Followers

Friday, December 24, 2010

Istanbul Masa Winter Trip

Seminggu bercuti. Dan aku luangkan selama 5hari 4malam di Istanbul. Alhamdulillah, bila bekerja di UAE ni sememangnya bagi kelebihan untuk aku ke sana buat kali ke dua. Naik low cost airline, FlyDubai yang mana harga flight ticketnya cuma sekitar RM800. Pergi pada musim winter ni, harga hotel kebanyakannya akan turun sebanyak 50% berbanding harga pada musim-musim lain. Aku pergi ke sana dengan seorang sahabat dari Malaysia, Amirudin Yatin. Dan member yang dari Milan(yang juga kawan ke Istanbul pada 2009) pulak terpaksa cancel pada saat-saat akhir atas alasan kerja.

Beberapa hari nak fly ke Istanbul, aku check weather forecast pada minggu sebelumnya memang asyik hujan jer. Dalam hati ni risau jugak kalau-kalau berterusan hujan sampai 2 minggu kan. Aku dah discuss dengan member aku ni untuk redah jer walau macam mana cuaca sekali pun. Tapi memang tak disangka-sangka cuaca di Istanbul asyik cerah jer sepanjang 5 hari kami di sana. Syukran :)

Kerinduan pada kota Istanbul sememangnya terubat setiap kali aku lihat Masjid Kubah Biru(Blue Mosque) dan Aya Sophia. Aku masih ulang ke tempat-tempat yang sama sebab member aku ni memang 1st time sampai ke sana. Kiranya jadi tourist guide secara percuma. Sekali sekala aku pow dia belanja makan ar. Maybe lepas ni aku boleh bawak group yang lebih ramai dan aku charge sorang2 ikot kepala hahaha(gelak setan)

Orang-orang Turki sememangnya baik dan peramah sekali. Rasa sangat2 disambut bila tiba di sana. Mereka cukup ramah bertegur sapa dan membantu kita. Bila jadi orang Malaysia ni, rasa sangat dihormati kat sana. Cuma masih kena berhati-hati dengan penjual buku-buku guide dan peta yang sentiasa berkeliaran berjalan di sekitar SultanAhmet Square tu.
Biasanya dorang akan letak harga yang cukup tinggi untuk tarik pembeli terutamanya di kalangan pelancong yang baru tiba. Adalah lebih baik kalau korang survey dulu harga buku/map yang sama dijual pada booth2 berhampiran. Geng2 nak jual ayam pon bersepah weh. Ada jugak budak2 muda yang kononnnya baru sampai Istanbul, ajak borak2 la. Aku layan gitu2 la sebab tau dorang ni xkan percuma2 datang nak tegor kita. Satu insiden yang memang aku takkan lupa jugak la. Kami ke Grand Bazaar, utk belikan brang2 souvenir. Tengah ushar2 tshirt Istanbul, dah jumpa dah satu kedai yang jual tshirt design cantik dan harga okay. Tiba2 tokey dia dtg nak promote baju itu ini. Tak faham bahasa agaknya orang nak pilih sendiri.
Dia sibuk nak tunjuk design2 lain. Ada satu baju dia letak harga tinggi sangat untuk tshirt simple macamtu, aku ckp mmbr aku xyah amek la. So tokey tu dok tawar2 harga walaupun orang cakap xnak. Dengan sengalnya dia bengang sebab xjadi nak amik satu tsirt yg mahal tu, aku la jadi mangsa marah dia. Mula2 dia meninggi suara. Sampai satu masa dia pegang lengan aku seolah2 nak tolak soh aku blah. Aku buat keras ar xberganjak. Dan ajak member aku blah. Cam cipet jer pakcik tu. Tua2 tapi xreti nak hormat orang muda. Orang nak beli dipaksa2 plak eh. Masa tu aku wat slumber jela walaupun malu ada, klako pun ada aku rasa hahaha

Kalau bercerita bab makan plak jangan sebut ar. Kalau boleh habis sumer benda aku nak cuba rasa hehe Walaupun dalam hati ni risau dengan kenaikan berat badan yang berganda.. ahhh bukannya selalu dapat sampai ke Istanbul kan. Makan jerla. Next entry rasanya nak bercerita pasal makanan dia pulak. Memang terbaek dari kebun!

Dan trip kali ni rasanya hasil gmbar aku lebih baik la berbanding sebelum ni sebab aku dah reti guna SLR secara manual. Dulu masa ke sana asik pakai automode jer sampai xdapat nak snap gambar dalam Blue Mosque. Mungkin kalau ada rezeki next trip ke sana, pakai D90 plok ler kan hehe


Pendek kata ISTANBUL memang takkan pernah mengecewakan.

Petang tadi aku hantar kawan aku ke Dubai Airport, pasal flight dia ke Malaysia. Alhamdulillah dia dah selamat sampai ke rumah. Dan sekarang, tinggallah aku kembali sorang diri kat sini kan :) Ada masa kita jumpa lagi kawan-kawan semua. Rindu giler kat family n kawan2 sumer.

Menghabiskan hujung tahun 2010 di Istanbul memang grandissimo!