Followers

Monday, April 4, 2011

JUBAHSOUQ.com - Sembang Dato' Mashitah @ Astro Oasis

Salam semua. Hari ni seharian stay kat pejabat disebabkan kerja yang makin menimbun. Al maklum jerlah bila naik-naik cuti jer, boss dah standby nak kasi kerja itu ini. Takpelah, lagipun dah lama sangat tak busy cam sekarang ni. Dalam pada sibuk-sibuk tu, nak jugakla update my blog kan. Just nak share dengan korang semua, gambar busana tajaan dari koleksi JUBAHSOUQ.com untuk Dato Dr Mashitah Ibrahim(DDMI). Rasanya dah ramai yang maklum kan dengan rancangan bual bicara terbaru beliau yang bersiaran di Astro Oasis, pada setiap hari Isnin jam 9.00 malam. Setiap episod akan mengupas tajuk atau isu yang bersangkut paut dengan kisah wanita. Tetamu pula di kalangan selebriti tanah air dan juga ahli akedemik yang dijemput khas menceritakan pengalaman mereka sendiri. 

DDMI menggayakan JD03 dari www.jubahsouq.com

Kalau tak silap, pihak produksi mereka dah selesai shoot untuk 9 episod. Syukur Alhamdulillah kerana JUBAHSOUQ.com telah menaja busana mereka untuk 5 dari kesemua 9episod tersebut. Salah satu daripada episodnya yang akan ditayangkan pada 18 April 2011. Seperti dalam gambar di atas, ini adalah merupakan pertama kali buat DDMI menggayakan jubah glam kami di kaca mata TV. Untuk episod yang bertajuk 'Merubah Kejadian'. Ada kena mengena dengan Serigala Jadiankah? jeng3.

 Sheeda seperti di dalam gambar juga mengenakan busana JUBAHSOUQ.com (jubah merah)

Artis jemputan untuk episod tersebut adalah Sheeda, penyanyi dangdut dan Romie Cecupak (maaf kalau silap, lupa pulak nama dia). Kalau baca dari tajuknya pun dah boleh tangkap kejadian apa yang diubahkannya tu kan. Umum pun tahu kisah Romie tu pernah mengambil suntikan botox pada mukanya untuk tujuan kecantikan(err.. aku xpasti orang lelaki nak jadi cantik mana lagi huhu). Aku pernah tengok dalam Melodi rasanya time dia buat pengakuan dulu. Pasal kak Sheeda tu pulak tak berapa nak pasti. Apapun kalau nak tahu kisah selanjutnya, sama-sama la kita nengok yer..  Tapi aku kena tunggu lama sikitla baru dapat tengok, producer dah janji nak tolong 'burn'kan CD kannn gahahaha.

p/s: dah macam entertaiment blogger sudah haha.

cantik kan ;D



7 comments:

Norhaidatul Azian Tajul Ariffin said...

Terima kasih kerana menyokong program 'talkshow' muslimah Malaysia dan selamat menonton untuk menaikkan rating ya :-))

Salam Mesra Teramat Mesra Dari Penerbit Yang Mesra Alam ni..;-P

-Norhaidatul Azian Tajul Ariffin-
Penerbit 'Sembang Dato' Mashitah' ASTRO OASIS

Akie Jack said...

Terima kasih banyak juga atas kesudian pihak produser dan teamnya kerana secara tak langsung mempromosikan juga brand JUBAHSOUQ.com kami. Moga rating show ni naik mendadaks k. Terutamanya untuk siri RM nanti hahaha..

PEMBETULAN : Rancangan ini bersiaran pada jam 7:30malam dan nama tetamu undangan tersebut adalah Pian Cecupak.

Anonymous said...

Hi, I do believe this is an excellent blog. І stumbledupon it ;) I am goіng to reviѕit once again sіnсe I book marked it.

Moneу аnԁ freedom іѕ thе best way to change, mау you be rich and
cοntinue to guide оthеrs.

Cheсk out my weblοg dog acne

Anonymous said...

Hеllo my fгіenԁ!
ӏ want to sаy that this агticle is awеѕome, nice wrіtten anԁ includе almost all significant
infos. I'd like to see extra posts like this .

my web site - Www.Igamershood.com

Anonymous said...

Apρrеciation to mу father ωho infοrmed me regardіng thіs
ωeblog, this web ѕite is аctually rеmarkable.



mу homepаge Zahnzusatzversicherung

Anonymous said...

I've read some good stuff here. Definitely value bookmarking for revisiting. I surprise how much attempt you place to make the sort of great informative web site.

Also visit my blog - verdopple deine dates

Anonymous said...

Ηellο i am κavin, іts my first time to commenting anyplace, when i гeаd this
parаgraph i thought i could also make commеnt due to this goοd ρaragraph.


my blog post :: ejaculation premature