Followers

Monday, September 17, 2012

Catatan Kuantan


Tengah duduk dalam surau berhampiran stesen bas pekeliling. Baru harini aku tau yang pekeliling ni ada surau. Padahal dah bertahun-tahun aku ambil bas di sini untuk balik ke kuantan. Bas dijadualkan bertolak pada jam 11.30 malam, sejak dari 6petang aku menunggu kat sini. Tadi dah lama aku lepak di restoran mamak untuk membunuh masa yang ada. Tengok tv. Berita TV1. Rasa macam dah berkurun tak tengok berita RTM ni. Tapi memandangkan ada kisah pasal kedatangan Kate Middleton dan cik abenya celik jugak la mata dengar berita. Lepas tu barula timbul kisah pasal negara-negara umat Islam yang memprotes melalui rusuhan disebabkan isu penerbitan filem yang menghina kesucian agama Islam serta Rasalullah s.a.w. Dah banyak tersebar di youtube dan sedang menjadi bualan hangat masyarakat dunia. Antara negara-negara yang terlibat adalah Cairo Mesir,  Istanbul Turki, Kenya, Sydney Australia dan beberapa negara majoriti Islam lain. Dalam hati tertanya-tanya juga bagaimana dengan tempat ku sendiri. Apa yang membuatkan aku lebih tersentak bila mendengar kenyataan penyampai berita "Nampak gayanya umat Islam di negara ini masih boleh bersabar dan mengawal emosi..."... hurmm tiba-tiba alamak! Baru aku teringat, sebelum aku nak restoran tadi memang aku nak cari ATM machine dulu. Tadi dah keluarkan duit tapi pakai untuk bayar photographer Denoy. Sekarang dalam wallet aku ada RM7.00 sahaja. Siling pun aku tak simpan dalam wallet. Aku makan tadi mee goreng mamak, telur mata dan nescafe tarik kurang manis. Agak-agak dia kurangkan sikit harga tak sebab aku minta kurang susu tu haha! Lama jga aku melengahkan masa untuk panggil aney kira. Kang kalau dia cakap semuanya RM8.50 tak ke malu meja sebelah tu dengar tak cukup duit. Yelah orang melayu kita kan boleh 'mati' kalau ada orang mengata dia :P Aku pun geledah begpack untuk cari siling-siling yang ada. Korek-korek dapatlah lagi seringgit. Selang dua meja tu baru lepas bayar. Semua RM14.30 untuk dua orang makan. Tapi aney kata RM14 cukup. Hurm kira okayla tu, kalau kurang 50posen tu kira selamatlah kot. Aku pun bangun angkat beg dan aney pun seakan-akan tahu aku dah nak beredar. Dengan sepantas kilat dia kira semuanya RM5.80. Fuuh lega! Syukur alhamdulillah. Aku tanya dia kat mana ATM machine, dia tunjuk arah macam dekat je. Aku pun cuba-cuba carila. Orang kat tepi-tepi dok tengok pelik aku usung beg baju tu hurmmm. Akhirnya aku tak jumpa. Tinggallah baki RM1 dalam wallet dan RM1 siling dalam poket baju.

Surau usang yang saiznya tak ubah macam tapak bazaar niaga 10' x 10' yang mempunyai 2 helai sejadah yang terlipat dalam keadaan menghadap kiblat. Seorang budak yang aku agak berumur lewat 20-an sedang baring dan terjaga setelah aku .membuka pintu surau untuk meninjau keadaan. Lantas dia cepat-cepat bangun duduk dan  tersenyum melihat aku. Dah tentu dia tau ada notis yang melarang untuk tidur dalam surau tersebut. Aku letakkan beg baju di tepi dinding surau manakala bahuku masih menggalas bag pack yang dipenuhi dengan 'senjata'ku. Selesai solat, budak tadi masih tegak duduk bersandarkan pada dinding.

Sekadar memulakan bicara "nak balik ke mana dik?". Walaupun aku dah boleh agak yang dia pun menantikan bas ke kuantan yang sama waktu denganku. Borak punya borak, barulah aku tahu yang umurnya bari 18tahun. MashaAllah mudanya engkau! Atau levih tepat lagi, rasa tuanya aku! Budak maktab tentera rupanya. Sekarang di UiTM untuk program asimilasi ke apa entah aku lupa. Maknanya lepas setahun ni dia akan sambung terus untuk pengajian ijazah. Dah puas aku interview dia, barulah macam-macam dia tanya pasal aku. Terbuka jugala kisah pengalaman kerja ku di Itali dan Dubai dulu. Seronok sungguh kalau mak dikenangkan. Nak-naknya masa di Milan dulu :) Persoalan normal macam ramai orang lain pernah tanya dulu, cuma dah lama tak bercerita. Tengah seronok bersembang, ada message bbm dari seseorang. Aku memang tak boleh multi-tasking. So tengah reply chat tu aku macam hilang tumpuan sekejap. Adik tu pun  mula perasan dan menghentikan bicaranya. Orang akan tau dari suara aku melalui phone, kalau aku banyak "errr" "yelaahh" "ooohhhhhh" dan terdiam lama tu maknanya memang aku tengah buat benda lain hehe budak tadi minta izin untuk memadamkan lampu kerana ingin melelapkan mata buat seketika waktu. Jam sekitar 10malam. Ada dalam satu jam setengah lagi. Ini yang boleh menaip melalui ipad Notes ni.

Saturday, September 8, 2012

Masterchef Malaysia Ezani in JubahSouq


Just wanna share with you guys, beberapa gambar Dr Ezani yang merupakan juara masterchef Malaysia pertama. Menggayakan abaya dan jubah glam dari JubahSouq
manis dan anggun berabaya ;)

dalam akhbar warta perdana

event untuk Majalah Aniqah


RESTOCK SHAWL Miamor!
Promosi Free postage masih sah sehingga akhir Syawal ini!
Untuk tempahan boleh klik ruangan ORDER dan isi order form di situ, pihak admin kami akan reply dalam masa 24jam. Untuk temujanji bagi pembelian jubah, boleh datang ke showroom kami di Selayang by appoiment, boleh email Zack di mzma_qi@yahoo.com atau sms Amir 0123388074. Thanks


Kod : MA01 (pink + beige)
Status : AVAILABLE (RESTOCK)

Kod : MA02 (beige + black)
Status : AVAILABLE (RESTOCK)

Kod : MA03 (pink + black)
Status : AVAILABLE (RESTOCK)






Seperti yang dijanjikan semalam, kami open untuk order SELENDANG POLKADOT DEWI. Satu selendang dwi warna. Dari kiri kod PD01, PD02, dan PD03.
Price : RM38 FREE POSTAGE PROMOTION UNTIL RAYA
Material : Chiffon
Link order form http://www.jubahsouq.com/p/order-form.html
Email saya Zack Amrul mzma84@gmail.com
Atau contact Amir 0123388074

Code : PD01 - brown+turqoise
Price : RM38 FREE POSTAGE UNTIL RAYA
Stock status : SOLDOUT!

Code : PD02 - pink+turqoise
Price : RM38 FREE POSTAGE UNTIL RAYA
Stock status : SOLDOUT!

Code : PD03 - brown+turqoise
Price : RM38 FREE POSTAGE UNTIL RAYA
Stock status : SOLDOUT!



Alhamdulillah shawl Hijabella mendapat sambutan yang meriah disebabkan sokongan korang semua. Jadi untuk itu, JubahSouq rasa macam nak berikan shawl percuma melalui contest Jom Reka Dialog JubahSouq - Ainan Tasneem dan Dyla :)
 Cara-caranya mudah saja -
(1) Save gambar dibawah ini (right click then save images)
(2) Reka dialog perbualan Ainan bersama temannya mengikut kreativiti masing-masing dan mestilah ada kaitan dengan Ramadhan/Raya.
(3) Taipkan dialog yang telah direka melalui 'dialog box' yang dikosongkan. Ayat mestilah jelas dan mudah dibaca. Anda boleh gunakan Adobe Photoshop, paint etc.
(4) Emailkan kembali pada kami ke email mzma_qi@yahoo.com
(5) Kami akan upload di FB page dan peserta boleh share untuk undian 'like'.
(5) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 26 Ogos 2012. Anda boleh hantar seberapa banyak penyertaan dan pemenang dikira mengikut undian like dan kreativiti tersendiri.


Pemenang akan menerima hadiah
(1) Pemenang pertama - 5 helai shawl Hijabella + voucher pembelian jubah sebanyak RM200
(2) Pemenang kedua - 3 helai shawl Hijabella + voucher pembelian jubah sebanyak RM100
(3) Pemenang kedua - 3 helai shawl Hijabella + voucher pembelian jubah sebanyak RM50

Hantarkan penyertaan anda sekarang! :)



Lagi shawl baru dari Hijabella.
Email saya Zack Amrul mzma84@gmail.com
Atau contact Amir 0123388074
Bagi yang nak datang ke showroom kami di Selayang, boleh buat appoiment dengan contact Zack 0148353884

Kod : ML01 (Melisya)
Status : AVAILABLE!
Price : RM39.90 FREE POSTAGE UNTUL RAYA PROMOTION!
Material : Chiffon


Kod : ML02 (Melisya)
Status : AVAILABLE!
Price : RM39.90 FREE POSTAGE UNTUL RAYA PROMOTION!
Material : Chiffon

Kod : ML03 (Melisya)
Status : AVAILABLE!
Price : RM39.90 FREE POSTAGE UNTUL RAYA PROMOTION!
Material : Chiffon

Kod : AF01 (Afeefa)
Status : AVAILABLE!
Price : RM55.00 FREE POSTAGE UNTUL RAYA PROMOTION!
Material : Chiffon

Kod : AF02 (Afeefa)
Status : AVAILABLE!
Price : RM55.00 FREE POSTAGE UNTUL RAYA PROMOTION!
Material : Chiffon

Kod : AF03 (Afeefa)
Status : SOLDOUT!
Price : RM55.00 FREE POSTAGE UNTUL RAYA PROMOTION!
Material : Chiffon




Shawl Stripe Vabene yang digayakan oleh Ainan Tasneem dan Fatin Afifah yang cantik digayakan pada lebaran ini. Cepat2 isi order form di link dibawah sebelum stok kehabisan. Shawl yang lebar dan labuh jadinya sesuai bagi mereka yang pentingkan pemakaian tudung menutupi bahagian dada.
Email saya Zack Amrul mzma84@gmail.com
Atau contact Amir 0123388074
Kod : SV01 Purple
Price : RM55 FREE POSTAGE UNTIL RAYA PROMO!
Stock Status : AVAILABLE!
Kod : SV02 Blue
Price : RM55 FREE POSTAGE UNTIL RAYA PROMO!
Stock Status : AVAILABLE!
Kod : SV03 Orange
Price : RM55 FREE POSTAGE UNTIL RAYA PROMO!
Stock Status : AVAILABLE!

Kod : SV04 GREY
Price : RM55 FREE POSTAGE UNTIL RAYA PROMO!
Stock Status : AVAILABLE!
Kod : SV05 GREEN
Price : RM55 FREE POSTAGE UNTIL RAYA PROMO!
Stock Status : AVAILABLE!

SHAWL MIAMOR with AINAN TASNEEM

Sempena kedatangan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba, JubahSouq mengeluarkan koleksi shawl terbaru  dengan label HIJABELLA. Secara ekslusifnya dilancarkan melalui majalah HIJABISTA edisi Ogos ini. Untuk tempahan boleh klik ruangan ORDER dan isi order form di situ, pihak admin kami akan reply dalam masa 24jam. Untuk temujanji bagi pembelian jubah, boleh datang ke showroom kami di Selayang by appoiment, boleh email Zack di mzma_qi@yahoo.com atau sms Amir 0123388074. Thanks


AINAN TASNEEM - AKU SUKA DIA

Penyanyi youtube yang kian menempa nama dengan lagu terbarunya Aku Suka Dia iaitu Ainan Tasneem menjadi model jemputan istimewa untuk produk sulung Hijabella. Shawl MiAmor

Kod : MA01 (pink + beige)
Status : AVAILABLE (RESTOCK)
Kod : MA02 (beige + black)
Status : AVAILABLE (RESTOCK)
Kod : MA03 (pink + black)
Status : AVAILABLE (RESTOCK)



Wednesday, July 4, 2012

JubahSouq For Men


Sewaktu menetap di Dubai UAE tahun sudah, saya lihat ramai warga tempatan Emirati mengenakan jubah tak kira lelaki mahupun wanita. Sebagaimana yang kita ketahui, jubah merupakan pakaian sunnah yang menjadi kegemaran Rasulullah s.a.w. 

Saya berasa hairan bagaimana pak Arab semua ni mampu pakai jubah seharian walaupun dalam cuaca panas terik. Pergi ke mana sajapun mesti mereka pakai jubah. Nampak stylo, seragam dan kemas sekali. Lama kelamaan saya mula tertarik untuk mengenakan jubah yang sememangnya tak pernah saya pakai masa di Malaysia dulu. Kalau di Dubai sana, mereka menggelarkan jubah lelaki ni sebagai dishdash atau ada juga yang memanggilnya khandura. Terdapat banyak jenis jubah yang selalunya berbeza mengikut jenis material. Dan pilihan paling tepat untuk negara iklim tropikal macam kita ni sudah semestinya cotton.

Atas permintaan ramai, kini JubahSouq membawakan khas buat anda koleksi Jubah lelaki yang diterbangkan khas dari Dubai. Menggunakan material Japanese Cotton yang nyata lebih selesa dan sejuk dipakai. Secara jujurnya saya sendiri mengenakan jubah yang sama kerana kurang selesa dengan material yang lebih murah.
Semua jubah cutting Dubai dijual pada harga RM280 yang amat berpatutan dengan kualitinya.





Pelakon dan pengacara Dazrin juga menggayakan JubahSouq4Men untuk rancangan Intrend TV.


Boleh order di http://www.jubahsouq.com/p/order-form.html

Tuesday, June 26, 2012

JubahSouq - Majalah Rapi Edisi Raya

Lepas settle shooting bersama Intrend tv, bergegas ke Shah Alam pula untuk sesi photoshoot bersama majalah Rapi. Biasanya kalau reporter bagitau masa tu, standard masa untuk model mula makeup di studio. Tapi kali ni dorang dah siap awal pulak. My bad, pukul 3.00pm barulah sampai ke Karangkraf huhu Saya mintak maaflah walaupun bukan sepenuhnya salah saya kan. Miscommunication katanyaa...
Tengah kelam kabut nak ke Shah Alam tu, terima text dari Amirah Filzah "Cepatla datang abang Zack, makeup Mira dah cair ni hehehe". Laa budak ni rupanya yang jadi model kali ni. Biasanya kita panggil dia mesti tak available punya. Top model la katakan sekarang :P

Cantik manis dan sopan. Itulah Amirah Filzah Sweet and humble. Wah melambung pulak pujian yang diberikan eh! Tapi itulah komen ramai staf karangkraf yang pernah bekerjasama dengan pemenang Gadis Jubaholic no. 1 JubahSouq ini. Kata kak Hasliza, juri untuk contest tersebut, sekali tengok pun memang tau dia pandai pose. Dan cara dia bawa jubah/pakaian memang menarik orang nak tengok. Kadang-kadang cantik saja pun belum cukup untuk membuat jubah kita jadi cantik. Nak-nak lagi kalau model diva perasan cantik. Lagilah payah! hehe Sebab tu kami prefer ambil model yang humble2 and baik je ahaks. Harapnya bakal lawyer kita ni kekal perangainya sampai bebila :)
Apapun semua dah berjalan dengan baik, dan inilah hasilnya. thankss Amy Rapi!

Amirah Filzah/mirarafilzah.blogspot.com


tak kenal

pun tak kenal


Saturday, June 16, 2012

JubahSouq Menggegar Istana Budaya

ente fenatlah... hurmm macamnilah gayanya. orang sibuk2 kerja makan gaji awak nak sangat berniaga. kalau kerja dengan majikan kan dah selamat dapat gaji tiap2 hujung bulan. kerja elok2 kat Dubai tapi gatal2 nak balik malaysia pulok hahaha klise sangat!

ya memeyla penat boh. tapi Alhamdulillah puassss. nak cerita bab duit tu, adatla ada masa memang masyukkkkk ada kala busyukkkk jugak. Adat meniaga katanya.

last month JubahSouq terpilih antara salah satu butik yang perform di Istana Budaya. Bersama butik GetGorgeous(selalu berbelit nak eja gojes sebab saya pun xgojes) dan Aliya Mysara Couture. bertuah sungguh rasanya, dahla aku first time dapat masuk Istana Budaya. Sekali masuk terus perform tuh! Tapi as one of the designer la. Jom jamu mata tengok jubah. Sorryla gambar pakai ipad2 jer. DLSR aku rosak tetiba! enjoice












Wednesday, April 18, 2012

Kerana JubahSouq Ku Dilanggar Belakang...

Assalamualaikum semua.
Sekarang sedang online di sebuat restoran mamak berhampiran. Cuma minum air teh o' ais dan duduk di meja berhampiran soket hehe Alhamdulillah baru je siap tulis my next article untuk majalah RASA. Maklumlah saya kan suka makan, menulis pun untuk majalah makanan. Sebelum ni dah pernah tulis untuk majalah RASA ruangan kembara untuk pengalaman sepanjang setahun lebih saya menetap di Milan, Itali. Walaupun rasanya tak banyak pasal makanan yang saya share haritu. Janji siap 3page jugak. Jadi untuk kali ini saya akan compilekan pengalaman ketika tinggal di Dubai, United Arab Emirates pula. Terima kasih buat pihak majalah RASA kerana sudi mengutip pengalaman ciputku untuk dikongsikan pada masyarakat semua. Wah! :p

Jom kita selitkan sikit pasal JubahSouq pulak. Sekarang kami tengah buat promosi untuk Jubah Glam Fatheeya. Special price buat korang semua! Tapi apa yang lebih menarik yang saya nak kongsikan di sini adalah  pasal Photoshoot Gadis Jubaholic Sesi Kuantan yang diadakan pada bulan lepas. Lokasinya di bandar Kuantan, area masjid besar Kuantan dan Taman Kerang. Cadangnya nak cari kelainan untuk photoshoot baru-baru ni. Macam shoot atas puncak Burj Khaleefa ke, tengah padang pasir ke, tak pun kat tengah lautan biru. Over plok hehe. Akhirnya kami ambil langkah berani untuk shoot di tengah-tengah jalan raya. Ya di tengah, bukan di tepi jalan raya.

Kami ke traffic light berhampiran, dan model akan ulang alik tiap kali lampu hijau pejalan kaki dinyalakan. Kalau tak silap aku tak sampai 15 saat je lampu hijau tu. Jadi nak tak nak photographer dan model-model sekalian perlu berjalan akak lari-lari anak kat tengah2 tu untuk mendapatkan shot terbaik.

Berkali-kali jugak mereka ulang. Kadang-kadang ada juga pemandu kereta yang menghon kerete mereka. Bukan pasal marah, tapi cuba nak dapatkan tumpuan model-model yang berada di tengah jalan. Rasanya tak menjadi kesalahan kan, sebab ada jugak pejalan kaki lain yang turut serta join melintas jalan.


Malang tidak berbau. Yang berbau cuma ketiakmu. Tiba-tiba ada satu kereta myvi ni berhenti mengejut. Dengan jelas saya nampak pemandunya menoleh ke tepi melihat model-model yang berdiri di tepi jalan sementara menunggu lampu hijau pejalan kaki. Aku pun tak faham motip dia sampai berhenti. dan tiba-tiba kevavooomm! motor dari belakang menghentam bahagian belakang keretanya. Dan begitulah(di bawah) reaksi gadis-gadis Jubaholic yang terperanjat akan kemalangan tersebut. Tekezutt verukss! huhu Tak adalah teruk mana pun sebab motor tu tak laju sangat, tapi nasib dialah sapa soh behenti tetibe. Kata orang, bahaya pakai JubahSouq ni. Sampaikan yang memandu kat tengah jalan pun berhenti menoleh padamu wakkaaka Upss maaflah bukan niat kami sangka jadi begitu.

Sambung balik pada cerita photoshoot tersebut. Saya nak ucapkan banyak-banyak terima kasih buat photog En Nizam Zainudin from Momet Capture bersama assistantnya En Sufe. En Nizam memang faham dengan apa yang kami mahukan untuk gambar-gambar JubahSouq kali ini. Dan apa yang lebih menarik bagi saya adalah photoshoot abaya Jameela pada waktu malam. Gambar2nya memang superbella! Juga pada model-model yang sangat komited dan memberikan kerjasama yang amat baik dalam menjayakan photoshoot ini. Jadi memang layaklah kalian bergelar Gadis Jubaholic Kuantan 2012 hehe.
dari kiri Daima Daffodil, Wawa Kamaruddin, Cik Aezan Ashash, Tasya Mellysya, dan Radiah Sarip. Semua cantik-cantik dan baik-baik : )

Untuk order abaya dibawah anda boleh isikan maklumat tempah pada link ini http://www.jubahsouq.com/p/order-form.html
Website jubahsouq: http://www.jubahsouq.com/
FB page jubahsouq : http://www.facebook.com/pages/Jubah-Dubai-Souq/108555989214089



Kod AD203 Jameela Purple
Price : RM160

Kod AD95 Jameela Princess
Price RM190

Kod AD200 Jameela Orange
Price : RM160

Kod AD201 Jameela Green
Price : RM160

Kod AD202 Jameela Shocking Pink
Price : RM160