Followers

Monday, December 12, 2011

Istanbul Day 3 (Part II)

Aci tak kalau selepas hampir setahun barulah aku nak sambung balik tulis travelog di Turki pada musim sejuk 2010 lepas. Ya dah setahun aku biarkan ceritanya tak berkesudahan. Alasannya pasal jubah, jubah dan jugak jubah. Jadi sebagai latihan untuk kembali mengarang bagi artikel majalah Karangkraf nanti, bolehlah aku mula panaskan jari aku balik dengan menulis di blog ni kan =)

Entry terakhir travelog Turki haritu terhenti sampai pada hari ketiga di mana baru balik dari Bosphorus Cruise dan pergi melantak depan masjid 'New Mosque'. Selesai makan, destinasi seterusnya adalah ke Suleymani Mosque yang terletak di kawasan bukit berhampira. Jalannya agak curam, aiseyhmen faham-faham je la perut pun penuh lagi. Jadinya nak berjalan mendaki memang agak semputlah. Tiba-tiba tengah jalan tu ada pulak mamat Turki ni dok datang menghampiri kami. Tengok gaya pun dah tau, dia mesti nak jual barang punya. Sambil bertanya kami berasal dari mana, dia keluarkan kotak-kotak perfume dari begnya. Macam-macam jenis perfume ada. Aku ajak member aku blah dan jangan layan dia. Sekali dia dah layan selagi boleh dia akan pujuk ko sampai beli nanti. Dia ikut kami, so aku punya besarkan la langkah kaki aku. Makin dia ikut cepat. binawe betul haha orang dah suh blah macam tu jugakla dia ikot. Sampai orang keliling pun dok perhati kami. Sampai aku stop sekali lagi kami cakap nak solat asar kat masjid jadi sudah-sudahla nak ikut kami. Akhirnya dia pun beredar!

Kami terus menapak sehingga ternampak binaan tembok yang agak tinggi di mana itulah tembok untuk Masjid Sulaiman. Azan asar berkumandang tepat pada masanya kami tiba di situ. Tapi kami tidak terus menunaikan solat sebabnya masing-masing ada hajat yang nak dilepaskan.

Lelah mendaki memang berbaloi bila dapat melihat keindahan seni bina masjid ini.














No comments: