Followers

Wednesday, April 18, 2012

Kerana JubahSouq Ku Dilanggar Belakang...

Assalamualaikum semua.
Sekarang sedang online di sebuat restoran mamak berhampiran. Cuma minum air teh o' ais dan duduk di meja berhampiran soket hehe Alhamdulillah baru je siap tulis my next article untuk majalah RASA. Maklumlah saya kan suka makan, menulis pun untuk majalah makanan. Sebelum ni dah pernah tulis untuk majalah RASA ruangan kembara untuk pengalaman sepanjang setahun lebih saya menetap di Milan, Itali. Walaupun rasanya tak banyak pasal makanan yang saya share haritu. Janji siap 3page jugak. Jadi untuk kali ini saya akan compilekan pengalaman ketika tinggal di Dubai, United Arab Emirates pula. Terima kasih buat pihak majalah RASA kerana sudi mengutip pengalaman ciputku untuk dikongsikan pada masyarakat semua. Wah! :p

Jom kita selitkan sikit pasal JubahSouq pulak. Sekarang kami tengah buat promosi untuk Jubah Glam Fatheeya. Special price buat korang semua! Tapi apa yang lebih menarik yang saya nak kongsikan di sini adalah  pasal Photoshoot Gadis Jubaholic Sesi Kuantan yang diadakan pada bulan lepas. Lokasinya di bandar Kuantan, area masjid besar Kuantan dan Taman Kerang. Cadangnya nak cari kelainan untuk photoshoot baru-baru ni. Macam shoot atas puncak Burj Khaleefa ke, tengah padang pasir ke, tak pun kat tengah lautan biru. Over plok hehe. Akhirnya kami ambil langkah berani untuk shoot di tengah-tengah jalan raya. Ya di tengah, bukan di tepi jalan raya.

Kami ke traffic light berhampiran, dan model akan ulang alik tiap kali lampu hijau pejalan kaki dinyalakan. Kalau tak silap aku tak sampai 15 saat je lampu hijau tu. Jadi nak tak nak photographer dan model-model sekalian perlu berjalan akak lari-lari anak kat tengah2 tu untuk mendapatkan shot terbaik.

Berkali-kali jugak mereka ulang. Kadang-kadang ada juga pemandu kereta yang menghon kerete mereka. Bukan pasal marah, tapi cuba nak dapatkan tumpuan model-model yang berada di tengah jalan. Rasanya tak menjadi kesalahan kan, sebab ada jugak pejalan kaki lain yang turut serta join melintas jalan.


Malang tidak berbau. Yang berbau cuma ketiakmu. Tiba-tiba ada satu kereta myvi ni berhenti mengejut. Dengan jelas saya nampak pemandunya menoleh ke tepi melihat model-model yang berdiri di tepi jalan sementara menunggu lampu hijau pejalan kaki. Aku pun tak faham motip dia sampai berhenti. dan tiba-tiba kevavooomm! motor dari belakang menghentam bahagian belakang keretanya. Dan begitulah(di bawah) reaksi gadis-gadis Jubaholic yang terperanjat akan kemalangan tersebut. Tekezutt verukss! huhu Tak adalah teruk mana pun sebab motor tu tak laju sangat, tapi nasib dialah sapa soh behenti tetibe. Kata orang, bahaya pakai JubahSouq ni. Sampaikan yang memandu kat tengah jalan pun berhenti menoleh padamu wakkaaka Upss maaflah bukan niat kami sangka jadi begitu.

Sambung balik pada cerita photoshoot tersebut. Saya nak ucapkan banyak-banyak terima kasih buat photog En Nizam Zainudin from Momet Capture bersama assistantnya En Sufe. En Nizam memang faham dengan apa yang kami mahukan untuk gambar-gambar JubahSouq kali ini. Dan apa yang lebih menarik bagi saya adalah photoshoot abaya Jameela pada waktu malam. Gambar2nya memang superbella! Juga pada model-model yang sangat komited dan memberikan kerjasama yang amat baik dalam menjayakan photoshoot ini. Jadi memang layaklah kalian bergelar Gadis Jubaholic Kuantan 2012 hehe.
dari kiri Daima Daffodil, Wawa Kamaruddin, Cik Aezan Ashash, Tasya Mellysya, dan Radiah Sarip. Semua cantik-cantik dan baik-baik : )

Untuk order abaya dibawah anda boleh isikan maklumat tempah pada link ini http://www.jubahsouq.com/p/order-form.html
Website jubahsouq: http://www.jubahsouq.com/
FB page jubahsouq : http://www.facebook.com/pages/Jubah-Dubai-Souq/108555989214089



Kod AD203 Jameela Purple
Price : RM160

Kod AD95 Jameela Princess
Price RM190

Kod AD200 Jameela Orange
Price : RM160

Kod AD201 Jameela Green
Price : RM160

Kod AD202 Jameela Shocking Pink
Price : RM160



1 comment:

Miriam said...

Asslmlkm, JUbah2 nya memang cantik sekali. Tapi Lagu Background lagi Best. Apa Title Lagu tu n sapa penyanyinya?