Followers

Wednesday, May 4, 2011

Abaya Ekslusif - JUBAH SOUQ.com

Alhamdulillah. JubahSouq baru-baru ini telah menarik minat seorang pereka fesyen abaya tempatan di UAE semakin membina namanya. Shamsi Ghafoor pemuda Iran yang telah menetap selama lebih 20tahun di UAE telah menceburi perniagaan abaya selama hampir 10tahun. Dengan semangat yang tinggi untuk mempunyai jenama abayanya sendiri, kini Shamsi telah berjaya membina tapaknya selama hampir 3tahun. 
Mempunyai pelanggan setianya yang semestinya dari Dubai, London, Perancis dan juga Afrika Selatan. Dan kini Shamsi berminat untuk menerokai pasaran abaya moden ke Malaysia pula. Apa yang boleh saya katakan tentang keistimewaan abaya rekaan beliau adalah unik. Ya memang unik dan jarang sekali nampak diciplak di ribuan kedai abaya di UAE ini. Jadi tak hairanlah kalau kunjungan saya ke butiknya baru-baru ini memperlihatkan banyak pelanggan yang datang menempah abaya ekslusif mereka di butik beliau. 
Kebanyakan abaya rekaannya menggunakan perhiasan batu permata, manik-manik yang sememangnya dihasilkan dengan teliti menggunakan tangan. Saya sendiri berpeluang melihat bagaimana tukang jahit mereka meletakkan manik satu demi satu mengikut rekaan Shamsi sendiri. Kerja yang memerlukan tahap kesabaran dan kemahiran yang tinggi yang mampu memberikan tahap kepuasan yang berbeza buat pelanggannya.
 Shamsi juga banyak ber'main' dengan potongan abaya yang memberikan dimensi abaya yang berbeza yang kebanyakkanya mempunyai potongan lurus seperti kebanyakan jubah biasa. Material berkualiti seperti internet, nida dan banyak lagi yang bersesuaian dengan cuaca panas mahupun sejuk. Semua abaya rekaan beliau hadir bersama-sama syela(selendang) yang juga dihiaskan serupa seperti abayanya. Lebih banyak rekaan yang bakal saya kongsikan selepas ini untuk tatapan anda. Untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya Zack Amrul atau melalui rakan niaga saya Amirudin Yatin. Harga abaya adalah dalam lingkungan RM550 ke RM700.
Anda juga dialu-alukan untuk memberikan sebarang pandangan kepada kami :)


2 comments:

Norhaidatul Azian Tajul Ariffin said...

Tahniah Akie & Amir. Ini satu lagi momentum dan 'track record' yang bagus bagi memperkembangkan JS dan memperluaskan pengaruhnya. Elemen2 sebegini tentu akan membantu sedikit sebanyak. Perlu pandai cari peluang untuk bekerjasama dengan mereka2 atau organisasi2 yg related. Cth pengusaha tudung,fashion designer..antaranya la..Gud job JS & Shamsir,InsyaAllah.

Jubah mahal sket,sbb fashion designer ada label diorang sendiri. Design memang nampak eksklusif dan simple...tak banyak manik2.

Akie Jack said...

Thank you so much kak Yan! That is soo inspiring. InshaAllah kami buat yang terbaik!