Followers

Wednesday, July 6, 2011

Jubah Glam Dubai Terbaru

Sebarang pembelian, boleh email Zack Amrul di mzma_qi@yahoo.com
Atau call Amirudin Yatin +60123388074
For a quick updates, kita jumpa di Facebook 


Code : JD130
Stock Status : Sold Out!
Price : RM295
Size : M (Ukurlilit 112cm/ labuh 144cm)
Material Chiffon


Code : JD131
Stock Status : SOLDOUT!
Price : RM295
Size : S (Ukurlilit 109cm/ labuh 140cm)
Material Chiffon


Code : JD132
Stock Status : AVAILABLE
Price : RM295
Size : L (Ukurlilit 114cm/ labuh 146cm)
Material Chiffon


Code : JD133
Stock Status : AVAILABLE
Price : RM290
Size : M (Ukurlilit 112cm/ labuh 144cm)
Material Chiffon


Code : JD134
Stock Status : AVAILABLE
Price : RM295
Size : S (Ukurlilit 109cm/ labuh 140cm)
         M (Ukurlilit 112cm/ labuh 144cm)
Material Chiffon


Code : JD135
Stock Status : AVAILABLE
Price : RM295
Size : S (Ukurlilit 109cm/ labuh 140cm)
Material Chiffon


Code : JD137
Stock Status : AVAILABLE
Price : RM295
Size : S (Ukurlilit 109cm/ labuh 140cm)
Material Chiffon


Code : JD138
Stock Status : SOLDOUT to Nur hamizah!
Price : RM290
Size :  S (Ukurlilit 109cm/ labuh 140cm)
Material Chiffon


Code : JD139
Stock Status : SOLDOUT!
Price : RM295
Size : S (Ukurlilit 109cm/ labuh 140cm)
Material Chiffon

Tuesday, July 5, 2011

Kestane

‎'Kestane' dalam bahasa Turki. Atau nama omputihnya chesnut. Di Istanbul, gerai chesnut bakar ni ada di merata-rata tempat. Kira macam di Malaysia macam orang jual pisang goreng. Memang dah siap dibakar, tapi dipanaskan semula kalau ada orang nak beli. Rasanya macam makan bijik buah cempedak goreng. Tapi lemak-lemak manis macamtu... Sambil kupas kacang ni dan layan chai... memang asyikkk! (mode rindu angin ISTANBUL!)

Monday, July 4, 2011

Cintaku Tertinggal di sana....

Setelah sekian lamanya, baru harini betul-betul rasa nak update blog sket. Macam biasa sibuk dengan kerja dan jubahsouq. Hari terasa semakin cepat berlalu. Siang di pejabat dan malamnya uruskan hal jubah. Weekend pulak ada masa tu aku curik masa untuk lepak dengan geng2 Malaysian dari Dubai dan Sharjah. Syok jugakla bila dah jumpa geng kan. Cuma ada yang akan balik ke Malaysia lah pulak. Pergi airport baru-baru ni hantar sorang kawang Danny tu, terasa rindu jer nak pulang ke sana. Walaupun Danny pergi ke Oman sebenarnya hehe.. Bercakap pasal rindu nak balik, baru tadi kejap aku berborak dengan sorang budak India pekerja kedai abaya di Dubai. Tempat yang selalunya aku pergi tempah abaya la. Sudah 2tahun dia tak balik beb. Katanya mak dia pun merayu-rayu mintak dia balik, balik sebulan pun jadilah kata mak dia. Tapi nak buat macam mana, dah member tu kerja kat sini. Nak balik pun kene fikir 2 ke 3kali jugak untuk flight tix kan. InshaAllah dia akan balik lepas raya ni. Aku pun tanyala untuk berapa lama nak balik. Sekali dia jawab 3bulan ternganga aku! haha Aku suruh dia balik bawak duit banyak2 bina rumah, kahwin beli kereta pastu datang sini balik hahaha.. Macam tula rotation untuk budak2 yang kerja kedai abaya ni. Sekali balik agak lamala nak dibandingkan dengan aku, 2minggu jer tapi untuk setiap 6bulan. Borak punya borak, mamat berumur 23 tahun ni pun nampak rindu pada family dia. Seawal umur 21 tahun dah tinggalkan family ya. Dia nampak happy bercerita pasal family dia kat kampung. Katanya ayah dia jual kereta terpakai dan sekarang sudah berusia dalam 75 tahun. Mak dan neneknya yang dah berusia 95 tahun pun masih hidup lagi. Ayoyo panjang umur betul nenek ek. Satu persatu gambar keluarganya ditunjuk termasuklah abang, kakak, dan anak saudaranya. Nampak tersenyum ceria je dia lepas dapat bercerita walaupun tengah sakit belakang pinggangnya. Tambahnya lagi, papanya memberikan nama Ijaz Ahmad, nama Ijaz sempena nama salah seorang pejuang dalam Perang Badar bersama-sama Rasululluh s.a.w menentang puak kafir Quraisy. Semoga kau menjadi berani dan sekuat namamu kawan :)
Dan Malaysia, kita jumpa Ramadhan nanti!

Monday, June 20, 2011

Sawadikaaap!

Salaam. Dah berapa minggu aku tak update blog kan. Di atas permintaan sahabat dari Milan yang tiap kali aku call, dia akan cakap "Awat hang biaq blog hang berhabuq? Aku tengok yang itu jer. Ada ke update pasal jubah lak" hehe Sebenarnya secara tak sengaja terupload jubah-jubah tu kat blog personal ni. Cadangnya nak upload di blog jubah www.jubahsouq.com. Eceh sempat lagi promo dak.

Kesibukan membuatkan blog ini terabai sekian lamanya. kalau tak sibuk pun aku dok melayan drama-drama kat TVmacam juvana dan tak ketinggalan Nora Elena huh!

Artikel yang ditulis untuk majalah Mingguan Wanita selama 5siri berturut-turut tu dah mula dipublishkan. Mak aku dah tolong belikan hehe Mamak kedai runcit kalau nampak my mum akan panggil "Ini akak, cerita anak akak masuk lagi, marilah beli". Thank you so much mak!

Lepas tu, ada beberapa geng Malaysia yang tinggal dekat dengan area rumah aku ni jugak. Nampak gayanya dorang lebih cepat explore tempat-tempat makan kat area Sharjah ni. So sempatla aku join makan malam di sebuah kedai restoran 'Bangkok Town' yang dah semestinya menghidangkan masakan-masakan dari Siam.











Wednesday, June 15, 2011

Jubah Glam Dubai Terbaru

Sebarang pembelian, boleh email Zack Amrul di mzma_qi@yahoo.com
Atau call Amirudin Yatin +60123388074
For a quick updates, kita jumpa di Facebook 


Code : JD122 (black)
Stock Status : soldout! to Farina Misar
Price : RM315 excluding postage
Size : S (Ukurlilit dada 112cm/Labuh 144cm)
Material Chiffon


Code : JD123 (PURPLE-PINK)
Stock Status : soldout! to Saliaton Maria
Price : RM315 excluding postage
Size : S (Ukurlilit dada 112cm/Labuh 144cm)
Material Chiffon
Code : JD124 (TURQOISE)
Stock Status : AVAILABLE!
Price : RM315 excluding postage
Size : S (Ukurlilit dada 112cm/Labuh 144cm)
Material Chiffon

Code : JD125 (MAROON)
Stock Status : AVAILABLE!
Price : RM315 excluding postage
Size : M (Ukurlilit dada 114cm/Labuh 144cm)
Material Chiffon


Code : JD126 (brown)
Stock Status : SOLDOUT! to Nazira
Price : RM285 excluding postage
Size : S (Ukurlilit dada 112cm/Labuh 144cm)
Material Chiffon

Code : JD127 (Blue)
Stock Status : Soldout! to Nisa
Price : RM285 excluding postage
Size : S (Ukurlilit dada 109cm/Labuh 140cm)
Material Chiffo
n

Code : JD128 (PINK)
Stock Status : SOLD OUT! to Jamilah Ahmad
Price : RM315 excluding postage
Size : M (Ukurlilit dada 114cm/Labuh 144cm)
Material Chiffon

Code : JD129 (PEACH)
Stock Status : SOLDOUT! to Iza
Price : RM315 excluding postage
Size : S (Ukurlilit dada 114cm/Labuh 144cm)
Material Chiffon

Saturday, May 14, 2011

Muhammad Pirasteh - Kisah 3 Orang Kaya


Saya masih  nak sambung cerita Encik Mohammad Pengurus butik yang saya tuliskan kisah khandooranya semalam. Bagi siapa-siapa yang pernah baca entry saya sebelum ni, saya juga pernah menulis kisah Muhammad dari Mesir. Terlalu ramai yang bernama Muhammad di sini termasuklah saya juga kadang-kadang dipanggil Muhammad disebabkan nama penuh saya iaitu Mohammad Zaki. Untuk lebih memudahkan cerita saya namakan Encik Mohammad pengurus butik tu sebagai En Mohammad Iran saja.

Sudah menjadi kebiasan buat saya untuk datang ke butik beliau untuk mengambil stok jubah saya. Maklumlah saya berniaga secara kecil-kecilan makanya ambil stok pun sikit demi sikit mengikut tempahan. Alhamdulillah beliau banyak membantu dan memudahkan urusan saya. Layanan yang diberikan oleh beliau sama saja seperti mana yang diterima oleh pelanggan-pelanggan lain.

Katanya pemilik butik dua tingkat ini adalah merupakan juga pemilik kepada bangunan 10 tingkat ini. Butiknya berada tingkat bawah sekali. Berasa ingin lebih tahu saya pun bertanya siapa sebenarnya pemilik kepada bangunan tesebut. Beliau merupakan warga tempatan Emiriah yang mempunyai banyak lagi syarikat lain seperti di German, Itali, dan beberapa bangunan lain lagi di Dubai. Tergamam saya dibuatnya melihatkan kad nama Syeikh teserbut panjang dan penuh dengan senarai nama syarikatnya. Saya tanya lebih lanjut berapa agaknya aset atau property yang dimiliki Syeikh tesebut, tapi Mohammad Iran tak mengetahuinya.

Teruja mendengarkan penerangannya membuatkan saya berkata “Bagai manalah rasanya ya menjadi seorang yang kaya raya macam tu? Apa lah mereka nak buat dengan harta sebegitu banyak”

“Saya bagitahu kamu ya Zaki, tak semuanya indah. Percayalah ianya taklah seindah mana” kemudian beliau menyambung ceritanya lagi.

"Masa saya kecil dulu, ayah saya pernah membuka sebuah kedai fabrik di Dubai. Saya selalu ikot ayah saya ke kedai kainnya. Saya selalu melihat gelagat pelanggan ayah yang sering datang ketika itu. Antara kisah yang paling saya ingat, saya tengok seorang pelanggan wanita yang biasanya datang menempah pakaian dan membawa bersama dua orang anaknya. Saya hairan mengapa dia selalu menangis apabila bercerita dengan ayah saya. Maklumlah apabila kita berniaga, kita bukan sahaja menjalankan urusan perniagaan semata-mata. Dalam masa yang sama kita turut menjalinkan hubungan persahabatan seperti apa yang kita sedang buat ni Zaki. Itu adalah salah satu cara terbaik untuk mengekalkan kesetiaan pelanggan untuk terus bersama kita. Ayah menerangkan kepada saya bahawa wanita tersebut berdarah keturunan raja yang sememangnya kaya. Beliau sudah berkahwin dan kemudiannya bercerai dan ditinggalkan oleh suaminya bersama dua zuriat. Sebab itulah beliau sering berduka menceritakan masalahnya pada ayah saya. Ayah saya juga berpesan, kita memang digalakkan untuk mencari harta sebanyak yang boleh, tapi janganlah terlalu yakin yang kekayaan itu akan membawa kepada kebahagiaan. Kita cuba selagi boleh dan dalam masa yang sama masih menikmati apa yang ada disekeliling kita. Pada masa tu saya muda lagi, dan saya sekuatnya percaya yang duit dan hartalah segala-segalanya.

Kemudian cerita seorang lagi pelanggan setia ayah saya. Dia menjadi kawan rapat ayah saya pada ketika itu. Kami sekeluarga pernah dijemput hadir untuk makan di rumahnya. Rumah beliau memang besar. Masa tu saya masih kecil, jadi saya bayangkan itu adalah istana raja. Perhiasan dalam rumahnya pun cantik-cantik dan mahal belaka. Bila tiba masanya untuk kami makan. Keluarga kami dan keluarga kawan ayah saya tu duduk semeja. Hidangan penuh memenuhi meja yang besar luar biasa saiznya. Segala jenis daging dan buah-buahan serta minuman yang sangat lazat dihidang buat kami pada haritu. Tapi saya lihat kawan ayah tidak langsung menjamah makanan yang ada pada ketika itu. Sebalikknya isteri beliau membawa semangkuk bubur yang putih nampak seperti tiada isinya. Saya hairan mengapa beliau tidak menyentuh satupun makanan yang terhidang ketika itu. Setelah pulang saya bertanya pada ayah, katanya kawannya itu tidak boleh memakan sebarang makanan. Disebabkan penyakit ususnya yang tidak membenarkan beliau memakan sebarangan. Termasuklah buah sekalipun. Saya pun tak tahu penyakit sebegitu wujud pada masa tu.

Dan seorang lagi merupakan kawan baik kepada ayah saya juga. Kamu kenal sama pemilik kepada stesen TV Al-Jazeera? Namanya... Jadi kamu dapat bayangkanlah kekayaan beliau kerana Al Jazeera itu bukanlah satu-satunya perniagaan yang beliau ada.  Dia mempunyai seorang anak lelaki tunggal. Diberikan segala kemewahan dengan menunaikan apa sahaja yang diminta oleh anaknya. Pada umur 16tahun, si bapa sudah menghadiahkan sebuah kereta BMW yang ditempah khas berharga kira-kira 350,00 Dhs. Dihantarkan anaknya belajar ke Amerika. Dan tak sampai setahun kembali pulang ke sini, kami mendapat berita yang anaknya mati akibat kemalangan kereta. Ya anaknya pergi dengan ketentuan dariNya. Tapi mungkin silap ayahnya juga memanjakan anaknya dengan kemwahan melampau. Saya tanya kamu Zaki, apa guna lagi duit dan harta tersebut jika kamu kehilangan orang tersayang. Kalau saya bagi duit sebanyak 1juta Dirham, adakah kamu sanggup memotong jari kelinking kamu? Tuhan Maha Adil sahabat. Diberikan kemewahan, ditarik pula kenikmatan lain. Kita sebagai manusia ni perlu sabar dengan setiap dugaan. Bukankah Tuhan sayang kita sebab itu Dia menguji kita kan. Berbalik pada cerita kaya tadi, jadinya bagi saya kehidupan menjadi hartawan ni bukanla seindah mana. Tapi saya menyokong apa yang kamu buat sekarang Zaki. Saya suka dan teruskan, yang penting kita masih ada masa untuk diri sendiri dan keluarga. Nikmat yang ada ni, selagi ada kamu gunalah sebaiknya................


Suatu hari nanti kita keluar minum kopi bersama ya. Sekarang ni keadaan kesihatan saya kurang memberansangkan. Pagi tadi saya hampir pitam disebabkan tekanan darah rendah saya. Saya tak boleh terlalu stress dan kebetulan harini terlalu banyak yang perlu diselesaikan. Nasib baik pada masa tu Ahmad ada berhampiran saya dan dia cepat-cepat bawakan air manis buat saya. Biasanya saya bawa gula-gula letak di dalam poket. Tapi harini saya terlupa. Apa gunanya Zaki kalau saya ada duit, emas dan harta lain kalau sebentar tadi tiada sesiapa berada di sekeliling saya."

Tuesday, May 10, 2011

Syukran buat Mohammad Pirasteh


Suatu hari saya berkata pada Encik Muhammad, pemuda Iran yang bekerja sebagai pengurus di butik tempat di mana saya biasa mengambil stok jualan jubah saya "Encik Mohammad. saya teringin betul nak pakai khandoora sepertimana yang dipakai oleh Tuan sekarang". Sambil mataku memandang ke arah jubah yang dipakai beliau untuk menyatakan minatku untuk mendapatkan jubah seperti yang dipakainya.

Beliau tersenyum dan berkata "Kamu mahu dishdash?". 

Aku hairan spontan bertanya "Dishdash?? Apa tu tuan?"

Encik Mohammad "Yelah, dishdash sepertimana yang saya pakai sekarang ni. Ada yang panggil khandoora dan orang tempatan lebih mengenalinya sebagai dishdash. Ya kamu boleh dapat dengan banyak sekali di kedai luar sana. Harganya pun sekitar 80 Dirham ke 150Dirham sahaja"

"Ohh Encik Mohammad. Saya tahu banyak kedai di sekitar sini yang menjual kandura yang readymade. Err.. maksud saya dashdushh..."

"Tidak Zaki! Bukan dashdush, tapi dishdash" Katanya sambil tergelak besar.

"Ohh maafkan saya.. Maksud saya dishdash. Saya nak tempah khas sepasang untuk dipakai saya sendiri. Mungkin untuk dipakai sempena sambutan Hari Raya Eidulfitri nanti." Aku tahu masih terlalu awal untuk bercerita tentang raya. Ayat aku saling tak ubah macam makcik-makcik yang membeli kain pasang dan menghantarnya dijahit 3bulan awal sebelum mula berpuasa. Sambung aku lagi " Dan saya mahu sama seperti yang Tuan pakai. Saya tahu hargnya mahal kan, tapi tak mengapa saya cuma mahu tempah sepasang sahaja.. Sebab saya tengok Tuan sentiasa kemas dan segak berjubah putih sebegini. Adakah ini jubah moden Tuan? "

"Ada banyak jenis yang kamu boleh tempah, samada Emirati Style, Bahrain, Qatar dan Kuwait. Kamu boleh pilih pattern mana yang kamu suka"

"Oh saya gemar betul macam jubah yang Tuan pakai sekarang. Lengannya tak ubah macam kemeja. Nampak sangat kemas bagi saya"

"Saya faham Zaki, apa yang kamu mahu. Kamu tak kisah bayar berapa pun kan untuk jubah ini? Biasanya harga sepasang jubah yang ditempah sekitar 180 ke 350 Dirham mengikut kualiti kain."

"Ya saya sanggup Tuan!"... Sambil bangun dari kerusi aku menjenguk ke pergelangan tangan Encik Mohammad untuk melihat butang cufflink yang dipakainya, "Wow! Montblanc. Patutlah dari jauh lagi sudah nampak cantik dan mahal"

"Jangan risau Zaki. Saya boleh bagi ini kepada kamu. Banyak butang tiruan terdapat di pasaran. Walaupun tiruan ia masih cantik digayakan bukan?"

Aku teruja sambil menganggukkan kepala. Kemudian Encik Mohammad meminta izin untuk turun ke bawah seketika. Dalam tak sampai 5minit kemudian dia kembali dengan beg plastik merah yang berisi fabrik berwarna putih. Sambil meletekankan beg plastik tersebut dihadapan saya dan dengan tersenyum bangga beliau berkata "Ini buat kamu Zaki. Fabriknya sama seperti apa yang saya pakai sekarang ni. Ia dihadiahkan dari seorang kawan saya dari Qatar. Dan sekarang saya berikan sebahagiannya kepada kamu"

"Okay terima kasih banyak Encik Mohammad. Boleh saya tahu berapa harganya?" tanyaku sambil menyelukkan tangan ke dalam plastik tersebut. Rasa kainnya sungguh lembut dan selesa. Seperti yang aku nakkan sebelum ini.

"Jangan ditanya harganya Zaki. Biasanya kedai akan caj dalam 300Dirham untuk material fabrik sebegini. Tak mengapa. Harga kita bincang kemudian okay. Kamu ambil ni dan kamu tolong pergi ke butik jubah lelaki kami di Buheira Corniche. Kamu kata kamu kawan kepada Mohammad. Saya juga akan hubungi kawan saya di sana untuk memaklumkannya yang kamu akan datang untuk menempah dishdash dengannya. Mungkin kamu boleh buat pembayaran dengan mereka sahaja okay. Kami di bawah satu syarikat yang sama"

Aku berjabat tangan dan sekali lagi mengucapkan terima kasih padanya dan terus ke kedai yang dimaksudkan untuk menempah dishdash. Mereka meminta saya buat bayaran ketika datang mengambilnya sesudah siap dijahit nanti.

Itu semua merupakan cerita 3minggu yang sudah. Sepatutnya saya dah boleh ambil jubah saya minggu lepas, tapi disebabkan kesuntukan masa saya terus menundanya sehinggalah malam ini, saya pergi mengambilnya. Dan tukang jahit dari kedai dishdash tersebut hanya meminta saya membuat bayaran sebanyak 60Dirham. :)
Betul-betul saya tak sangka beliau menghadiahkan kain tersebut buat saya. SYUKRAN MR. MOHAMMAD PIRASTEH