Followers

Tuesday, December 7, 2010

Malam Pertama di Istanbul, Turki

Bismillahirahmanirrahim.


“Kalaulah dunia ini merupakan sebuah negara, maka Konstantinople inilah yang layak menjadi ibu negaranya” – Napolean Bonaparte


Itulah ungkapan terbaik bagi menggambarkan betapa hebatnya kota Konstantinople yang kini dikenali sebagai Istanbul, Turki pada suatu ketika dulu. Dan rasanya Istanbul masih lagi meneruskan kesinambungan tersebut sehingga kini. Trip ke Istanbul pada tahun 2009, iaitu pada Ramadhan 1430 Hijrah. Beberapa hari sebelum menyambut Aildilfiti. Aku dan bersama seorang rakan memulakan perjalanan kami dari Milan ke Istanbul dengan menaiki Turkish Airlines. Sebaik sahaja kapal terbang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Attarturk, perasaan gembira yang sukar untuk disembunyikan sampai aku tersengih kerang busuk sendirian sehingga disedari rakan kat sebelah seat masa tu , “Ha dia buat dah pelik dia tu, sengih sorang-sorang. Aku tahu hang seronok kie. Takpa, aku jamin hang mesti enjoy punya trip Istanbul kita!” Zhafir dengan loghat Kedahnya yang pekat.


Dalam hati, aku bersyukur sangat kerana segala yang dirancang selama 2bulan sebelumnya menjadi suatu kenyataan. Ucapan terima kasih yang tak terhingga buat brother Azarudin Murad yang banyak bagi guide pada aku sebelum ni. Dia juga la yang mencadangkan aku ke Istanbul pada bulan Ramadhan sebab katanya ada museum koleksi barangan peribadi Nabi Muhammad s.a.w dan sahabat baginda di Topkapi Palace yang hanya dibuka pada bulan Ramadhan. Dan bagi aku juga, pasti menarik kalau dapat singgah ke sana beberapa hari sebelum sambutan Aidilfitri. Rasanya semua orang tahu betapa indah dan kayanya nilai sejarah yang masih ada di Istanbul ini. Nak baca lebih detail mengenai sejarah Istanbul aku cadangkan korang baca di blog Jhaz Kitaro, Aku Sebutir Pasir.


Setibanya kami di sana, driver dari hotel sudah siap sedia menunggu kami. Kami telah membazirkan masa yang ada dengan beratur untuk mendapatkan visa sedangkan passport malaysia terkecuali untuk itu. Sebenarnya kami confused jugak, so beratur jelah haha. Sampai hotel pada kiram jam 9malam macam tu, kami bersiap-siap mandi dan solat. Tujuan utama pada malam tu adalah makan! Perut memang terasa lapar dan sangat tak sabar nak makan benda sedap2 since kat Milan susah nak jumpa restoran halal kan. Dah 6 bulan di Milan dan perasaan agak teruja dapat jumpa makanan halal yang tak perlu dimasak sendiri hehe

(Gambar-gambar aku snap ni biasa2 jer, sebab takde skill pun guna SLR huhu)


Kami order makanan iaitu kebab dan choi(tea). So masuk duduk tunggu di dalam. Restorannya dari luar nampak macam gerai biasa jer. Tapi decoration kat dalam tu cantik! Dan ada group of musician yang menjadi bermain alat muzik traditional Turki. Sekali pandang yang dia blow tu macam syisha pun ada hihi. Pelanggan lain kebanyakannya datang ke situ untuk minum teh panas sambil menikmati alunan muzik sementara kami dengan lahapnya makan kebab. Ada juga pelanggan lain yang menawarkan diri untuk menyanyi bersama group tersebut. Kira macam karaoke la. Melihatkan orang lain minum minuman yang berwarna pelik, macam ada sebelah kami tu minum air yang berwarna hijau pekat. So kami tanya la pada waiter sebab rasa macam nak cuba, tapi puas kami dok terang in English masih tak faham-faham. Takpelah!




Dalam hati ni masa tu masih tertanya-tanya lagi, mananya Blue Mosque dan Aya Sofya. Kalau mengikut kata receptionst tu lokasinya dekat saja. Setelah itu kami ke Sultahahmet Square yang terletak hanya bersebelahan dengan restoran kami tadi. Masa tu malam, walaupun ada lampu di sekeliling saya masih tercari-cari dan keliru mana satu Blue Mosque dan mana satu Aya Sofya(blur sebenarnya). Aku nampak minaret banyak dan masih ragu-ragu lagi masa tu. So sementara tu kami berjalan-jalan di Square tersebut.

Hippodrome.



The German Fountain (Turkish: Alman Cesmesi)

Mula dibina pada tahun 1898 sebagai memperingati ulang tahun ke-2 lawatan German Emperor Wilhelm II.(tak kenal pun huhu) Original sitenya di German, dibina piece by piece dan dipindahkan ke Istanbul sehingga siap sepenuhnya pada 1900. Dibina dengan kubah berbentuk oktagon yang disokong oleh 8 batang tiang marble.

Bahagian dalam kubah ini dipenuhi dengan golden mosaics.

Bila aku berada betul-betul di bahagian depan Blue mosque dan Aya Sofya, barula “Hah tu Blue Mosque! Yang tu Hagia Sophia! (sebut Aya Sofya)” Entahlah, dah berbulan-bulan lamanya tak tengok masjid, jadi bila dapat lihat masjid yang seindah Blue Mosque aku jadi kagum jugak la. Pergi solat terawikh kat Milan pun kat surau jer masa tu. Keindahan senibina arkitek agung Mimar Sinan masih terserlah walaupun pada waktu malam. Cantik!


Blue Mosque



Member aku Zhafir Ahmad. clear je gambaq hang aku snap kan! haha

Gambar aku plak banyak blur2 haha. berkali2 member aku snap tetap blur gak haha..


Di tepi masjid tersebut masih ada peniaga bazaar yang menjalankan operasi perniagaan mereka. Bazaar Ramadhan lah kiranya ni. Cuma yang menarik bazaar-bazaar tersebut masih dibuka sampai ke lewat malam. Orang masa tu takdelah ramai mana.


Pada malam tu masih ada lagi beberapa orang yang stay lepak kat area tu. Cuacanya yang sejuk2 suam kuku tu memberikan mood yang terbaik. “Chai! Chai!” Dia jual teh rupa-rupanya budak ni. Perlahan-lahan menghirup teh panas dan makan jagung bakar.

Kami duduk di bangku melihat tersergam indahnya hasil rekabentuk binaan akitek agung Mimar Sinan, sukar digambarkan dengan kata-kata(maybe pasal aku tak reti nak buat ayat hehe). Tenang sesuai dengan mood Ramadhan.

Tapi sambil-sambil duduk tu ada sorang mamat local ni dok ushar kami dari jauh. Aku dah perasan lama, dan akhirnya terbukti dengan Law of Attractions dia datang mendekati kami. Cuba berborak kosong dengan bertanyakan kami berasal dari mana. Member aku ni je la yang dok layan dia. Rupa-rupanya dah agak memang ada niat lain. Dia nak offer bawak kami ke Taksim sebab nak offer ‘ayam’. Tak agak-agak ko bulan puasa adoyai.

Bila kami tanya dia puasa ke tidak, tanpa segan silunya dia mengaku yang memang dia tak berpuasa dengan alasan paling tak munasabahnya iaitu cuaca yang panas. Secara spontannya aku tergelak, summer kat italy lagi panas la bro. Puasa dari 400 pagi sampai ke 830 malam disebabkan time summer hari siangnya panjang. Dari Istanbul yang cuacanya cuma sekitar 21°C je. So kami tolak baik-baik dan cakap maybe next time kalau bukan bulan Ramadhan hahah gurau jer


Okay ini juga gambar-gambar lain pada malam pertama aku di Istanbul.




Sampai sini saja, nanti kita sambung lagi.
1 Muharam 1432 H.

2 comments:

Anonymous said...

best2!!..lagi2???!!!..:D

Akie Jack said...

hahaha... mana ko ilang eh