Followers

Monday, June 20, 2011

Sawadikaaap!

Salaam. Dah berapa minggu aku tak update blog kan. Di atas permintaan sahabat dari Milan yang tiap kali aku call, dia akan cakap "Awat hang biaq blog hang berhabuq? Aku tengok yang itu jer. Ada ke update pasal jubah lak" hehe Sebenarnya secara tak sengaja terupload jubah-jubah tu kat blog personal ni. Cadangnya nak upload di blog jubah www.jubahsouq.com. Eceh sempat lagi promo dak.

Kesibukan membuatkan blog ini terabai sekian lamanya. kalau tak sibuk pun aku dok melayan drama-drama kat TVmacam juvana dan tak ketinggalan Nora Elena huh!

Artikel yang ditulis untuk majalah Mingguan Wanita selama 5siri berturut-turut tu dah mula dipublishkan. Mak aku dah tolong belikan hehe Mamak kedai runcit kalau nampak my mum akan panggil "Ini akak, cerita anak akak masuk lagi, marilah beli". Thank you so much mak!

Lepas tu, ada beberapa geng Malaysia yang tinggal dekat dengan area rumah aku ni jugak. Nampak gayanya dorang lebih cepat explore tempat-tempat makan kat area Sharjah ni. So sempatla aku join makan malam di sebuah kedai restoran 'Bangkok Town' yang dah semestinya menghidangkan masakan-masakan dari Siam.











Wednesday, June 15, 2011

Jubah Glam Dubai Terbaru

Sebarang pembelian, boleh email Zack Amrul di mzma_qi@yahoo.com
Atau call Amirudin Yatin +60123388074
For a quick updates, kita jumpa di Facebook 


Code : JD122 (black)
Stock Status : soldout! to Farina Misar
Price : RM315 excluding postage
Size : S (Ukurlilit dada 112cm/Labuh 144cm)
Material Chiffon


Code : JD123 (PURPLE-PINK)
Stock Status : soldout! to Saliaton Maria
Price : RM315 excluding postage
Size : S (Ukurlilit dada 112cm/Labuh 144cm)
Material Chiffon
Code : JD124 (TURQOISE)
Stock Status : AVAILABLE!
Price : RM315 excluding postage
Size : S (Ukurlilit dada 112cm/Labuh 144cm)
Material Chiffon

Code : JD125 (MAROON)
Stock Status : AVAILABLE!
Price : RM315 excluding postage
Size : M (Ukurlilit dada 114cm/Labuh 144cm)
Material Chiffon


Code : JD126 (brown)
Stock Status : SOLDOUT! to Nazira
Price : RM285 excluding postage
Size : S (Ukurlilit dada 112cm/Labuh 144cm)
Material Chiffon

Code : JD127 (Blue)
Stock Status : Soldout! to Nisa
Price : RM285 excluding postage
Size : S (Ukurlilit dada 109cm/Labuh 140cm)
Material Chiffo
n

Code : JD128 (PINK)
Stock Status : SOLD OUT! to Jamilah Ahmad
Price : RM315 excluding postage
Size : M (Ukurlilit dada 114cm/Labuh 144cm)
Material Chiffon

Code : JD129 (PEACH)
Stock Status : SOLDOUT! to Iza
Price : RM315 excluding postage
Size : S (Ukurlilit dada 114cm/Labuh 144cm)
Material Chiffon

Saturday, May 14, 2011

Muhammad Pirasteh - Kisah 3 Orang Kaya


Saya masih  nak sambung cerita Encik Mohammad Pengurus butik yang saya tuliskan kisah khandooranya semalam. Bagi siapa-siapa yang pernah baca entry saya sebelum ni, saya juga pernah menulis kisah Muhammad dari Mesir. Terlalu ramai yang bernama Muhammad di sini termasuklah saya juga kadang-kadang dipanggil Muhammad disebabkan nama penuh saya iaitu Mohammad Zaki. Untuk lebih memudahkan cerita saya namakan Encik Mohammad pengurus butik tu sebagai En Mohammad Iran saja.

Sudah menjadi kebiasan buat saya untuk datang ke butik beliau untuk mengambil stok jubah saya. Maklumlah saya berniaga secara kecil-kecilan makanya ambil stok pun sikit demi sikit mengikut tempahan. Alhamdulillah beliau banyak membantu dan memudahkan urusan saya. Layanan yang diberikan oleh beliau sama saja seperti mana yang diterima oleh pelanggan-pelanggan lain.

Katanya pemilik butik dua tingkat ini adalah merupakan juga pemilik kepada bangunan 10 tingkat ini. Butiknya berada tingkat bawah sekali. Berasa ingin lebih tahu saya pun bertanya siapa sebenarnya pemilik kepada bangunan tesebut. Beliau merupakan warga tempatan Emiriah yang mempunyai banyak lagi syarikat lain seperti di German, Itali, dan beberapa bangunan lain lagi di Dubai. Tergamam saya dibuatnya melihatkan kad nama Syeikh teserbut panjang dan penuh dengan senarai nama syarikatnya. Saya tanya lebih lanjut berapa agaknya aset atau property yang dimiliki Syeikh tesebut, tapi Mohammad Iran tak mengetahuinya.

Teruja mendengarkan penerangannya membuatkan saya berkata “Bagai manalah rasanya ya menjadi seorang yang kaya raya macam tu? Apa lah mereka nak buat dengan harta sebegitu banyak”

“Saya bagitahu kamu ya Zaki, tak semuanya indah. Percayalah ianya taklah seindah mana” kemudian beliau menyambung ceritanya lagi.

"Masa saya kecil dulu, ayah saya pernah membuka sebuah kedai fabrik di Dubai. Saya selalu ikot ayah saya ke kedai kainnya. Saya selalu melihat gelagat pelanggan ayah yang sering datang ketika itu. Antara kisah yang paling saya ingat, saya tengok seorang pelanggan wanita yang biasanya datang menempah pakaian dan membawa bersama dua orang anaknya. Saya hairan mengapa dia selalu menangis apabila bercerita dengan ayah saya. Maklumlah apabila kita berniaga, kita bukan sahaja menjalankan urusan perniagaan semata-mata. Dalam masa yang sama kita turut menjalinkan hubungan persahabatan seperti apa yang kita sedang buat ni Zaki. Itu adalah salah satu cara terbaik untuk mengekalkan kesetiaan pelanggan untuk terus bersama kita. Ayah menerangkan kepada saya bahawa wanita tersebut berdarah keturunan raja yang sememangnya kaya. Beliau sudah berkahwin dan kemudiannya bercerai dan ditinggalkan oleh suaminya bersama dua zuriat. Sebab itulah beliau sering berduka menceritakan masalahnya pada ayah saya. Ayah saya juga berpesan, kita memang digalakkan untuk mencari harta sebanyak yang boleh, tapi janganlah terlalu yakin yang kekayaan itu akan membawa kepada kebahagiaan. Kita cuba selagi boleh dan dalam masa yang sama masih menikmati apa yang ada disekeliling kita. Pada masa tu saya muda lagi, dan saya sekuatnya percaya yang duit dan hartalah segala-segalanya.

Kemudian cerita seorang lagi pelanggan setia ayah saya. Dia menjadi kawan rapat ayah saya pada ketika itu. Kami sekeluarga pernah dijemput hadir untuk makan di rumahnya. Rumah beliau memang besar. Masa tu saya masih kecil, jadi saya bayangkan itu adalah istana raja. Perhiasan dalam rumahnya pun cantik-cantik dan mahal belaka. Bila tiba masanya untuk kami makan. Keluarga kami dan keluarga kawan ayah saya tu duduk semeja. Hidangan penuh memenuhi meja yang besar luar biasa saiznya. Segala jenis daging dan buah-buahan serta minuman yang sangat lazat dihidang buat kami pada haritu. Tapi saya lihat kawan ayah tidak langsung menjamah makanan yang ada pada ketika itu. Sebalikknya isteri beliau membawa semangkuk bubur yang putih nampak seperti tiada isinya. Saya hairan mengapa beliau tidak menyentuh satupun makanan yang terhidang ketika itu. Setelah pulang saya bertanya pada ayah, katanya kawannya itu tidak boleh memakan sebarang makanan. Disebabkan penyakit ususnya yang tidak membenarkan beliau memakan sebarangan. Termasuklah buah sekalipun. Saya pun tak tahu penyakit sebegitu wujud pada masa tu.

Dan seorang lagi merupakan kawan baik kepada ayah saya juga. Kamu kenal sama pemilik kepada stesen TV Al-Jazeera? Namanya... Jadi kamu dapat bayangkanlah kekayaan beliau kerana Al Jazeera itu bukanlah satu-satunya perniagaan yang beliau ada.  Dia mempunyai seorang anak lelaki tunggal. Diberikan segala kemewahan dengan menunaikan apa sahaja yang diminta oleh anaknya. Pada umur 16tahun, si bapa sudah menghadiahkan sebuah kereta BMW yang ditempah khas berharga kira-kira 350,00 Dhs. Dihantarkan anaknya belajar ke Amerika. Dan tak sampai setahun kembali pulang ke sini, kami mendapat berita yang anaknya mati akibat kemalangan kereta. Ya anaknya pergi dengan ketentuan dariNya. Tapi mungkin silap ayahnya juga memanjakan anaknya dengan kemwahan melampau. Saya tanya kamu Zaki, apa guna lagi duit dan harta tersebut jika kamu kehilangan orang tersayang. Kalau saya bagi duit sebanyak 1juta Dirham, adakah kamu sanggup memotong jari kelinking kamu? Tuhan Maha Adil sahabat. Diberikan kemewahan, ditarik pula kenikmatan lain. Kita sebagai manusia ni perlu sabar dengan setiap dugaan. Bukankah Tuhan sayang kita sebab itu Dia menguji kita kan. Berbalik pada cerita kaya tadi, jadinya bagi saya kehidupan menjadi hartawan ni bukanla seindah mana. Tapi saya menyokong apa yang kamu buat sekarang Zaki. Saya suka dan teruskan, yang penting kita masih ada masa untuk diri sendiri dan keluarga. Nikmat yang ada ni, selagi ada kamu gunalah sebaiknya................


Suatu hari nanti kita keluar minum kopi bersama ya. Sekarang ni keadaan kesihatan saya kurang memberansangkan. Pagi tadi saya hampir pitam disebabkan tekanan darah rendah saya. Saya tak boleh terlalu stress dan kebetulan harini terlalu banyak yang perlu diselesaikan. Nasib baik pada masa tu Ahmad ada berhampiran saya dan dia cepat-cepat bawakan air manis buat saya. Biasanya saya bawa gula-gula letak di dalam poket. Tapi harini saya terlupa. Apa gunanya Zaki kalau saya ada duit, emas dan harta lain kalau sebentar tadi tiada sesiapa berada di sekeliling saya."

Tuesday, May 10, 2011

Syukran buat Mohammad Pirasteh


Suatu hari saya berkata pada Encik Muhammad, pemuda Iran yang bekerja sebagai pengurus di butik tempat di mana saya biasa mengambil stok jualan jubah saya "Encik Mohammad. saya teringin betul nak pakai khandoora sepertimana yang dipakai oleh Tuan sekarang". Sambil mataku memandang ke arah jubah yang dipakai beliau untuk menyatakan minatku untuk mendapatkan jubah seperti yang dipakainya.

Beliau tersenyum dan berkata "Kamu mahu dishdash?". 

Aku hairan spontan bertanya "Dishdash?? Apa tu tuan?"

Encik Mohammad "Yelah, dishdash sepertimana yang saya pakai sekarang ni. Ada yang panggil khandoora dan orang tempatan lebih mengenalinya sebagai dishdash. Ya kamu boleh dapat dengan banyak sekali di kedai luar sana. Harganya pun sekitar 80 Dirham ke 150Dirham sahaja"

"Ohh Encik Mohammad. Saya tahu banyak kedai di sekitar sini yang menjual kandura yang readymade. Err.. maksud saya dashdushh..."

"Tidak Zaki! Bukan dashdush, tapi dishdash" Katanya sambil tergelak besar.

"Ohh maafkan saya.. Maksud saya dishdash. Saya nak tempah khas sepasang untuk dipakai saya sendiri. Mungkin untuk dipakai sempena sambutan Hari Raya Eidulfitri nanti." Aku tahu masih terlalu awal untuk bercerita tentang raya. Ayat aku saling tak ubah macam makcik-makcik yang membeli kain pasang dan menghantarnya dijahit 3bulan awal sebelum mula berpuasa. Sambung aku lagi " Dan saya mahu sama seperti yang Tuan pakai. Saya tahu hargnya mahal kan, tapi tak mengapa saya cuma mahu tempah sepasang sahaja.. Sebab saya tengok Tuan sentiasa kemas dan segak berjubah putih sebegini. Adakah ini jubah moden Tuan? "

"Ada banyak jenis yang kamu boleh tempah, samada Emirati Style, Bahrain, Qatar dan Kuwait. Kamu boleh pilih pattern mana yang kamu suka"

"Oh saya gemar betul macam jubah yang Tuan pakai sekarang. Lengannya tak ubah macam kemeja. Nampak sangat kemas bagi saya"

"Saya faham Zaki, apa yang kamu mahu. Kamu tak kisah bayar berapa pun kan untuk jubah ini? Biasanya harga sepasang jubah yang ditempah sekitar 180 ke 350 Dirham mengikut kualiti kain."

"Ya saya sanggup Tuan!"... Sambil bangun dari kerusi aku menjenguk ke pergelangan tangan Encik Mohammad untuk melihat butang cufflink yang dipakainya, "Wow! Montblanc. Patutlah dari jauh lagi sudah nampak cantik dan mahal"

"Jangan risau Zaki. Saya boleh bagi ini kepada kamu. Banyak butang tiruan terdapat di pasaran. Walaupun tiruan ia masih cantik digayakan bukan?"

Aku teruja sambil menganggukkan kepala. Kemudian Encik Mohammad meminta izin untuk turun ke bawah seketika. Dalam tak sampai 5minit kemudian dia kembali dengan beg plastik merah yang berisi fabrik berwarna putih. Sambil meletekankan beg plastik tersebut dihadapan saya dan dengan tersenyum bangga beliau berkata "Ini buat kamu Zaki. Fabriknya sama seperti apa yang saya pakai sekarang ni. Ia dihadiahkan dari seorang kawan saya dari Qatar. Dan sekarang saya berikan sebahagiannya kepada kamu"

"Okay terima kasih banyak Encik Mohammad. Boleh saya tahu berapa harganya?" tanyaku sambil menyelukkan tangan ke dalam plastik tersebut. Rasa kainnya sungguh lembut dan selesa. Seperti yang aku nakkan sebelum ini.

"Jangan ditanya harganya Zaki. Biasanya kedai akan caj dalam 300Dirham untuk material fabrik sebegini. Tak mengapa. Harga kita bincang kemudian okay. Kamu ambil ni dan kamu tolong pergi ke butik jubah lelaki kami di Buheira Corniche. Kamu kata kamu kawan kepada Mohammad. Saya juga akan hubungi kawan saya di sana untuk memaklumkannya yang kamu akan datang untuk menempah dishdash dengannya. Mungkin kamu boleh buat pembayaran dengan mereka sahaja okay. Kami di bawah satu syarikat yang sama"

Aku berjabat tangan dan sekali lagi mengucapkan terima kasih padanya dan terus ke kedai yang dimaksudkan untuk menempah dishdash. Mereka meminta saya buat bayaran ketika datang mengambilnya sesudah siap dijahit nanti.

Itu semua merupakan cerita 3minggu yang sudah. Sepatutnya saya dah boleh ambil jubah saya minggu lepas, tapi disebabkan kesuntukan masa saya terus menundanya sehinggalah malam ini, saya pergi mengambilnya. Dan tukang jahit dari kedai dishdash tersebut hanya meminta saya membuat bayaran sebanyak 60Dirham. :)
Betul-betul saya tak sangka beliau menghadiahkan kain tersebut buat saya. SYUKRAN MR. MOHAMMAD PIRASTEH

Wednesday, May 4, 2011

Abaya Ekslusif - JUBAH SOUQ.com

Alhamdulillah. JubahSouq baru-baru ini telah menarik minat seorang pereka fesyen abaya tempatan di UAE semakin membina namanya. Shamsi Ghafoor pemuda Iran yang telah menetap selama lebih 20tahun di UAE telah menceburi perniagaan abaya selama hampir 10tahun. Dengan semangat yang tinggi untuk mempunyai jenama abayanya sendiri, kini Shamsi telah berjaya membina tapaknya selama hampir 3tahun. 
Mempunyai pelanggan setianya yang semestinya dari Dubai, London, Perancis dan juga Afrika Selatan. Dan kini Shamsi berminat untuk menerokai pasaran abaya moden ke Malaysia pula. Apa yang boleh saya katakan tentang keistimewaan abaya rekaan beliau adalah unik. Ya memang unik dan jarang sekali nampak diciplak di ribuan kedai abaya di UAE ini. Jadi tak hairanlah kalau kunjungan saya ke butiknya baru-baru ini memperlihatkan banyak pelanggan yang datang menempah abaya ekslusif mereka di butik beliau. 
Kebanyakan abaya rekaannya menggunakan perhiasan batu permata, manik-manik yang sememangnya dihasilkan dengan teliti menggunakan tangan. Saya sendiri berpeluang melihat bagaimana tukang jahit mereka meletakkan manik satu demi satu mengikut rekaan Shamsi sendiri. Kerja yang memerlukan tahap kesabaran dan kemahiran yang tinggi yang mampu memberikan tahap kepuasan yang berbeza buat pelanggannya.
 Shamsi juga banyak ber'main' dengan potongan abaya yang memberikan dimensi abaya yang berbeza yang kebanyakkanya mempunyai potongan lurus seperti kebanyakan jubah biasa. Material berkualiti seperti internet, nida dan banyak lagi yang bersesuaian dengan cuaca panas mahupun sejuk. Semua abaya rekaan beliau hadir bersama-sama syela(selendang) yang juga dihiaskan serupa seperti abayanya. Lebih banyak rekaan yang bakal saya kongsikan selepas ini untuk tatapan anda. Untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya Zack Amrul atau melalui rakan niaga saya Amirudin Yatin. Harga abaya adalah dalam lingkungan RM550 ke RM700.
Anda juga dialu-alukan untuk memberikan sebarang pandangan kepada kami :)


Sunday, April 10, 2011

Ahseng..... Dalam Botol Kicap


Ahseng selalu cakap “ Aku tengok blog ko, tapi takde pun pasal aku kan.. Ingat ada la nak cerita pasal kita karok sama2 ke apa ker”… Luah Aseng yang nampak kecewa hahaha… Memandangkan hari ini, iaitu 10 April merupakan ulang kelahiran dia buat yang ke 27 tahun. Maka entry kali ni khas buat sahabat yang bernama Azizul Hassani.
Tak perlu cakap banyak, inilah dia kawan susah senang aku. Sebab tu la kita panggil sahabat kan. Kadang-kadang waktu aku down, dialah tempat aku menaikkan semangat. Sebab tiap kali aku tengok muka dia, mesti aku rasa happy sebab selera makan aku naik mendadak tak seperti biasa hahaha…
Aku suka borak-borak dengan dia ni pasal banyak pandangan dia selalunya memang rasional dan banyak membantu aku. (sambil letak tangan kat dada, mata naik atasss haha)


Nak dijadikan cerita, aku mula-mula kenal mamat ni masa belajar di UTMKL, Jalan Semarak pada tahun 2005. Kami amik course yang sama tapi di kelas yang berlainan. Jadinya masa tu kami takdelah serapat mana. Setakat kenal-kenal macam tu jer, lagipun kami tinggal di hostel berlainan. Aku di asrama Kolej pertama dalam UTM kampus KL tu, dan dia pulak di asrama yang saling tak ubah macam hotel tumpangan Kong Kiat di sekitar kawasan Kampung Baru.

Pada tahun kedua pengajian, kami semua berpindah ke kawasan asrama yang sama iaitu di Kampung Relawan berhampiran kawasan Sri Rampai. Disebabkan dia stay sebilik dengan kawan aku, yang juga merupakan abang tersayang ahseng ni, so aku selalu jugakla lepak kat bilik dia. Masa tu Ayen dan Budin dok pintu depan bilik. Hadi Chow sebelah tangga dengan Bob Zaidi. Ayen dan Ujang pulak sebilik kat bawah tuh. Ustadz Acap menghadap tasik. Ahseng masa tuh rapat betul dengan Pokya. Pergi kelas nak sama-sama, makan sama-sama. Naik moto sama-sama(motor Pokya jadi mangsa masa tuh haahah). Ada sumber-sumber burnama mengatakan, spender pon kadangkala dorang kongsi pakai jugak. Itulah dia nak menggambarkan keakraban di antara mereka. Tapi sayang kasih sayang ditabur tak kekal lama hahaha. Masa tu aku dan ahseng masih tak serapat mana. Yelah dia ada motor, aku takder. Pergi kelas naik bus jer, tak pun tumpang roomate aku dengan RXZnya si Anep. Memang rempit lah haha


Kami berjaya menghabiskan pengajian diploma kami pada tahun 2008 dan syukur beberapa bulan setelah itu melanjutkan ijazah kami pula di UTM Skudai, Johor. Tak silap aku Ahseng masuk lewat sikit dari yang lain-lain disebabkan dia best student. Memang suka buat-buat lambat camtu. Masuk-masuk pun minggu orientasi dah habis. Maka.. dari sinilah bibit-bibit persahabatan kami bermula.. auuwww

Kami memang banyak cerita kisah-kisah perihal keluarga kot. Selesa nak bercerita dengan dia. Masing-masing ada masalah sendiri. Biasa dia datang bilik aku time malam, ajak borak-borak. Yang satunya aku jadi ngam dengan dia sebab dua-dua ada aware pasal financial planning, pasal impian nak ada restoran sendiri. Cerita bodoh-bodoh la kadang hehe. So selanjutnya kita tengok gambar ar.

Antara hobi mamat nih. Tidur tak sedar diri

 Masa program UTM ke Cherating dulu..

Ahseng memang mampu melakukan apa saja. Sukan air berirama pon dia join..


 Time ni nak pergi karaoke kat Redbox, tak tau masa tu mahal hahaha.. nak pergi wayang dah tutup, so lepak McD jer kot time tu.
Time Geology camp.

Time camping kat Ulu Yam

 Time berkaraoke xsedar diri

 Zama Jahiliahnya menyimpan rambut panjang. Bajet Anuar Zain kan hahaa

 Aku dan ahseng kat bukit bintang

 Aseng dan Ayen

 Kisah anu dalam botol Kicap

 Posing model spender di tepi tangga

 Waktu main bowling, ahseng baling diri dia sendiri hahaha

Time Aina kahwin

So akhir kata selamat hari jadi yang ke 27 Seng. Moga  murah rezeki, sihat selalu dan cepat mendirikan rumah tangga bersama-sama Kapten Ayu tercinta k. Aku takde apa-apa nak beri pada ko Seng. Moga tulisan seciput aku ni dah cukup buat ko happy bro. Sahabat selamanya!


Lagu cam harammm yang korang tujukan kat aku masa mula2 balik dari Milan dulu kan hahaha tiap kali terdengar lagu ni mesti teringat korang kot..

Lagu ni pulak time ko karok aritu seng.. Bila satu part tu kita semua nyanyi sama-sama, "kasih dan cintamu, terus memanchoooo~" hahaha



Friday, April 8, 2011

Nazira In The Houze

Balik cuti ke Malaysia dengan waktu yang singkat baru-baru ni, Alhamdulillah saya berpeluang untuk berjumpa dengan seorang kenalan yang kiranya pangkat kakak la dengan saya. Kenal kat mana lagi kalau bukan melalui Facebook. Seingatnya saya add akak ni masa kat Milan lagi. Tahun 2009. Pada mulanya tak tahupun dia ni merupakan DJ Radio 24 Bernama. Cuma tertengok gambar dia dan family kalau tak silap di Pulau Redang kot. Dengan dua orang anak dara yang comey lote tu... Akak yang dimaksudkan tu adalah Nazira Noran atau lebih mesra saya panggil sebagai Kak Gee jer.

Masa kat Milan dulu, Kak Gee ni memang rajin berkongsi resipi masakan kat Facebook dia. So saya si anak bujang yang kebulur sokmo nak makan masakan Melayu ni banyak jugakla menuntut ilmu masak memasak daripada dia. Berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan. So tiap kali dia upload gambar juadah masakannya yang lebih ala-ala masakan pantai timur tu, mesti dok telan air liur jerlah kan haha... Rasanya budu memang tak boleh dipisahkan lagi dengan Kak Gee ni. Boleh kata kalau masak spaghetti pun dia taruk budu jadi kuah hahaha.. (fitnah semata2 kih3)

 Sinonim dengan orang perempuan dari kelantan, mereka sangat dikenali dengan skill berniaga yang tinggi. So Kak Gee kita ni pun salah sorang darinyalah. Mempunyai business onlinenya sendiri yang menjual pakaian-pakaian muslimah terutamanya jubah dan telekung buatan Indonesia. Jubah-jubah yang dijual memang cantik dan tiptop dengan harga yang sememangnya mampu dimiliki ramai. Pada yang berminat boleh lawati websitenya di www.nazira.biz
Kat sini, saya juga nak ucapkan banyak-banyak terima kasih pada Kak Gee yang juga memberi idea dan membuka ruang buat saya dan sahabat, Amir untuk memulakan jualan jubah secara online juga.

Sepanjang saya kenal Kak Gee ni, orangnya memang peramah, rajin buat duit, mudah berkongsi ilmu, ceria,  dan humble jer caranya yang membuatkan kita rasa selesa berkawan.(Semua yang baik-baik belaka haha) Suami Kak Gee ni iaitu bro Farid pun lebih kurang jerla perangainya. Mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Qasrina dan Qaisara. Dalam perancangan nak tambah lagi 5 kot hehehe..

Pada minggu yang lepas, kami berpeluang jumpa ramai-ramai di Wangsawalk mall Wangsamaju. Juga dengan seorang kawan pada Kak Gee iaitu Syakila. Lepak borak-borak dengan anak dia yang tengah syok lagi tidur. Thank sebab sudi luangkan masa jumpa saya walaupun saya tau akak memang sibuk sokmoo heheh. Moga akak akan terus maju dan membina keluarga bahagia. Oh sebelum saya terlupa, Kak Gee juga ada mengeluarkan buku resipi masakannya yang masih berada di pasaran. Dia kata nak bagi saya free, tapi sampai sudah dia lupa, dia nak suh kita beli jugak kot haha



p/s: TVS baru-baru ni ada menemubual Kak Gee untuk rancangan Srikandi yang memaparkan kisah ketabahan hidup wanita. Yelah kak Gee kan buat 3 kerja dalam satu masa. Bekerja di konti, berniaga dan dalam masa sama masih menjadi suri rumah buat keluarganya(upss dia pakai bibik haha). Tahniah kak! Moga lebih sukses yer