Followers

Sunday, October 30, 2011

Jubah Glam Terbaru - Jubah Dubai Souq

Sebarang tempahan boleh dibuat ke email saya, iaitu mzma_qi@yahoo.com. Atau add saya di FB Zack Amrul. Atau dengan sms or call Amirudin bin Yatin 0123388074. Terima kasih!   
Kod : JD227 (YELLOW/TURQOISE/DARK PURPLE)
Saiz : JUBAH INI DATANG DENGAN INNER YANG MEMPUNYAI TALI PADA BAHAGIAN PINGGANG. LEBIH KURANG MACAM FREE SIZE.
Small - Available
Medium - Available
Large - Available
XLarge - Available
Price : RM480
Material : Chiffon with lining - half sleeves
*AKAN TIBA DI MALAYSIA PADA PENGHUJUNG NOVEMBER INI

 Kod : JD228 (RED )

 Kod : JD229 (PURPLE)
Kod : JD230 (TURQOISE)
Saiz : JUBAH INI DATANG DENGAN INNER YANG MEMPUNYAI TALI PADA BAHAGIAN PINGGANG. LEBIH KURANG MACAM FREE SIZE.
Small - Available
Medium - Available
Large - Available
XLarge - Available
Price : RM480
Material : Chiffon with lining - half sleeves
*AKAN TIBA DI MALAYSIA PADA PENGHUJUNG NOVEMBER INI

Kod : JD231 (ELECTRIC BLUE)

Kod : JD232 (DARK PURPLE)

 Kod : JD233 (PINK BELACAN)

Kod : JD232 (WHITE)

Wednesday, October 19, 2011

Maria Elena Menyarung JubahSouq

Kalau tanya member-member aku pasal Maria Elena, antara respon yang diberikan..
Responden 1 : "Sapa plak tuh. Aku xpernah dengaq pun. comeyy naaa?"
Responden 2 : "Maria Ozawa tu ker weh?"
Responden 3 : "Hang ni suka sangat tengok cerita Yusof Haslam" (Maria Mariana)
Bila tunjuk gambaq kat depa.... "Sapala cun sangat nih. macam mana aku buleh xkenai plakk" hahaha

Jom kita tengok apa respon member pompuan pulak..
Responden 1 : "Ofkos kenal. Suka sangat dengan style dia berhijab tau. lagi pulak dia slumber xcontrol cun"
Responden 2 : "Err saper tu you, I xpernah dengar pulak"
Responden 3 : "Ohh dia tu ker... ntah cam gediks jek I tgk"
Hahaha Responden 2 dan 3 tu cam jelesh jer :P

So memang ada yang kenal dan ada yang tidak. Rasanya dia lebih dikenali dikalangan gadis-gadis muda yang mengikuti perkembangan Maria di blog peribadinya. Kalau tanya aku pulak, aku mula ternampak dia ni melalui vlog selepas tertengok vlog dari matlutfi. Sekali tengok minah ni sengal2 depan video dia.. tp still kiut hihi.. Pastu google la nama dia and search kat FB. Barula tau rupanya minah ni antara top blogger la jugak. Maafla aku memang kurang nak amek tau pasal perkembangan blogger ni. Blog sendri pun tak terupdate hehe So sempat gak baca post dia antaranya berkenaan kisahnya yang baru mengenakan hijab. Kiranya dia ni boleh masuk kategori top Malaysian 'cewebrity' la. (Celebrity + web)

Disebabkan aura yang ada pada cik Maria Elena di kalangan peminatnya, jadi aku bersama rakan berkenan untuk menaja sepasang jubah/abaya untuk dipakainya pada majlis berbuka bersama peminatnya. Harapnya bila Maria berpakaian begini, dia mampu menggalakkan lebih ramai anak gadis muda di luar sana berpakaian cantik dan sopan.  Lagi bagus kalau dorang beli dari JubahSouq kih3.. Nampak manis dan ayu je Cik Maria kita nih hehe... nasib dia dah ada Dato' :P

Mari kita dengar apa kata Maria Elena berkenaan JubahSouq...

"lovely jubah i wore to iftar with great people!! it's really comfy, elegant and simply amazing! i strongly recommend it to you (if you're looking for jubah/abbayah). "
Kod jubah : AD73
Price : RM225
Material : Nida
Size : Boleh custom made - Open for Pre Order
website : http://www.jubahsouq.com/
FB page : Jubah Dubai Souq (http://www.facebook.com/pages/Jubah-Dubai-Souq/108555989214089)

Tuesday, October 18, 2011

Semalam Di Damsyik, Syria

Peluang untuk 'melawat' Damsyik iaitu ibu kota negara Syria yang lebih dikenali sebagai Damascus ini memanglah tak sia-sia buat aku bersama dua lagi rakan. Kami berkesempatan melawat makam panglima tentera Islam yang masyhur iaitu Salahuddin Al-Ayubi. Pergi melihat sendiri keindahan senibina Masjid Umayyad. Bersiar-siar di sekitar Damascus Souq dan.... tettttttttttt! semua itu hanya imaginasi yang direka semata-mata. Memang dari awal dulu lagi aku berangan-angan untuk ke menjejakkan kaki ke sana. Tapi sayangnya keadaan Syria yang masih bergolak membuatkan hajat itu ku lepaskan di sebuah restoran yang bernama ' Aroos Damascus'. Yang bererti 'The Pride of Damascus'.

Restoran yang menyediakan sepenuhnya makanan masakan Syria ini terletak di King Faisal Road Sharjah. cawangan lebih besar restoran ini boleh dijumpai di Dubai juga. Decoration dalam restorannya memang lebih menyerupai senibina yang terdapat pada kota Damascus di mana dapat dilihat pada tangga dan hiasan dindingnya. Suasana dengan semua pekerja berbangsa Syria dan kebanyakan pelanggan lain yang kelihatan seperti Arab Syria membuatkan kami terasa seperti betul-betul berada di Damascus pada masa tu.

Kami mula dihidangkan dengan salad dan rotinya. Memang spesel habis rotinya yang panas lagi lembut tu. Bila habis ia akan ditambah tanpa perlu dipanggil. Bila dibiarkan lama pulak, waiternya akan datang untuk menukarkan roti tersebut dengan roti yang lebih panas.

So untuk our maincourse plak... Aku makan mix grill. Ada banyak makanannya kan, meriah sungguh hehe Tapi yang paling best, roti sandwich yang berinti daging tu. memang padat dan lembut rotinya...  Lain-lainnya ada ayam dan daging. Khairul pon makan sama cam aku. Memang suka tiruk aku dia nih.

Meso pulak makan Steak setelah seminggu mengidam nak makan steak yang sedap. Spicy Arous Steak.

Untuk pencuci mulut plak, kami memang saja-saja pilih dessert yang berbeza untuk share-share rasa.
caramel with cream for me

Mahabiya with Nuts per Khairul

Asy Saraya per Messo
Dan last sekali kami dihidangkan dengan teh panas yang wangi sebagai penutup selera.
Kalau ada rezeki lepas ni, sampaila aku ke sana kan....