Followers

Sunday, November 11, 2012

Film Review : Zaiton Ceritaku

Khamis lepas dalam kesibukan prepare untuk baju fashion show IFF. Pengantin baru sempat menculik aku untuk lepak minum-minum kononnya. Alih-alih bila dah separuh jalan rupanya nak ajak tengok wayang kejap. Aku ingatkan sebelum ni dia kata aku yang takde geng tengok wayang kalau dia dah kahwin, rupanya terbalik. Memandangkan dah lama jugak tak masuk panggung so aku ikutkan sajalah.
Sampai di Wangsa Walk Mall, terus masuk dan beratur beli tiket. Sambil-sambil tu ushar schedule movie yang available dalam masa terdekat tu. Antara cerita yang ada tu banyak jugak, tapi entah kenapa teringin sangat tengok Zaiton Ceritaku. Member aku pun segan silu nak beli tiket dan suruh aku sendiri yang cakap hahaha Dari dulu aku suka baca biografi. Suka baca novel kisah sebenar dari cerita cinta rekaan ni hehe Antara kisah biografi yang pernah aku baca adalah Raja Baharin, merupakan keturunan kerabat Terengganu yang berkahwin dengan wanita asing dan cuba mendapatkan kembali anak-anaknya yang telah dilarikan oleh bekas isterinya. Well kira kuat tak alasan aku untuk masuk wayang menonton kisah Zaiton Sameon.


Keterujaan itu juga disebabkan aku sendiri pun pernah serba sedikit cerita orang mengenai Zaiton Sameon. Katanya ZS sama popularnya dengan Dato Siti Nurhaliza. Macam mana famousnya Siti pada awal kemunculannya dulu macam tu jugalah terkenalnya ZS di kalangan peminat seni tanahair. Akan tetapi disebabkan kemalangan jalan raya yang berlaku, menyebabkan segala-galanya berubah. Dan ZS mula dilupakan oleh adik beradiknya sendiri. Dan ada juga yang kata ZS tu dah tak berapa betul. Mungkin kesan dari kematiannya anak kesayangannya.

Pada awalnya cuma kami berdua je yang ada dalam panggung tersebut. Awalkah? Apakah? Masing-masing tergelak sama sendiri. Dalam beberapa minit kemudian barulah ada tiga ke lima orang yang masuk berasingan. Hurmmm sedih jugakla tarikannya tak berapa kuat rupanya.

Penonton ditayangkan dengan permulaan di mana Zaiton sedang berada di puncak kegemilangannya. Dan dalam masa beberapa minit saja telah ditonjolkan babak di mana van yang dinaiki Zaiton bersama anaknya dilanggar teruk oleh sebuah lori trailer. Kesayuan dapat dirasai atas pemergian anaknya. Dan adik beradiknya mula menjauhkan diri dan mengambil kesempatan di atas situasi ZS. Fazlina Ahmad Daud yang kita tahu kebolehan lakonannya bermula dari drama 'Ramadhan terakhir' tampil sebagai adik Zaiton yang bagi aku 'kurang' kejamnya. Filem ini seolah-olah sebuah biografi yang belum cukup jujur untuk merungkaikan segala apa yang berlaku ke atas ZS. Bahasa mudahnya, terlalu banyak hati perlu dijaga jadi tak bolehlah nak kongsikan semua cerita benar apa yang terjadi. Ataupun expectation aku terlalu tinggi untuk melihat watak yang di bawa Fazlina Ahmad Daud  dan suaminya, Arash Muhammad dikembangkan lebih lagi.

Manakala yang memegang watak adik kepada ZS iaitu Sharil adalah pengacara yang semakin dikenali melalui rancangan Masterchef Malaysia Selibriti iaitu Karl Shafek. Dari segi rupa memang ada sedikit persamaan. Cuma lakonan Shafek masih agak kayu bagi aku hehe Sorry Shafek, I know you can do better! :p
Kesemua watak adik beradik ZS tu hilang lenyap macam tu je. Macam takde sambungan apa pun yang berlaku kat dorang.

Sememangnya aku tak berapa mengenali Zaiton Sameon yelah masa dia tengah naik  aku belum masuk tadika pun lagi. Tapi aku membesar dengan mendengar lagu-lagu beliau seperti Menaruh Harapan, Kabut Serangkai Mawar, Menadah Impian dll. Alangkah bagusnya era kemasyuran ZS itu dibawa pada awal plot cerita jadi bagi generasi baru sekarang atau masa datang juga akan mengenali dan mengenang penyanyi yang pernah disayangi ramai suatu ketika dahulu. Takdelah ceritanya jadi sedih memanjang. Ya memang diakui ada beberapa babak di mana Zaiton mengenang saat lampaunya tapi bagi aku itu masih belum cukup. Contohnya ada babak dimana ZS bersama rakan penghibur seangkatan macam Fauziah Latif dan Ramlah Ram ke. Kan seronok! Macam mana layanan ZS dengan adik beradiknya sebelum ni okay ke tak aku pun tak tahu.

Dan lagi satu yang kurang syok, bila Zaiton asyik mengulangi lagu sama saja saat menghiburkan hatinya. Asyik itu je yang dia buat sambil mengelamun. Tapi aku pujilah lakonan Nadia Aqilah dan nyanyiannya. Memang boleh nyanyi pung.

Kalau ikutkan memang sayaaaang sangat sebab trailer yang aku tengok memang dah mantap. Tapi jalan ceritanya pulak yang bosan. Sebab tulah agaknya gagal menarik penonton ke panggung sehingga ditayangkan selama 7 hari saja. Pendek ceritanya aku memang tak puas lagi tahu apa yang berlaku sebelum dan selepas kemalangan menimpa ZS. 

Satu lagi filem yang pastinya ditunggu-tunggu ramai, kisah biografi seniman agung negara kita iaitu P Ramlee.








No comments: