Followers

Tuesday, October 18, 2011

Semalam Di Damsyik, Syria

Peluang untuk 'melawat' Damsyik iaitu ibu kota negara Syria yang lebih dikenali sebagai Damascus ini memanglah tak sia-sia buat aku bersama dua lagi rakan. Kami berkesempatan melawat makam panglima tentera Islam yang masyhur iaitu Salahuddin Al-Ayubi. Pergi melihat sendiri keindahan senibina Masjid Umayyad. Bersiar-siar di sekitar Damascus Souq dan.... tettttttttttt! semua itu hanya imaginasi yang direka semata-mata. Memang dari awal dulu lagi aku berangan-angan untuk ke menjejakkan kaki ke sana. Tapi sayangnya keadaan Syria yang masih bergolak membuatkan hajat itu ku lepaskan di sebuah restoran yang bernama ' Aroos Damascus'. Yang bererti 'The Pride of Damascus'.

Restoran yang menyediakan sepenuhnya makanan masakan Syria ini terletak di King Faisal Road Sharjah. cawangan lebih besar restoran ini boleh dijumpai di Dubai juga. Decoration dalam restorannya memang lebih menyerupai senibina yang terdapat pada kota Damascus di mana dapat dilihat pada tangga dan hiasan dindingnya. Suasana dengan semua pekerja berbangsa Syria dan kebanyakan pelanggan lain yang kelihatan seperti Arab Syria membuatkan kami terasa seperti betul-betul berada di Damascus pada masa tu.

Kami mula dihidangkan dengan salad dan rotinya. Memang spesel habis rotinya yang panas lagi lembut tu. Bila habis ia akan ditambah tanpa perlu dipanggil. Bila dibiarkan lama pulak, waiternya akan datang untuk menukarkan roti tersebut dengan roti yang lebih panas.

So untuk our maincourse plak... Aku makan mix grill. Ada banyak makanannya kan, meriah sungguh hehe Tapi yang paling best, roti sandwich yang berinti daging tu. memang padat dan lembut rotinya...  Lain-lainnya ada ayam dan daging. Khairul pon makan sama cam aku. Memang suka tiruk aku dia nih.

Meso pulak makan Steak setelah seminggu mengidam nak makan steak yang sedap. Spicy Arous Steak.

Untuk pencuci mulut plak, kami memang saja-saja pilih dessert yang berbeza untuk share-share rasa.
caramel with cream for me

Mahabiya with Nuts per Khairul

Asy Saraya per Messo
Dan last sekali kami dihidangkan dengan teh panas yang wangi sebagai penutup selera.
Kalau ada rezeki lepas ni, sampaila aku ke sana kan....

No comments: