Followers

Thursday, February 24, 2011

Makan-makan di Pak Ghazi.

Dah lama berhabuk kan blog nih.... Alhamdulillah, harini settle sehari berpuasa. Thanks to my friend iaitu Viviarty Arma, atau dengan nama panggilannya Pippi pasal tolong bagi reminder malam semalam melalui BlackBerry Messenger. hehe Xberapa lapar, so berbuka dengan minum air masak jer sekitar jam 6.20petang macamtu. Dalam hati masa tu ingatkan nak ke Restoran Aroos Damascus, restoran yang menghidangkan makanan bermenukan masakan tradisi dari Syria. Apa-apa pun, ada urusan yang perlu disetelkan terlebih dulu. Apa lagi, jubah la :)

Lepas selesai semua urusan tu, baru nak amek teksi untuk ke Aroos Damascus. Tiba-tiba terlalu depan restoran yang dah banyak kali aku lalu. Nampak ramai pekerjanya, ada yang tengah bakar ayam, sediakan kebab, mencanai roti tandoori... Jadi aku masuk ke restoran tersebut yang aku sangkakan restoran India pada awalnya. Memilih meja paling hujung dan agak terpencil sedikit supaya mudah nak snap pics.


Suasananya saling tak ubah seperti di restoran mamak di Malaysia. Wah rindu nak lepak-lepak kat mamak. Idea Adflin Shauki untuk mengcipta spray penyembur bau restoran mamak munkin juga boleh diterima pakai hahah. Semua pekerja memakai baju seragam dan topi putih. Restorannya bersih dah cuma ada ruang makan di dalam, dan bukan open air macam mamak di Malaysia. Aku duduk dalam dua minit, tapi tak ada yang datang menyapa ambil order. Baru nak bangun panggil waiter dia datang menghampiri aku. Of kos la aku mintak menu since tak apa nak order sebenarnya. Dia letak katalog menu, dan terpampang ditulis PAK GHAZI. hahaha! Inilah restoran yang selalu disebut2 oleh Azarudin Murad. Murah dan sedap katanya. Mungkin ada betulnya sebab nampak ramai pelanggan yang makan tadi. Pak, adakah bermaksud bapak, seperti mana kita panggil sesorang dengan gelaran Pak. Sudah ditubuhkan sejak tahun 1970 lagi. Bila dia ambil order, aku cakap nak roti prata macam org depan aku tu makan. Rupa-rupanya itu roti tandoori. Urmmm blur apa nak order, so aku mintak ayam.. dia cakap fried chicken bla3. Panjang sangat nama menunya, so aku okaykan ajer. Mintak chai secawan. Dalam menunggu makanan aku sampai, sempat la snap pic kan.



 Salad sampai dulu. Kemudiannya roti tandoori.


Dan dalam bberpa saat kemudian ayam bersama-sama kuah dal pun sampai. Ohh ayam berempah rupanya, harum bau rempah ayamnya. Memang sedap roti tandoorinya yang masih panas lagi. Biasanya aku cubit roti tu, letak ayam dan salad, gulung lalu cicah dengan kuah dal yang sekakan kari tuh. Sedap!




Tak sampai 5minit dah licin!! Haha takdelah Dalam 4 ke 5 suap, perut aku mengatakan dah tak boleh terima lagi. Saiz ayam dan roti terlalu besar, rasanya tadi macam 1/10 jer yang terusik. 'Mamak' tu pun pelik bila aku mintak tapaukan makanan aku. Katanya perut aku small hehe..



Aku siap bayar, dan bil diletakkan dia atas timbunan biji halwa dan pencungkil gigi. biji halwa tu utk hilangkan bau mulut ker eh? Total semua 12 Dirham sahaja. Tengok meja sblh aku makan kambing macam asyik jer. next time ok!

Aku keluar dan ternampak seorang uncle sedang sibuk mencanai dan memabakar roti tandoori. Aku tegur dan bagi salam. Cakapla, dari Malaysia dan bila minta izin nak snap pic dia. Dengan sukanya dia berikan pose utk aku hehe... Malaysia good katanya! Dalam masa tu jugak sempatla aku berborak dengan yang salah seorang customer yang sedang menunggu roti tandoorinya.. Dia tanya aku dari mana... Dan aku tanya tanya apa maksud PAK... bila mendengar jawapannya pun aku tergelak. Restoran ni dari namanya pon kita dah tahu bersalal dari mana. PAK bermaksud PAKISTAN :) 

4 comments:

joanna said...

nice :)

Akie Jack said...

thanks :)

Norhaidatul Azian Tajul Ariffin said...

Cakkk! Lawanya heading blog dia...kem salam payung tuh OK..sbb dia mcm cendawan warna warni
Owh Pak tu Pakistan...ingatkan bapak!;-P
tak habeh ke ayam tu Akiey...haha...tu kosong aje pinggannya..mana g ayam tu? masuk perut mana? hihik
anyway nice pics,thanks share! :-)

Akie Jack said...

Yannn! saya baru je check blog ni. dah lama xbukak okayy hahaha
saya try2 letak jer tu. tp xcentre plak haha

itulah ingatkan pak tu Pakistan. hehe
ayam kasi tapau bawak romah
Thanks :)