Pesan seorang sahabat, "Seorang yang rajin membaca, bisa menakluk dunia". Tadi baru saja selesai baca beberapa helai muka surat buku yang dipinjam kawan buat aku, bertajuk"How To Win dot dot dot...". Isinya memang syok baca dan sememangnya banyak membantu untuk polish aku punya communication skills. Sebelum nak takluk dunia pun, kata orang baik 'takluk' diri sendiri dulu ya dak.
Tengahari tadi aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari seorang sahabat yang nyatanya tak pernah sekalipun membuat panggilan telefon sepanjang aku berada di UAE selama hampir 5bulan ni hahaha. Dalam hati ni terdetik, mungkin dia tersalah dial nombor aku agaknya. Untuk merungkai segala kesangsian misteri itu aku pun mengangkat panggilan telefon tersebut. " Halo Assalamualaikum Ya habibi Zack". Dengan nada suara yang ceria tu aku yakinlah dia sememangnya berniat untuk call aku. Perbualan tersangkut-sangkut. Dan untuk elak dari mengganggu colleague aku yg sedang asyik bekerja, aku pun ke luar untuk berborak-borak. Rupa-rupanya niat asal dia nak call adiknya yang berada di Cairo, Mesir. Masih tak dapat dihubungi katanya. Rasanya umum tahu dengan protes yang dibuat oleh rakyat Mesir yang mengkehendakan pengunduran Hosni Mubarak dari memimpin negara mereka. 30 tahun memerintah beb, tapi rakyatnya masih sengsara dan miskin kerana penindasan pemimpinnya. Alhamdulillah semangat kebangkitan Tunisa telah terbang ke Mesir. Balik pada cerita adik sahabat aku tadi tu, marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan adiknya dan ribuan rakyat Malaysia lain yang berada di sana. Anyway thanks for calling me Mr Ahseng :)
Kalau dibaca entry sebelum ni 'Syurga Dunia - Cinque Terre', tak langsung ada menceritakan intro pasal tempat ni kan. Start2 jer dah ada dalam train. Secara ringkasnya Cinque Terre terletak di bahagian Liguria, Itali yang terdiri daripada 5 pekan kecil iaitu Monterosso al Mare, Vernazza, Corniglia, Manarola dan Riomaggiore. Cinque membawa maksud lima dan Terre pula bererti bumi/tanah. Cinque Terre National Park adalah merupakan salah satu daripada Tapak Peninggalan Sejarah Dunia, UNESCO.
Menyambung kembali kisah perjalanan aku di sana. Setelah agak penat hiking dari pekan Vernazza ke Manarola, so kami pulang kembali ke Vernazza dengan menaiki train jerlah. Kami sempat duduk di batu-batu besar yang tersusun menyebarangi laut tuh, bagi menyaksikan matahari terbenam. Masa tu aku tengok permuakaan air yang berhampiran dan batu-batu kecil di dasar laut tersebut boleh dilihat dengan jelas. Ada dua ekor burung Nemo datang menghampiri menemani kami. Pada malamnya kami makan di restoran berhampiran dan cuma ambil angin di sekitar hotel kami.
Hari Ke Dua... Rasanya pagi tu aku solat subuh gajah jer. Itupun terjaga setelah dikejutkan makcik hotel tu pada jam 7.00 pagi kalau tak silap aku. Dia menghantar dulang sarapan buat kami. Dua cawan dan paket kopi tempatan Itali, gula dan juga sepinggan biskut cokolat yang katanya tadi dia buat sendiri. Nampak cantik dan isi coklatnya serta taburan gula ising membuatkan ia nampak macam sedap. Memang sedap pun! Terasa keikhlasan makcik ni dalam kuih hasil air tangannya sendiri haha Rasanya sama macam makan kuih seri muka yang mak aku biasa buat pagi-pagi dulu. Rasa lemak santan dan pulutnya serta kemanisan gula kereknya memang secukup rasa. Menghirup kopi dan biskut makcik buat sendiri di tepi balkoni. (Posting sebelum ni ada menceritakan pasal makan-makan di CT)
Setelah siap packing kami bergerak ke luar dan memulangkan kunci hotel tersebut. Kami merewang di sekitar pekan Vernazza. Ada sebuah bangunan kecil terletak paling hujung tanjung tersebut, yang nampaknya macam bekas rumah api.
Warna payung yang disusun juga boleh dikatakan tarikan kat pantai ni. Batu kat depan tu biasa korang akan nampak dalam iklan-iklan untuk mempromosikan Cinque Terre.
6 comments:
leh kenal x dgn kwn u yg nm ahseng tu..mesti encem kan die..kiki..x kuase mak nok..
tak ensem pun. dia de kudis kt tempat tersorok hahahhah
jeles! >.<
lalalala
aritu gmbar2 awk kt sana pun cantik2 aper huhu
Cantik! Cantik! Cantik!
Esp pantai yang putih,laut membiru...payung2 tu semua nampak macam cendawan warna warni aje kan...
Seronoknya la Akie dapat p sana...
Manfaatkan da experience dengan meluahkan ke NonLoso ini adalah yang terbaik..
Pic2 cantik la,photog ni makin bagus skill snap pic dia! Nak sainnn.....;-P
Yan.. dah seminggu kot tak bukak blog ni hehe..
Masa saya perci CT ni, baru je beli secondh hand DSLR. Tak tahu pakai sgt pon, just snap jer. Mungkin tmpt dia mmg dh cantik, mengaburi kekurangan skill photog nya heheh
Anyway thanks :)
Post a Comment