Tahniah Malaysia Oh TanahAyerku!
Bukan rakyat Malaysia sejati la kan kalau aku update blog tanpa mengucapkan tahniah buat kejayaan pasukan bola sepak Malaysia pada malam tadi. Rio Ferdinand pun ucap tahniah kat Malaysia weh! Time game tuh aku tengah kat office lagi, dapatkan update pasal bola melalui member aku di bbm dan twitter. Dan paling best tuh, dapatkan update dari seorang teman Indonesia yang dah sah-sah penyokong pasukan Garuda. Bila member aku bbm cakap dah gol sebiik, giler babeng rasa nak balik rumah sekarang tu jugak lepas tu tengok online huhu. Penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi katanya kebal sekali walaupun diserang bertubi-tubi. Khabarnya lagi kelibat Lunamaya, Manohara dan beberapa selibriti cun Indonesia datang menyokong juga jadi tumpuan lensa kamera pada malam tadi. Apapun, tahniah sekali lagi buat HARIMAU MALAYA!
Museum Arkeologi kami tak masuk
Aku sambung cerita di Istanbul la ya. Selesai keluar dari Basilica Cistern, aku tiba-tiba macam blur kerjap tak tau nak pergi mana. Kalau aku cakap kat member aku xtau, malu ar padahal aku dah pernah sampai sbeelum ni kan hehe.Aku biar member aku cam sibuk snap gambar sepanjang laluan tramp. Kami jalan lebih dalam 300meter dan taku ernampak satu tembok yang mengingatkan pada laluan menuju ke Topkapi Palace. Ada dua laluan, satu melalui taman dan satu lagi lorong yang betul untuk ke Topkapi Palace. Jalannya agak berbukit dan terdapat museum arkeologi di situ. Aku dah pernah masuk masa trip pertama dulu, museum memang tetap museum. Agak membosankan jugak bagi aku. Yang dapat banyak dilihat cuma patung-patung dan arca yang aku sendiri tak ingat. Di luar museum tu juga ada museum hasil kesenian Islam, iaitu Iznik Tiles yang sangat famous digunakan masa pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyyah suatu ketika dulu. Benda yang sama dapat dilihat pada perpustakaan yang terdapat di Hagia Sophia. Pengalaman aku mengatakan, lebih menarik untuk explore Topkapi Palace kerana kawasannya yang begitu luas dan terlalu banyak benda yang boleh ditengok lagi. Jalan punya jalan(dah macam trademark aku pulak haha), ternampak seekor kucing gomok lagi. Mana dia tinggal, siapa kasik dia makan kan. Tertanya-tanya jugak aku. Kalau di Malaysia, kucing-kucing macam ni kalau jalan berkeliaran dah sah-sah kena kidnap.
Pintu masuk Museum Arkeologi.
Topkapi Palace
Dan beberapa langkah lepas tu kami sampai di dataran berhadapan TopKapi Palace. Susunan pokok yang mebentuk garisan perspektif dan ditambah lagi dengan warna hijau pekat rumput di situ sememangnya menaikkan lagi seri landskap luar istana tersebut. Rumput menghijau manakala langit membiru dengan kumpulan awan memutih. Subhanallah. Pokok-pokok kering tanpa daun disebabkan musim sejuk. Ramai orang jalan berkeliaran di situ. Ada jugak yang sedang beratur panjang untuk membeli tiket masuk ke Istana Topkapi. Anda dimintak agar tidak terkeliru dengan Istana Takeshi mahupun Istana menanti. Masa 1st trip aku dulu, sempat2 aku sampai depan pintu Topkapi, ada Ottoman Band keluar mainkan alat muzik dorang. Buat pengetahuan korang, Ottoman Band akan memainkan alatan muzik untuk menaikkan semangat askar-askar ketika berperang. So kira band ni memang sangat-sangat penting la. Best jugak bila dapat dengar live depan mata sebab sebelum tu aku banyak tengok melalui youtube sahaja.
Tanpa berlengah lagi, kami menuju ke kaunter jualan tiket tersebut.20 lira seorang. Sambil beratur mata asyik liar memerhati orang-orang di sekeliling. Indah-indah betul manusia ciptaan Tuhan ya hehe. Ada jugak beberapa pengunjung dari Malaysia dan Indonesia turut sama beratur yang kami kerap kali bertembung di dalam istana tersebut.
Okay sedikit fakta sejarah mengenai istana ini. Hampir selama 4oo tahun istana dijadikan sebagai tempat tinggal rasmi untuk Sultan-sultan pada zaman pemerintahan Uthmaniyyah. Sultan Muhammad Al-Fateh yang memulakan idea pembinaan istana ini bermula awal tahun 1459. Istana ini kemudiannya diperbesarkan tahun demi tahun dan telah banyak pembaikpulihan dijalankan setelah berlakunya gemba bumi pada tahun 1509 dan kebakaran pada tahun 1665. Kenapa TopKapi. Tak ada kena mengena dengan topi mahupun sama sekali kopi. Topkapi dalam bahasa Turki bermaksud meriam. Diambil namanya sempena pintu gerbang berhampiran yang dinamakan Topkapi yang mana telah musnah pada ketika itu. Meriam besar atau saya gelaskan meriam gergasi disebabkan saiznya yang besar ada diletakkan di depan pintu tersebut suatu masa dahulu. Pada tahun 1856, Sultan Abdul Majid telah membina Istana baru iaitu Dolmabahce Palace yang menyebabkan Topkapi Palace tidak berapa digunakan lagi. Dolmahbace Palace adalah merupakan istana pertama di kota itu yang dibina dengan pengaruh senibina Eropah. Beberapa bangunan seperti perpustakaan, pusat pengumpulan khazanah peribadi Rasulullah dan sahabat, masjid serta beberapa bangunan lain di Topkapi Palace masih dikekalkan fungsinya. Setelah tamatnya kesinambungan pemerintahan Turki Uthmaniyyah pada tahun 1921, istana tersebut telah diubah menjadi museum sehingga kekal pada hari ini.
Pintu masuk utama Topkapi Palace
Secara ringkasnya, pengunjung dapat melihat pelbagai senibina Uthmaniyah melalui koleksi porcelain, senjata, kaligrafi Islam, miniature, mural dan juga pelabagai koleksi berlian dan penemuan dari kerajaan tersebut. Betapa gemilang dan kayanya Islam. Tak lupa juga macam yang saya sebutkan tadi, koleksi barang-barang peribadi milik Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda. Antara yang paling dinanti-nanti. Banyak bilik-bilik dengan khazanah berharga tersebut dijaga dengan baik sekali dan pengunjung tidak dibenarkan sama sekali mengambil gambar mahupun video. Tapi masa 1st trip, aku ingat lagi member aku si Zhafir tu ada snap beberapa gambar macam koleksi pedang Rasulullah dengan menggunakan digital cameranya. Yelah kamera tu lagi kecik senang nak snap kan. Ni hah gambar member aku Zhafir snap dulu tu. Ayok! Aku tolong upload jer. (Zhafir, hang xkesah kan haha)
Pedang dan alat memanah milik Rasulullah s.a.w
Perjalanan kami dimulakan dengan langkah kanan. Maksud aku kami mulakan untuk tour Istana tersebut dari sebelah kanannya. Landskap dalam istana ni memang cantik dan cuaca pun sangat kena masa tu.
aku la tuh.
Kamar Sultan.
Sian dia. Lapor.
The Gate of Felicity adalah merupakan pintu gerbang masuk ke Inner Court atau juga dikenal sebagai Third Coutyard. Third Coutyard ini merupakan kawasan privasi dan penginapan dalam istana tersebut. Pintu gerbang itu mempunyai binaan kubah yang disokong oleh tiang marble sebagai tanda tempat kediaman Sultan ketika itu. Tiada siapa dibenarkan melepasi pintu tersebut tanpa kebenaran Sultan. Siling pada pintu ini dicat dan disalut emas dengan golden ball yang digantung di tengahnya. Ada juga batu kecil di tengah-tengah tu kan. Ianya merupakan penanda kepada bekas tempat panji-panji Rasulullah s.a.w dikibarkan suatu masa dulu.
Lapar. Penat. Lapar
Jadi kami ikot sign tulis cafe, tapi terjumpa bahagian paling hujung kawasan istana tu yang menghadapa Laut Marmara. Ternampak cafe tu kat bawah tapi rasanya itu cuma untuk minum-minum ringan jer. So kami stay seketika kat tepi untuk saksikan laut yang terbentang luas tuh. Tak luas jugak la sebab seberang sana tu nampak bahagian Asia kan. Angin bertiup sesepoi bahasa. Alah tranquil giler rasa masa tuh. Hilang kejap rasa lapar dan lenguh di kaki.
Ada seekor kucing yang bertenggek tepi pagar tu. Tanpa menghiraukan pengunjung yang ada, dia seolah-olah sedang tekun mengenangkan nasibnya. Even kucng pun pandai nak menghayati keindahan alam kan. Tak taula kalau-kalau kucing tu nak bunuh diri ker hahah Tapi betul, member aku main ekor dia pun, dia buat slumberdek jer.
Makan2 dan Awek Turki
Diulang sekali lagi, kami dah lapar. Haus. So next cari makan pulak. Jalan balik ke SultanAhmet Area. Cari la mana-mana restoran sepanjang tepi tramp railway tu. Nak cari yang open air sebab member aku ni nak smoking la pulak. Ada satu restoran tu penuh, tapi aku slumber je tanya waiter tu, table untuk 2orang. Dia suruh kami duduk pada satu meja yang besar tapi cuma ada dua customer duduk di penghujungnya. So kami duduk di hujung satu lagi, dan aku menghadap laluan orang ramai berjalan. Tanpa aku perasan, awek yang duduk sebelah aku tu tersenyum dan mula tegur aku. “Hello. Where are you from. India?”. Bapak ah! India ditekanya. Aku pun tersenyum dan control-control nak gelak. Dalam hati maybe dia ingat aku dating dari India part2 Bollywood tu kot. Member aku cam cipet dok gelak2. “Ah no. I am from Malaysia. Are you Turkish?”. Sambil menghembuskan asap rokoknya dia senyum lagi “Malaysia? Is it next to Bangladesh”. Haram betul sampai hati ko bandingkan aku dengan bangle hahaha. Nasib muka ko cun kan. Aku explain la Malaysia tu next to Singapore dan Thailand. Aku Tanya dia kerja atau belajar. Katanya dia baru habis study. 8 bulan ke London study English. Cute jugakla dia sebut LONDON tu. Bukan ‘landen’ tapi betul2 dia pronounce ‘lon-don’ macam orang dolu-dolu. Nice to meet you, namanya Salba. Dia settle merokok dan dia blah masa makanan kami sampai. Tak teringat pulak nak amek gambar dia. So tengok gambar makanan je lar.
Member aku makan kebab ayam. Hantu ayam dia nih.
Yang aku makan ni, lupa namanya. Tapi ada Iskandar pada nama menu tuh. Daging kebab dengan tomato paste, yougurt dan cheese. Sodap. Burp. Alhamdulillah