Followers

Thursday, December 9, 2010

Blue Mosque

Masjid Sultan Ahmet atau lebih dikenali sebagai Blue Mosque sudah menjadi sinonim sebagai identiti tarikan di Istanbul sehingga kini. Masjid terbesar di Istanbul ini dibina pada abad ke 17 di bawah pemerintahan Sultan Ahmet I yang pada ketika itu mengarahkan supaya dibina sebuah masjid yang menjadi lambang kekuatan Islam agar mengatasi Gereja Hagia Sophia yang telah sedia ada pada ketika itu. Dengan posisinya menghadap Gereja Hagia Sophia tersebut, ianya seolah-olah mengabdikan kisah pertembungan hebat di antara dua kuasa besar dunia pada suatu masa dahulu.

Kerja-kerja pembinaan masjid ini bermula semenjak tahun 1609 dan ia berterusan sehingga tujuh tahun lamanya. Arkitek yang terlibat dalam merekabentuk binaan masjid ini adalah Mehmet Aga yang sering dibandingkan dengan hasil kerja tokoh arkitek Turki iaitu Mimar Sinan kerana mempunyai banyak persamaan. Mehmet Aga dikatakan meninggal dunia pada saat-saat terakhir penyudahan masjid ini dan sebagai tanda penghargaan, beliau dikebumikan di bahagian luar masjid ini bersama-sama isteri dan tiga orang anaknya.

Dari jauh lagi sudah dapat dilihat dengan jelas binaan kubah yang besar dengan enam menara azan/minarets. Ia dianggap unik kerana kebanyakan masjid dbina dengan bilangan satu atau dua menara sahaja. Salahfaham dikatakan berlaku sewaktu Sultan mahukan menara emas(altin), dan dianggap oleh Mehmer Aga sebagai enam(alti) menara. Bilangan menara tersebut juga menjadi isu kontroversi kerana mempunyai bilangan menara yang sama sebagaimana Masjidil Haram di mekah yang juga dibina dengan 6 buah menara azan. Masalah ini diselesaikan setelah Sultan menghantar arkiteknya ke Mekah dan membina menara yang ke-tujuh.
Antara tarikan lain adalah binaan kubah masjid yang disusun begitu cantik mengelilingi kubah utama di bahagian tengah masjid. Sememangnya tiada apa yang biru jika dilihat dari luar, kerana masjid ini mendapat jolokan nama biru dari hiasan dalamannya iaitu ‘blue tiles’. Permukaan siling masjid ini dipenuhi dengan kira-kira 20,000 keping blue tiles yang merupakan contoh rekebentuk Iznik abad ke 16 yang bertemakan bunga-bungaan, pokok dan corak abstrak. Bagi yang buta seni macam saya pun akan menjadi terpegun melihatkan hiasan dalaman masjid ini. Rasa tak puas pasal tak dapat snap gambar tiles tersebut dengan lebih jelas.

Tiada masalah untuk masuk ke masjid ini selagi anda berpakaian sopan dan sebaiknya menutup aurat bagi yang beragama Islam. Manakala bagi pengunjung bukan Islam, anda diminta menghormati mereka-mereka yang sedang beribadat di masjid tersebut dengan tidak membuat bising. Bagi perempuan, mereka digalakkan memakai scarf bagi menutup rambut mereka. Untung buat saya dan rakan kerana kami dibenarkan masuk ke ruang solat bagi menunaikan solat sunat. Pengunjung-pengunjung lain dibenarkan masuk cuma pada satu persepuluh bahagian solat yang lebih dekat dengan pintu masuk. Soalan paling melucukan mungkin ditanya“How much do I have to pay to enter this mosque?”

Sesi bersoal jawab.

Ruang solat utama yang dihiasi dengan lampu chandeliar

Ruang mengambil whuduk di tepi masjid.








No comments: