Followers

Tuesday, May 10, 2011

Syukran buat Mohammad Pirasteh


Suatu hari saya berkata pada Encik Muhammad, pemuda Iran yang bekerja sebagai pengurus di butik tempat di mana saya biasa mengambil stok jualan jubah saya "Encik Mohammad. saya teringin betul nak pakai khandoora sepertimana yang dipakai oleh Tuan sekarang". Sambil mataku memandang ke arah jubah yang dipakai beliau untuk menyatakan minatku untuk mendapatkan jubah seperti yang dipakainya.

Beliau tersenyum dan berkata "Kamu mahu dishdash?". 

Aku hairan spontan bertanya "Dishdash?? Apa tu tuan?"

Encik Mohammad "Yelah, dishdash sepertimana yang saya pakai sekarang ni. Ada yang panggil khandoora dan orang tempatan lebih mengenalinya sebagai dishdash. Ya kamu boleh dapat dengan banyak sekali di kedai luar sana. Harganya pun sekitar 80 Dirham ke 150Dirham sahaja"

"Ohh Encik Mohammad. Saya tahu banyak kedai di sekitar sini yang menjual kandura yang readymade. Err.. maksud saya dashdushh..."

"Tidak Zaki! Bukan dashdush, tapi dishdash" Katanya sambil tergelak besar.

"Ohh maafkan saya.. Maksud saya dishdash. Saya nak tempah khas sepasang untuk dipakai saya sendiri. Mungkin untuk dipakai sempena sambutan Hari Raya Eidulfitri nanti." Aku tahu masih terlalu awal untuk bercerita tentang raya. Ayat aku saling tak ubah macam makcik-makcik yang membeli kain pasang dan menghantarnya dijahit 3bulan awal sebelum mula berpuasa. Sambung aku lagi " Dan saya mahu sama seperti yang Tuan pakai. Saya tahu hargnya mahal kan, tapi tak mengapa saya cuma mahu tempah sepasang sahaja.. Sebab saya tengok Tuan sentiasa kemas dan segak berjubah putih sebegini. Adakah ini jubah moden Tuan? "

"Ada banyak jenis yang kamu boleh tempah, samada Emirati Style, Bahrain, Qatar dan Kuwait. Kamu boleh pilih pattern mana yang kamu suka"

"Oh saya gemar betul macam jubah yang Tuan pakai sekarang. Lengannya tak ubah macam kemeja. Nampak sangat kemas bagi saya"

"Saya faham Zaki, apa yang kamu mahu. Kamu tak kisah bayar berapa pun kan untuk jubah ini? Biasanya harga sepasang jubah yang ditempah sekitar 180 ke 350 Dirham mengikut kualiti kain."

"Ya saya sanggup Tuan!"... Sambil bangun dari kerusi aku menjenguk ke pergelangan tangan Encik Mohammad untuk melihat butang cufflink yang dipakainya, "Wow! Montblanc. Patutlah dari jauh lagi sudah nampak cantik dan mahal"

"Jangan risau Zaki. Saya boleh bagi ini kepada kamu. Banyak butang tiruan terdapat di pasaran. Walaupun tiruan ia masih cantik digayakan bukan?"

Aku teruja sambil menganggukkan kepala. Kemudian Encik Mohammad meminta izin untuk turun ke bawah seketika. Dalam tak sampai 5minit kemudian dia kembali dengan beg plastik merah yang berisi fabrik berwarna putih. Sambil meletekankan beg plastik tersebut dihadapan saya dan dengan tersenyum bangga beliau berkata "Ini buat kamu Zaki. Fabriknya sama seperti apa yang saya pakai sekarang ni. Ia dihadiahkan dari seorang kawan saya dari Qatar. Dan sekarang saya berikan sebahagiannya kepada kamu"

"Okay terima kasih banyak Encik Mohammad. Boleh saya tahu berapa harganya?" tanyaku sambil menyelukkan tangan ke dalam plastik tersebut. Rasa kainnya sungguh lembut dan selesa. Seperti yang aku nakkan sebelum ini.

"Jangan ditanya harganya Zaki. Biasanya kedai akan caj dalam 300Dirham untuk material fabrik sebegini. Tak mengapa. Harga kita bincang kemudian okay. Kamu ambil ni dan kamu tolong pergi ke butik jubah lelaki kami di Buheira Corniche. Kamu kata kamu kawan kepada Mohammad. Saya juga akan hubungi kawan saya di sana untuk memaklumkannya yang kamu akan datang untuk menempah dishdash dengannya. Mungkin kamu boleh buat pembayaran dengan mereka sahaja okay. Kami di bawah satu syarikat yang sama"

Aku berjabat tangan dan sekali lagi mengucapkan terima kasih padanya dan terus ke kedai yang dimaksudkan untuk menempah dishdash. Mereka meminta saya buat bayaran ketika datang mengambilnya sesudah siap dijahit nanti.

Itu semua merupakan cerita 3minggu yang sudah. Sepatutnya saya dah boleh ambil jubah saya minggu lepas, tapi disebabkan kesuntukan masa saya terus menundanya sehinggalah malam ini, saya pergi mengambilnya. Dan tukang jahit dari kedai dishdash tersebut hanya meminta saya membuat bayaran sebanyak 60Dirham. :)
Betul-betul saya tak sangka beliau menghadiahkan kain tersebut buat saya. SYUKRAN MR. MOHAMMAD PIRASTEH

3 comments:

Azlin Nurain Hj Adnan said...

oh..sukenye post ni... :D
dishdash...bukan dashdush..hahahahaha!
muhammad dari iran sgguh baik!

Akie Jack said...

Azlin.. hahaha dashdush kan! ya memang baik orgnya...

Anonymous said...

Hi
Where can I get a cufflink Jubbah from?
Thanks