Followers

Thursday, February 10, 2011

Terbaik Dari Oasis - Al Ain (Part I)

Tidar jam 2.00 pagi setelah menonton filem Sikit Punya Gila di youtube. Kemudiannya boleh pulak aku terjaga pada jam 6.00 pagi. Takut terlajak, lepas solat subuh jadinya terus siap-siap mandi dan kemas barang mana patut. Sebenarnya plan nak ke Al Ain untuk menyaksikan pertunjukan Al Ain Aerobatic Show 2011 yang mengumpulkan 15 team sub-sonic jet terbaik dunia. Tiket untuk dewasa berharga 40 Dirham aku dah beli melalui online payment di TimeOut. Sebenarnya kalau nak beli tiket dekat kaunter pada hari nak masuk pon boleh. Tapi saja beli awal-awal, nanti takde la aku bagi alasan kata tak nak pergi kan. Dalam pukul 8.30 pagi macam tu aku dah turun, cadangnya nak sarap dulu. Tapi susah betul nak dapat kedai-kedai restoran bukak awal pagi ni. So belila bekalan roti jer buat alas perut.

Aku ke bus station Sharjah dengan menaiki teksi. Bus stationnya simpledan terletak kira-kira 3kilometer je dari rumah aku. Tak silap aku ada kira-kira 8 lorong bas yang setiap satunya menuju ke destinasi yang berlainan. 30 Dirham dari Sharjah ke Al Ain. Untuk 2jam perjalanan. Nampak gayanya banyak bas menuju ke Dubai, Abu Dhabi, Al Ain dan destinasi lain dalam UAE. Boleh dikatakan setiap satu jam ada satu bas bertolak. Tiket bas tak ada seat number, so suka hati la nak duduk kat mana pun. Cuma 3 seat terdepan, kiri dan kanan adalah dikhaskan buat penumpang wanita. Tapi memandangkan masa tu tak ada penumpang wanita sangat so aku duduk jela kat depan tu. Belakang pun dah penuh. Basnya selesa dengan aircond sepertimana bas-bas di Malaysiajugak.

Pada jam 9.30pagi bas yang sepatutnya bertolak pada jam 9.15pagi itupun bergerak. 15minit baca buku sambil layan itouch. Selebihnya aku berBBM dan tidur. ZzZZzzzzz

Rasanya dalam 5km sebelum nak sampai town Al Ain aku terjaga. Hijau. Banyak bunga-bunga. Jalan pun tak sesak macam Sharjah atau Dubai. Tapi berkali-kali jumpa roundabout barula betul-betul sampai di bus station yang terletak di town. Bandarnya memang macam pekan koboi, tapi tenang dan bersih. Aku sampai je kat town tu dalam jam 11.30 macam tu. Aku jalan-jalan kejap area town tu, then baru la call orang kampong Al Ain iaitu bro Fadhli. Katanya bekas orang kampong Al Ain yakni bro Helmey Shariff pon dah ada kat sana. Time tu jugakla kenal sama orang kampong Dubai iaitu Radz dan Yanie aka Choco Latte. Mula-mula aku ingatkan dorang ni couple hahah.. Diana yang ambil kitaorang time tuh. Diana ni pun antara otai lama Al Ain merangkap setiausaha pada ketua kampong Fadhli hehe

Aku dan Radz dihantar ke villa bro Fadhli dulu. Kami disambut dengan paluan kompang, bunga manggar dan bentangan tikar mengkuang di sepanjang laluan ke pintu masuk utama. Villa yang diberi nama ‘Teratak Abe’ ni baru saja disewa dan kami dialu-alukan untuk buat-buat selesa macam berada di rumah sendiri. Selesai solat jumaat di masjid berhampiran, kami dihidangkan dengan masakan dari hasil air tangan tuan rumah sendiri yang sodap sampai menjilat jari.

Al Ain Aerobatic Show 2011


Kalau bila sekali sebut, orang akan tanya ‘acrobatic show ker ?’ huhu. Show yang sepatutnya bermula pada hari rabu lepas terpaksa ditunda ke hari khamis disebabkan cuaca yang tak mengizinkan. Tapi Alhamdulillah cuaca baik sekali pada hari jumaat tersebut. Matahari memancar terik dengan cuaca yang dingin jer.































Nasi Mandi, Ikan Susu Bakar

First time merasa Nasi Mandi dan Ikan Bakar di UAE ni. Masa awal-awal dulu kalau orang sebut mandi, aku ingatkan nak pergi mandi pantai LOL. Sebab biasanya aku bedal briyani kat restoran sebelah apartment tu jer. Menurut jurucakap Abu Dhabi iaitu Syeikh Helmey, nasi mandi ni kalau nak diikutkan waktu dulu-dulu, nasi mandi ni dimasak di dengan bara dan dikambus dalam tanah.Sejauh mana kebenarannya mari kita sama-sama meinyingkap misteri Nasik Mandi. Tapi tak kisahla kan, janji bila makan tu memanglah sedap. Nasik ni la yang aku tunggu-tunggu dari dulu lagi.Terima kasih geng kerana menyempurnakan hajat yang dah lama terpendam di sudut perotku heee.

Nasi sedulang dengan ayam. Kambing panggang. ‘Milk Fish’ Bakar. Dimakan bersama sambal cili tomato dan ulam-ulam segar. Terbaek dari Al Ain! Kalau sampai ke sana, mesti cuba di Restoran Al Yahar.

Jebel Hafeet

Lepas dah kenyang memboncit tuh. Duduk dalam kereta kat seat belakang dengan memakai sweater pinjaman. Sangatlah nikmat rasanya, seolah-olah ada orang tepuk bontot aku suruh tidor hahaha. Sekali sekala aku kedengaran sayup-sayup suara orang depan berborak. Tapi tau-tau je dah sampai puncak Jabal Hafeet. Sejuk giler aku cakap ko. Suhu masa tu dalam lingkungan 12deg C ditambah pulak dengan angin yang bertiup menambah kedinginan. Tapi pemandangan dari puncak tersebut memang cantik. Nampak seluruh kawasan Al Ain yang disinari limpahan cayaha lampu-lampunya.

Jebel Hafeet (Arabic: جبل حفيت‎)

Jebel adalah merupakan perkataan bahasa Arab yang bermaksud “Bukit”. Puncak Jebel hafeet ini adalah setinggi 1240 meter dari aras laut yang mampu menjajikan pemandangan terbaik sepanjang sempadan di antara UAE dan Oman. Ramai yang menganggapnya sebagai puncak tertinggi di UAE disebabkan ia merupakan lokasi kunjungan popular sedangkan puncak tertinggi sekali adalahJabal Yibir. Jalanraya dengan 3lorong dibina sehingga ke puncak Jebel Hafeet. Yang menariknya jalanrayanya yang berbentuk seperti ular ini pernah digelar sebagai "one of the best driving roads in the world" stretching over 15 kilometres with 60 fantastic curves & twists. Katanya Jeremy Clarkson dari Top Gear pun suka sama ini jala raya. Banyak luxury car manufacturers buat testing model terbaru kereta mereka di sini (Mercedes, Mini Cooper, etc.)

Green Mubazarrah

Setelah hampir setengah jam berada kat atas tu, kami turun untuk menikmati chai di Mabarah iaitu kawasan kaki bukit jabal Hafeet yang sememangnya sesuai untuk rekreasi bersama kawan-kawan da keluarga. Sekali pandang dah macam Grand Canyon, cumanya ada rumput-rumput yang tumbuh segar menghijau. Lampu spotlight diletakkan berhampiran kawasan bukit tersebut agar membolehkan pengunjung menikmati pemandangan pada waktu malam. Cuaca di bawah tu takdela sesejuk macam berada di puncak tadi. Ada pulak ramai yang tengah berpicnic dan BBQ. Sedap jer bau walaupun perut dah sendat macam haper.

Kemudian kami minum teh berempah. Kata mereka teh yang diletakkan masala. Rasanya memang sesedap dan seharum baunya. (Oh teringat Istanbul!)

Ramai yang bakal menyambut harijadi mereka pada bulan Februari, so dorang celebrate terus sekali harung dengan sebijik kek coklat. Semuanya macam kanak-kanak riang ribena masa tuh. Yang kanak-kanak betul pulak tidur dalam kereta haha.

The Kaki Spa

Lepas sepanjang kawasan Muzarabah tu terdapat sebuah open channel atau dalam bahasa mudahnya kelihatan seperti longkang atau terusan huhu... Tapi melalui terusan tersebut sebenarnya terdapat air panas yang mengalir kira-kira sedalam 5inchi. So boleh rendamkan kaki ke dalamnya dan bukan rendam badan hehe.. Tapi rasanya ada kot kolam untuk mandi. Dan yang pastinya ia bukanlah air panas semulajadi.





2 comments:

carl said...

pandai tgkap gambo skang...mantap2 yer..;)

Akie Jack said...

biasa jer pakcik carl.. suka2 je kan