupakan seorang tokoh besar dalam mempelopori mazhab cinta sejati melalui karya puisinya. Kehebatan Rumi terletak pada kedalaman ilmu dan kemampuannya dalam mengungkapkan perasaan cintanya dalam bahasa yang sangat indah. Setiap puisinya memberikan maksud yang amat mendalam. Dunia lebih mengenali beliau dengan gelaran Rumi yang diambil sempena nama tempat keliharannya iaitu di daerah Rum(Rome) iaitu suatu kawasan yang pernah dikuasai oleh Empayar Rome pada suatu ketika dahulu. Rumi bersama keluarganya telah mengembara ke tanah-tanah Islam lain, mengerjakan haji di Mekah dan akhirnya bapa Rumi mengambil keputusan untuk menetap di Konya, Anatolia yang kemudiannya merupakan sebahagian daripada kawasan Empayar Seljuk.

Asalnya Rumi adalah seorang ulama terkenal yang mempunyai kalangan murid yang ramai dan memimpin sebuah madrasah di Bandar Konya. Segalanya mula berubah setelah Rumi bertemu dengan seorang pengembara sufi bernama Syams dari Tabriz. Mereka banyak berbincang dan berdebat mengenai agama dan kesufian yang membuatkan Rumi semakin kagum dengan Syams dan Rumi menganggapnya sebagai guru. Dengan keasyikan tersebut, Rumi dikatakan sering meninggalkan kerja mengajarnya dan membuatkan anak murid Rumi berasa kecewa. Mereka marah dan menuduh Syams lah yang menjadi segala punca perubahan yang berlaku pada Rumi. Pada malam bertarikh 5 Disember 1248 sewaktu Rumi dan Syams dikatakan sedang berbincang, Syams dipanggil keluar dari pintu belakang dan terus tidak muncul kembali. Misteri kehilangan dikatakan kerana Syams diugut untuk pergi meninggalkan Rumi dan ada juga yang percaya bahawa anak Rumi iaitu Alaudin yang telah membunuh Syams. Setelah permergian Syams, Rumi menjadi begitu sedih dan sangat merindukan gurunya itu. Kesedihan inilah yang membawa Rumi kepada hasil puisi yang begitu puitis dan mendalam. Pada saat inilah kesufian Rumi mula timbul sehingga beliau menjadi seorang penyair sufi yang sangat dikagumi. Rumi juga telah mengembangkan tarekat Maulawiyah iaitu Tarekat yang dikenali dengan nama The Whirling Dervishes ataupun Darwis yang Berputar-putar seperti yang diceritakan tadi.

Jujur pada waktu dulu, bila aku dengar tajuk lagu sifu M Nasir iaitu Bila Rumi Menari, aku sangkakan Rumi yang dimaksudkan adalah huruf rumi yang 'menari'. Sekarang kenal la aku dengan MAULANA JALALUDIN RUMI (30 September 1207 – 17 December 1273).


Bila Rumi Menari

Kita menari bukan sebarang tarian
Asalnya dari tanah orang-orang pilihan
Bila terdengar masnawi ciptaan maulana
Ku bunuh nafsu lebur rantainya dari badan

Hingga hilang bangga diri
Berani hidup berani mati
Bagai musafir bertemu janji
Ini Darwis sudah gila berahi

Kita tak rindu pada siasah dunia
Perangkapnya membuat manusia hampa
Untuk bertemu impian bukan percuma
Mengorbankan yang tersangat kita cinta

Bagai Yunus dimakan paus
Ibrahim tak makan api
Bertemu kekasih di malam kudus
Luka di badan tak terasa lagi
Pukullah rebana jantungku bersyairlah maulana
Aku mabuk hakiki mendengar suaramu


Sayang... pada mereka yang tak mengerti
Sayang... pada hati tertutup mati
Bagai sangkar tanpa penghuni
Burung berharga terlepas lari


Rindu (ya maulana)
Kembali bertemu (ya maulana)
Hatiku merindukan pemiliknya (ya maulana)
Rindu (ya maulana)
Kembali bersatu (ya maulana)
Kembali bersatu dengan yang dikasihi


Rindu (ya maulana)
Kembali bertemu (ya maulana)
Hatiku merindukan pemiliknya (ya maulana)
Rindu (ya maulana)
Kembali bersatu (ya maulana)
Kembali bersatu dengan kekasih

Lagu dan Lirik : M.Nasir
Album : Phoenix Bangkit
© 2001 Luncai Emas Sdn. Bhd.

Saturday, January 8, 2011

Istanbul Winter Trip - Day 3 (Part III) - The Aqueduct of Valens

Excuse me er....
Aku beri map pada dia. Dan melilau pada sapa dia nak tanya. Lantak, asyik aku jer yang tanya kat orang. Dalam pada tu, ada 4orang awek yang aku rasa merupakan student universiti berhampiran berjalan melintasi kami. Mereka tengah berbual antara satu sama lain. Dengan tiba-tiba member aku ni pergi medekati mereka.. “Exsuce me.. err excuse me..” Mereka terus berjalan dan berbual tanpa menghiraukan kawan aku yang cuba mendekati mereka bertanyakan arah jalan. Kelihatannya tak ubah macam seorang salesman yang tak dilayan. Haha padan muka. Tulah memilih sangat ko. Nak tanya dekat awek-awek cun jer. Tergelak besar la aku hahaha.. Salah seorang daripada awek Turki tadi berpaling dan teragak-agak untuk menjawab atau tidak tapi akhirnya mereka berlalu pergi. Boleh jadi jugak yang dorang ni tak reti nak explain dalam bahasa inggeris sebenarnya, so jalan paling mudah ignore jelah ya. So tips kalau hendak bertanya, pergilah dekat kaunter jual rokok ker, pakcik-pakcik yang tengah tabur makanan pada burung ker, dekat polis atau pak guard ke kan. Jangan sesekali mintak tolong pada geng-geng yang menjual map, postcard dan guide book tu. Nanti ada jer dia nak soh beli itu ini.

Jadinya kami ke kedai jual makanan ringan kat tepi tu untuk tanya arah jalan yang betul. Tekak pun terasa haus jadinya belilah air jus setin sorang. Jalan punya jalan, aku ternampak orang jual manisan. Luarnya garing dan isi dalamnya basah-basah macamtu. Dgoreng dan kemudiannya disalut dengan gula serta madu yang manis giler!

Beli sekeping, disebabkan sayang nak buang aku ngap sampai habis. Berjalan melintas beberapa kali lampu isyarat.Kereta memang tengah sesak masa tu. Dan kami tiba di The Aqueduct of Valens. Kalau tengok dari jauh dan macam rupa jejantas atau jambatan tapi ada lubang-lubang arch pulak ya. Mari kita belajar sejarah ya kawan-kawan.


The Aqueduct of Valens

Apa itu aqueduct? Kalau dalam bahasa Italinya dengan mudah ia bertukar menjadi aquedotto. Tapi dalam bahasa Melayunya pulak ia lebih senang difahami sebagai terowong air. Aqueduct ini merupakan salah satu daripada teknologi yang diperkenalkan oleh Kerajaan Rome yang selalunya banyak dibina di kota-kota besar di bawah jajahan mereka dahulu. Aku lebih selesa menggunakan istilah aquect berbanding terowong air. Pada AD 373, Maharaja Valens telah membina sebuah 'aqueduct' bagi membekalkan air ke Kota Konstantinopel pada ketika itu. Dibina sepanjang 971 meter dengan ketinggian 29meter. The Aquecuct of Valens ni merupakan salah satu daripada terminal point untuk sistem aqueduct yg dibina hampir sepanjang 150km dalam masa 3o tahun. Dan ia disambung-sambung sehingga panjangnya mencecah kira-kira 400 km. Dianggap sebagai pencapaian terbaik dalam sejarah kejuruteraan hidraulik pada ketika itu. Boleh kita bayangkan tak, tanpa menggunakan sistem pam yang masih belum wujud ketika itu, iaitu dengan hanya mengaplikasikan sistem graviti mereka dapat menyalirkan air sejauh itu. Dan air tersebut disimpan pada cistern dan salah satu daripadanya adalah Basilica Cistern yang dah aku ceritakan sebelum ni.

Dan menarik juga bila mereka bina jalan raya merentasi sebahagian daripada tinggalan aqueduct tersebut. Seperti melalui sebuah terowong yang banyak pintu masuknya.








993 by Doğan Kuban and Ş. Akıncı.