Followers

Monday, September 17, 2012

Catatan Kuantan


Tengah duduk dalam surau berhampiran stesen bas pekeliling. Baru harini aku tau yang pekeliling ni ada surau. Padahal dah bertahun-tahun aku ambil bas di sini untuk balik ke kuantan. Bas dijadualkan bertolak pada jam 11.30 malam, sejak dari 6petang aku menunggu kat sini. Tadi dah lama aku lepak di restoran mamak untuk membunuh masa yang ada. Tengok tv. Berita TV1. Rasa macam dah berkurun tak tengok berita RTM ni. Tapi memandangkan ada kisah pasal kedatangan Kate Middleton dan cik abenya celik jugak la mata dengar berita. Lepas tu barula timbul kisah pasal negara-negara umat Islam yang memprotes melalui rusuhan disebabkan isu penerbitan filem yang menghina kesucian agama Islam serta Rasalullah s.a.w. Dah banyak tersebar di youtube dan sedang menjadi bualan hangat masyarakat dunia. Antara negara-negara yang terlibat adalah Cairo Mesir,  Istanbul Turki, Kenya, Sydney Australia dan beberapa negara majoriti Islam lain. Dalam hati tertanya-tanya juga bagaimana dengan tempat ku sendiri. Apa yang membuatkan aku lebih tersentak bila mendengar kenyataan penyampai berita "Nampak gayanya umat Islam di negara ini masih boleh bersabar dan mengawal emosi..."... hurmm tiba-tiba alamak! Baru aku teringat, sebelum aku nak restoran tadi memang aku nak cari ATM machine dulu. Tadi dah keluarkan duit tapi pakai untuk bayar photographer Denoy. Sekarang dalam wallet aku ada RM7.00 sahaja. Siling pun aku tak simpan dalam wallet. Aku makan tadi mee goreng mamak, telur mata dan nescafe tarik kurang manis. Agak-agak dia kurangkan sikit harga tak sebab aku minta kurang susu tu haha! Lama jga aku melengahkan masa untuk panggil aney kira. Kang kalau dia cakap semuanya RM8.50 tak ke malu meja sebelah tu dengar tak cukup duit. Yelah orang melayu kita kan boleh 'mati' kalau ada orang mengata dia :P Aku pun geledah begpack untuk cari siling-siling yang ada. Korek-korek dapatlah lagi seringgit. Selang dua meja tu baru lepas bayar. Semua RM14.30 untuk dua orang makan. Tapi aney kata RM14 cukup. Hurm kira okayla tu, kalau kurang 50posen tu kira selamatlah kot. Aku pun bangun angkat beg dan aney pun seakan-akan tahu aku dah nak beredar. Dengan sepantas kilat dia kira semuanya RM5.80. Fuuh lega! Syukur alhamdulillah. Aku tanya dia kat mana ATM machine, dia tunjuk arah macam dekat je. Aku pun cuba-cuba carila. Orang kat tepi-tepi dok tengok pelik aku usung beg baju tu hurmmm. Akhirnya aku tak jumpa. Tinggallah baki RM1 dalam wallet dan RM1 siling dalam poket baju.

Surau usang yang saiznya tak ubah macam tapak bazaar niaga 10' x 10' yang mempunyai 2 helai sejadah yang terlipat dalam keadaan menghadap kiblat. Seorang budak yang aku agak berumur lewat 20-an sedang baring dan terjaga setelah aku .membuka pintu surau untuk meninjau keadaan. Lantas dia cepat-cepat bangun duduk dan  tersenyum melihat aku. Dah tentu dia tau ada notis yang melarang untuk tidur dalam surau tersebut. Aku letakkan beg baju di tepi dinding surau manakala bahuku masih menggalas bag pack yang dipenuhi dengan 'senjata'ku. Selesai solat, budak tadi masih tegak duduk bersandarkan pada dinding.

Sekadar memulakan bicara "nak balik ke mana dik?". Walaupun aku dah boleh agak yang dia pun menantikan bas ke kuantan yang sama waktu denganku. Borak punya borak, barulah aku tahu yang umurnya bari 18tahun. MashaAllah mudanya engkau! Atau levih tepat lagi, rasa tuanya aku! Budak maktab tentera rupanya. Sekarang di UiTM untuk program asimilasi ke apa entah aku lupa. Maknanya lepas setahun ni dia akan sambung terus untuk pengajian ijazah. Dah puas aku interview dia, barulah macam-macam dia tanya pasal aku. Terbuka jugala kisah pengalaman kerja ku di Itali dan Dubai dulu. Seronok sungguh kalau mak dikenangkan. Nak-naknya masa di Milan dulu :) Persoalan normal macam ramai orang lain pernah tanya dulu, cuma dah lama tak bercerita. Tengah seronok bersembang, ada message bbm dari seseorang. Aku memang tak boleh multi-tasking. So tengah reply chat tu aku macam hilang tumpuan sekejap. Adik tu pun  mula perasan dan menghentikan bicaranya. Orang akan tau dari suara aku melalui phone, kalau aku banyak "errr" "yelaahh" "ooohhhhhh" dan terdiam lama tu maknanya memang aku tengah buat benda lain hehe budak tadi minta izin untuk memadamkan lampu kerana ingin melelapkan mata buat seketika waktu. Jam sekitar 10malam. Ada dalam satu jam setengah lagi. Ini yang boleh menaip melalui ipad Notes ni.

No comments: