Followers
Sunday, March 20, 2011
Sunday, March 13, 2011
Mak... Abang dah nak balik!
Salaam! Pheww dah lama sangat tak update blog aku. Sibuk sangat la kononnya hukhuk... Dalam sedar tak sedar. Tinggal berapa hari je lagi aku nak balik kampung. Sudah enam purnama hamba di sini. Enam purnama lamanya hamba tak melihat wajah ibu, adik2 dan anak buah hamba. Sahabat2 hamba. Kata orang "ala 6bulan jer pon". Setengah tu beb, kira lama la tuh. Tinggal hamba di sini keseorangan jauh dari teman-teman semua. Makan seorang diri. Tidor sorang diri. Mandi pun keseorangan juga keh3.
Balik pasal cerita balik kampung. Antara excited dan malas. Malas nak packing sebenarnya. Nasibla naik Emirates Airline depa kasi luggage allowance aku for 30kilos. Bolehla sumbat banyak sikit...
Kalau MAS memang kemut, dalam 20 ke 25kilo jer. Al maklumlah sebelum2 ni biasa naik Lufhtansa aku dapat 40kilo! (boleh sumbat bini tau)
Cuba jugak cari balik gambar-gambar masa awal aku sampai di UAE ni dulu. Tapi semua memori tu dah hilang pasal laptop aku rosak sebelum ni. Hardisk kong! Banyak dokumen2 penting dan gambar-gambar di Itali aku xsempat backup. Frust menongeng jugakla bila dapat tau semuanya hilang macam tu jer :( Tapi aku percaya, hilang simpanan memori yang sebelum, InshaAllah Dia gantikan dengan memori yang lebih indah lagik. Amin.
Perkembangan berkenaan jubah. Alhamdulillah baik-baik aja donk. JubahsouQ.com telah menaja busana untuk Dato Dr Mashitah Ibrahim dan tetamu undangannya untuk sebuah rancangan bual bicara terbaru yang bakal menemui anda di Astro Oasis pada penghujung March ini.Terima kasih sekali lagi buat team produksi terutamanya pada cik Norhaidatul Azian atau lebih mesra dengan panggilan Yan kerana memberikan kepercayaan dan membuka peluang kepada kami yang masih hijau teruna nih hehe.. Gambar-gambar sepanjang shooting akan dikongsi di lain harik.
Dan JubahsouQ.com akan mempromosikan shawl2 sutera pula. Ada banyak jenis sampai aku sendiri pun tak tau nak bezakannya. Tapi memang gojesh! Tengokla model pun antarabangsa kot haha. (Ni bukan kepala patung pon, tapi gmbar aku kerat dari majalah)
Dan minggu lepas kalau tak silap aku, artikel yang aku tulis pasal cerita makan-makan di Itali dah siap. Untuk majalah karangkraf, pasal makan-makan. Majalah RASA. Tak sure pulak bila akan keluarnya. Thanks to Ila dan Siti :) Dalam pada tu, muka aku masuk magazine lagi. majalah apa eh. Gila macam dah kemaruk glamer jer kan huhu. Tapi xper kot, orang kenal aku, kenal la JubahsouQ.com kan ;) Ni gambar yang member aku Wan upload. hikhik. Ayat skema lagi hipokrit jer sudah. Isunya pasal lepak. Ni yang xsabau nak balik lepak2 dgn sahabat2 gue. Karok2. makan. fuuhh!
![]() |
| Aku sendiri pun tergelak baca haha... |
![]() |
| Gunting rambut kat kedai Egyptian yang mahal nak mampuih. Pencekik darah dorang nih. |
![]() |
| caak!. encem x ;P |
Thursday, February 24, 2011
Makan-makan di Pak Ghazi.
Suasananya saling tak ubah seperti di restoran mamak di Malaysia. Wah rindu nak lepak-lepak kat mamak. Idea Adflin Shauki untuk mengcipta spray penyembur bau restoran mamak munkin juga boleh diterima pakai hahah. Semua pekerja memakai baju seragam dan topi putih. Restorannya bersih dah cuma ada ruang makan di dalam, dan bukan open air macam mamak di Malaysia. Aku duduk dalam dua minit, tapi tak ada yang datang menyapa ambil order. Baru nak bangun panggil waiter dia datang menghampiri aku. Of kos la aku mintak menu since tak apa nak order sebenarnya. Dia letak katalog menu, dan terpampang ditulis PAK GHAZI. hahaha! Inilah restoran yang selalu disebut2 oleh Azarudin Murad. Murah dan sedap katanya. Mungkin ada betulnya sebab nampak ramai pelanggan yang makan tadi. Pak, adakah bermaksud bapak, seperti mana kita panggil sesorang dengan gelaran Pak. Sudah ditubuhkan sejak tahun 1970 lagi. Bila dia ambil order, aku cakap nak roti prata macam org depan aku tu makan. Rupa-rupanya itu roti tandoori. Urmmm blur apa nak order, so aku mintak ayam.. dia cakap fried chicken bla3. Panjang sangat nama menunya, so aku okaykan ajer. Mintak chai secawan. Dalam menunggu makanan aku sampai, sempat la snap pic kan.
Dan dalam bberpa saat kemudian ayam bersama-sama kuah dal pun sampai. Ohh ayam berempah rupanya, harum bau rempah ayamnya. Memang sedap roti tandoorinya yang masih panas lagi. Biasanya aku cubit roti tu, letak ayam dan salad, gulung lalu cicah dengan kuah dal yang sekakan kari tuh. Sedap!
Thursday, February 10, 2011
Terbaik Dari Oasis - Al Ain (Part I)
Tidar jam 2.00 pagi setelah menonton filem Sikit Punya Gila di youtube. Kemudiannya boleh pulak aku terjaga pada jam 6.00 pagi. Takut terlajak, lepas solat subuh jadinya terus siap-siap mandi dan kemas barang mana patut. Sebenarnya plan nak ke Al Ain untuk menyaksikan pertunjukan Al Ain Aerobatic Show 2011 yang mengumpulkan 15 team sub-sonic jet terbaik dunia. Tiket untuk dewasa berharga 40 Dirham aku dah beli melalui online payment di TimeOut. Sebenarnya kalau nak beli tiket dekat kaunter pada hari nak masuk pon boleh. Tapi saja beli awal-awal, nanti takde la aku bagi alasan kata tak nak pergi kan. Dalam pukul 8.30 pagi macam tu aku dah turun, cadangnya nak sarap dulu. Tapi susah betul nak dapat kedai-kedai restoran bukak awal pagi ni. So belila bekalan roti jer buat alas perut.
Aku ke bus station Sharjah dengan menaiki teksi. Bus stationnya simpledan terletak kira-kira 3kilometer je dari rumah aku. Tak silap aku ada kira-kira 8 lorong bas yang setiap satunya menuju ke destinasi yang berlainan. 30 Dirham dari Sharjah ke Al Ain. Untuk 2jam perjalanan. Nampak gayanya banyak bas menuju ke Dubai, Abu Dhabi, Al Ain dan destinasi lain dalam UAE. Boleh dikatakan setiap satu jam ada satu bas bertolak. Tiket bas tak ada seat number, so suka hati la nak duduk kat mana pun. Cuma 3 seat terdepan, kiri dan kanan adalah dikhaskan buat penumpang wanita. Tapi memandangkan masa tu tak ada penumpang wanita sangat so aku duduk jela kat depan tu. Belakang pun dah penuh. Basnya selesa dengan aircond sepertimana bas-bas di Malaysiajugak.
Pada jam 9.30pagi bas yang sepatutnya bertolak pada jam 9.15pagi itupun bergerak. 15minit baca buku sambil layan itouch. Selebihnya aku berBBM dan tidur. ZzZZzzzzz
Rasanya dalam 5km sebelum nak sampai town Al Ain aku terjaga. Hijau. Banyak bunga-bunga. Jalan pun tak sesak macam Sharjah atau Dubai. Tapi berkali-kali jumpa roundabout barula betul-betul sampai di bus station yang terletak di town. Bandarnya memang macam pekan koboi, tapi tenang dan bersih. Aku sampai je kat town tu dalam jam 11.30 macam tu. Aku jalan-jalan kejap area town tu, then baru la call orang kampong Al Ain iaitu bro Fadhli. Katanya bekas orang kampong Al Ain yakni bro Helmey Shariff pon dah ada kat sana. Time tu jugakla kenal sama orang kampong Dubai iaitu Radz dan Yanie aka Choco Latte. Mula-mula aku ingatkan dorang ni couple hahah.. Diana yang ambil kitaorang time tuh. Diana ni pun antara otai lama Al Ain merangkap setiausaha pada ketua kampong Fadhli hehe
Aku dan Radz dihantar ke villa bro Fadhli dulu. Kami disambut dengan paluan kompang, bunga manggar dan bentangan tikar mengkuang di sepanjang laluan ke pintu masuk utama. Villa yang diberi nama ‘Teratak Abe’ ni baru saja disewa dan kami dialu-alukan untuk buat-buat selesa macam berada di rumah sendiri. Selesai solat jumaat di masjid berhampiran, kami dihidangkan dengan masakan dari hasil air tangan tuan rumah sendiri yang sodap sampai menjilat jari.
Al Ain Aerobatic Show 2011
Kalau bila sekali sebut, orang akan tanya ‘acrobatic show ker ?’ huhu. Show yang sepatutnya bermula pada hari rabu lepas terpaksa ditunda ke hari khamis disebabkan cuaca yang tak mengizinkan. Tapi Alhamdulillah cuaca baik sekali pada hari jumaat tersebut. Matahari memancar terik dengan cuaca yang dingin jer.






























Nasi Mandi, Ikan Susu Bakar
First time merasa Nasi Mandi dan Ikan Bakar di UAE ni. Masa awal-awal dulu kalau orang sebut mandi, aku ingatkan nak pergi mandi pantai LOL. Sebab biasanya aku bedal briyani kat restoran sebelah apartment tu jer. Menurut jurucakap Abu Dhabi iaitu Syeikh Helmey, nasi mandi ni kalau nak diikutkan waktu dulu-dulu, nasi mandi ni dimasak di dengan bara dan dikambus dalam tanah.Sejauh mana kebenarannya mari kita sama-sama meinyingkap misteri Nasik Mandi. Tapi tak kisahla kan, janji bila makan tu memanglah sedap. Nasik ni la yang aku tunggu-tunggu dari dulu lagi.Terima kasih geng kerana menyempurnakan hajat yang dah lama terpendam di sudut perotku heee.
Nasi sedulang dengan ayam. Kambing panggang. ‘Milk Fish’ Bakar. Dimakan bersama sambal cili tomato dan ulam-ulam segar. Terbaek dari Al Ain! Kalau sampai ke sana, mesti cuba di Restoran Al Yahar.
Jebel Hafeet
Lepas dah kenyang memboncit tuh. Duduk dalam kereta kat seat belakang dengan memakai sweater pinjaman. Sangatlah nikmat rasanya, seolah-olah ada orang tepuk bontot aku suruh tidor hahaha. Sekali sekala aku kedengaran sayup-sayup suara orang depan berborak. Tapi tau-tau je dah sampai puncak Jabal Hafeet. Sejuk giler aku cakap ko. Suhu masa tu dalam lingkungan 12deg C ditambah pulak dengan angin yang bertiup menambah kedinginan. Tapi pemandangan dari puncak tersebut memang cantik. Nampak seluruh kawasan Al Ain yang disinari limpahan cayaha lampu-lampunya.
Jebel Hafeet (Arabic: جبل حفيت)
Jebel adalah merupakan perkataan bahasa Arab yang bermaksud “Bukit”. Puncak Jebel hafeet ini adalah setinggi 1240 meter dari aras laut yang mampu menjajikan pemandangan terbaik sepanjang sempadan di antara UAE dan Oman. Ramai yang menganggapnya sebagai puncak tertinggi di UAE disebabkan ia merupakan lokasi kunjungan popular sedangkan puncak tertinggi sekali adalahJabal Yibir. Jalanraya dengan 3lorong dibina sehingga ke puncak Jebel Hafeet. Yang menariknya jalanrayanya yang berbentuk seperti ular ini pernah digelar sebagai "one of the best driving roads in the world" stretching over 15 kilometres with 60 fantastic curves & twists. Katanya Jeremy Clarkson dari Top Gear pun suka sama ini jala raya. Banyak luxury car manufacturers buat testing model terbaru kereta mereka di sini (Mercedes, Mini Cooper, etc.)

Green Mubazarrah
Setelah hampir setengah jam berada kat atas tu, kami turun untuk menikmati chai di Mabarah iaitu kawasan kaki bukit jabal Hafeet yang sememangnya sesuai untuk rekreasi bersama kawan-kawan da keluarga. Sekali pandang dah macam Grand Canyon, cumanya ada rumput-rumput yang tumbuh segar menghijau. Lampu spotlight diletakkan berhampiran kawasan bukit tersebut agar membolehkan pengunjung menikmati pemandangan pada waktu malam. Cuaca di bawah tu takdela sesejuk macam berada di puncak tadi. Ada pulak ramai yang tengah berpicnic dan BBQ. Sedap jer bau walaupun perut dah sendat macam haper.
Kemudian kami minum teh berempah. Kata mereka teh yang diletakkan masala. Rasanya memang sesedap dan seharum baunya. (Oh teringat Istanbul!)
Ramai yang bakal menyambut harijadi mereka pada bulan Februari, so dorang celebrate terus sekali harung dengan sebijik kek coklat. Semuanya macam kanak-kanak riang ribena masa tuh. Yang kanak-kanak betul pulak tidur dalam kereta haha.
The Kaki Spa
Lepas sepanjang kawasan Muzarabah tu terdapat sebuah open channel atau dalam bahasa mudahnya kelihatan seperti longkang atau terusan huhu... Tapi melalui terusan tersebut sebenarnya terdapat air panas yang mengalir kira-kira sedalam 5inchi. So boleh rendamkan kaki ke dalamnya dan bukan rendam badan hehe.. Tapi rasanya ada kot kolam untuk mandi. Dan yang pastinya ia bukanlah air panas semulajadi.













