Followers

Wednesday, March 13, 2013

Pin Canggung

Salam semua. Tak taula semua tu berapa ramai yang baca posting ni kan. Konon-konon feeling ramai yang tunggu my entry  hihi Beberapa minggu sudah JubahSouq ada terlibat dengan satu pertunjukan fesyen yang diadakan di Aeon Wangsamaju pada sebelah malamnya. Event tersebut diadakan sempena pembukaan bazar yang dinamakan Busainna Bazaar. Kalau tak silap aku, mengikut kata Hidayah si oganizer event muda beli ni cakap Busainna membawa maksud wanita yang cantik. Jadi adik-adik, kakak-kakak dan makcik-makcik yang hadir sememangnya cantik bergaya huhu

Kitaorang tiba lewat sebab sebelah petangnya busy dengan photoshoot hijab dan abaya bersama model Engku Sulwani dan Fatin Afifah. So datang lenggang brokoli dengan berselipar buruk. Dah tahu kene tampil ke hadapan 'jalan kucing' bersama model-model, tapi alasan dah kuat sebab cuma pakai selipar kan. Jadi kami mintak tolong Kak Nong gantikan kami sebagai wakil designer. (designer ke?) Kak Nong yang ragu-ragu akhirnya berjaya dipujuk jua. Dalam xnak tu, tetap tampil vogue bila catwalk ala-ala pengantin baru haha Tapi apapun kerja backstage tetap kami yang buat. Agihkanlah baju-baju dan selendang pada model yang ada. Kelam kabut as usual. Sebab model-model yang ada memang tak pakai tudung jadinya ada yang tak berapa reti nak lilit shawl. Kenalah cik abe berdua ni tolong. Lepas fashion show tu Hidayah ada bagitau "You guys ni I tengok even dah lama dalam kerja-kerja macam ni but still teragak-agak eh. I mean dari cara you passkan pin. Macam segan-segan. Kalau boleh tak nak usik je. Kalau designer lain dah lama main redah je time kitaorg tengah salin baju tu haha"

Bila dia tegur barulah perasan kan. Kitaorang still ada rasa segan bila nak pegang lebih-lebih. Even nak pinkan shawl pada kepala model pun kita akan mintak model tu buat sendiri. bukan sebab tak reti, tapi lebih kepada rasa kekok atau canggung. Cuma stailnya saja kami tentukan bagaimana rupanya. Thats why lah pentingnya assistant perempuan kan. Staff yang ada pun xckup nak bawak pergi photoshoot. Nanti kedai siapa nak jaga eh :P Mungkin ramai yang perasan juga yang kami tak akan buat demonstrasi menggayakan shawl di khalayak. Seboleh-bolehnya kami minta mana-mana staf perempuan yang lakukan.

Berbalik pada bazar Busainna tadi, Alhamdulillah jualan agak baik. Kebanyakan booth memberikan feedback positif. Asalnya kami tak meletakkan sebarang target jualan disebabkan stok abaya dan shawl yang terhad. Lebih kepada ingin membawa jenama kami di sekitar Kuala Lumpur pula. Yelah sebelum ni kita banyak buka booth di Shah Alam sahaja

Dan minggu depan stok abaya baru akan sampai. Banyak yang akan sampai termasuk tempahan preorder. Maaf sangat bagi yang sudah lama menunggu. Untuk yang ingin membeli ready stock sila emailkan mzma84@gmail.com. InshaAllah di entri seterusnya saya akan sediakan bahan untuk penulisan berkenaan pengenalan abaya. Sebab masih ramai yang keliru dengan definasi abaya. Sekian saja. tata titi tutu

wsalam
Zack Amrul





Wednesday, March 6, 2013