Followers

Sunday, December 26, 2010

Istanbul Winter Trip - Day 1

Aku tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha sekitar jam 10.30pagi waktu Turki setelah 5jam perjalanan bersama FlyDubai Airline. Sepanjang 5jam tersebut aku luangkan masa dengan tidur kerana malam sebelumnya aku tidur agak lewat kemudian bangkit di pagi hari pada jam 4. Kebanyakan penerbangan low cost di Istanbul akan mendarat di Lapangan Terbang Sabiha yang terletak di bahagian Asia Istanbul. Manakala bagi penerbangan utama lain pula akan mendarat di Lapangan Terbang Attarturk yang terletak lebih dekat dengan kota Istanbul.

Setibanya kami di Airport Sabiha, tanpa perlu beratur untuk mendapatkan visa, kami melalui kaunter semakan passport. Biasanya mereka akan terkeliru dengan Name dan Sir Name, berbanding yang tertera pada passport dan pada data di computer mereka. Biasanya kalau petugas kaunter orang Islam, aku rasa dia takkan terkeliru macam ni, tapi minah ni bole jadi jugak beragama Kristian kot. Mohammad Zaki bin Moammad Amin. Mana satu ‘Name’ dan mana satu ‘Sirname’. Senang je aku reply cakap Mohammad Zaki is my Name dan bin Mohammad Amin is my dad’s name. Sambil tersenyum lagi aku cakap, “My Name Is KhAn, and I’m Not a Terrorist”. Okay, itu nasik tamba aku jer ya. Dan selepas aku selesai, turn member aku plak sambil tersenyum dia ikot skrip yang sama macam aku haha


Welcome to Istanbul!

Oh belum sampai lagi. Keluar saja dari airport, masa tu aku masih tercari-cari lagi solution untuk ke hotel kami di SultanAhmet Square. Aku ada mendapatkan maklumat dari receptionist hotel berkenaan options yang ada. Aku copy je email yang dia reply k


Here are the transportation alternatives from Sabiha Gokcen Airport:

a-HAVAS bus Service to Taksim (13TL)+ Funiculer to Kabatas (2TL + Tram to Sultanahmet (2TL) (takes about 150 min. and costs 18 Eur for two persons)

b-HAVAS bus Service to Taksim+ Taxi to Sultanahmet and Hotel (takes about 120 min. and costs 26 Eur for two persons)

c-Public bus (Bus no: E10) to Kadikoy + Boat to Eminonu + Tram to Sultanahmet. (Takes about 150 minutes and costs 6 EUR for two person).

d- Private door to door pick-up service. Takes 60 minutes and costs 55 EUR.

d-Taxi costs about same with pick-up but the drivers usually drive longer way to charge more. We never suggest.


Melihatkan kos yang terlalu mahal tu, aku tergerak hati untuk cuba dengan option b pada mulanya. Tapi bila jalan-jalan, ternampak kaunter pertanyaan berkenaan hotel dan bus shuttle. Rupa-rupanya aku boleh ke sana dengan shuttle bus(macam van), dengan hanya 30lira seorang. Senang tak payah susah-susa nak tukar ambil train, bus dan teksi segala bagai. Ni terus dia hantar ke Hotel masing-masing. Setelah tunggu kira-kira 20minit macam tu, kami pun bertolak bersama-sama 6orang penumpang lain.

Cuaca pada ketika itu memang tengah hujan renyai-renyai. Suhu dalam 14 deg C ditambah lagi kedinginannya bila angin bertiup. Jauh juga rasanya perjalanan nak ke SultanAhmet tuh. Kawasan Asia Nampak gayanya dipenuhi dengan bangunan-bangunan kediaman dan amat ketara berbanding apa yang aku lihat di sebelah Eropah Istanbul. Itu pasal yang membuatkan member aku rasa “Aku tengok macam kat Malaysia lagi je”. Haha dari Dubai sampai ke Istanbul katanya dia masih rasa macam di KL. Yelah apa yang dilihat Cuma deretan bangunan-bangunan tinggi yang saling tak tumpah macam apa yang ada di Malaysia. Tunggu saja bila kita sampai di SultanAhmet Square nanti.

Keterujaan bermula setelah kami menghampiri sebuah jambatan yang dinamakan Jambatan SultahAhmet.Merupakan salah satu daripada dua jambatan menghubungkan bahagian Asia dan Eropah Istanbul. Pemandangan yang sangat mengagumkan. Ini juga merupakan kali pertama buat aku melalui jambatan tersebut. Jalan punya jalan, rasanya hampir satu jam setengah jugak la nak boleh sampai ke SultanAhmet Area tu. Kalau korang sewa hotel di kawasan SultanAhmet tu, jangan terkejut kalau taxi driver bawak kereta cam gila babi haha. Sebab jalan kat area situ memang sempit dan kadang tu curamnya melampau. Tapi jangan risau, mereka ni professional dan amat terlatih sekali. Pengalaman membuatkan aku yakin sekali dengan skill mereka. Ternampak jugak hotel yang aku menginap sebelum ni iaitu hotel Hagia Sophia yang terletak berdekatan dengan area yang sama.

Hotel yang aku booked tu memang kecil jer. Tapi yang membuatkan harganya mahal sebab kedudukannya yang terletak dekat dengan SultanAhmet Square. Lagipun bagi aku ini pun dah memang cukup baik, duduk B&B pun aku tak kisah. Hotel Ida ni hanya ada 7bilik sahaja. 3tingakat dan tingkat atasnya untuk ruang café waktu sarapan pagi.Perfetto! Lepas mandi dan solat, punggah-punggah barang, kami pun segera ke luar pasal perut masing-masing dah kebulur tahap Maria Tunku Sabri JJCM. Ada satu restoran yang terletak bersebelahan dengan Seramic Bazaar (tepiBlue Mosque). Aku suka tengok kain alas meja yang mereka gunakan, memang la Nampak Turki sangat. Order makan kebab dan secawan chay(teh) la apa lagi kan.



Teh panas sampai dengan cawan yang kecik. Unik bukan! Tapi rasanya kalau di Malaysia mesti pelanggan-pelanggan dah mengamuk sebab cawan kecil sangat. Cuaca sejuk masa tuh, sebab hujan renyai-renyai. Dapat bau teh panas dan pegang cawan kaca yang panas tu pun dah cukup untuk memberikan sedikit rasa suam kat aku.

Tengah tnggu-tunggu makanan sampai, datangla kucing sekor dua. Comel-comel dan gemok-gemok semuanya. Kat Istanbul ni memang bersepah kucing-kucing sihat. Entah datang dari mana tapi nampak gayanya memang ada yang menjaga makanan dorang ni. Duduk di tepi meja seakan-akan menunggu kami mencapakkan makanan pada mereka.

Member aku ni memang la pencinta setia kucing. Tapi kalau aku pulak, kucing yang cintakan aku hahaha Kat mana kami jalan-jalan pun, mesti ternampak sekumpulan kucing gemok ni. Merayau-rayau jadi tumpuan. Pelayan restoran ni macam biasalah bersikap ramah dengan semua pelanggannya. Tak kiralah ko dari ceruk benua mana pun, mereka akan bagi layanan sama rata. Dengan itu, korang tak perlu risau sebab mereka takkan bersikap biased pada mereka-mereka yang berwajah Asia. Konnichiwa! Itu yang pelayan restoran ni ucapkan pada member aku. Yelah mata sepet macam tu orang sangkakan dari negara matahari terbit, tapi dua kali pandang dah macam warga Vietnam haha. Layanan orang sana jauh berbeza dengan apa yang aku rasa di UAE ni.



Selesai melantak, kami meneruskan perjalanan. Melalui seramic bazaar tersebut, aku terlihat pada kedai yang sama aku pergi pada tahun lepas. Tempat aku beli cincin dan barangan perhiasan untuk ahli keluargaku. Muka mereka berdua masih lagi aku ingat, pasal aku dan kawan aku dulu banyak mintak tawar harga dengan dia untuk barang yang aku beli. Mereka memang peramah. Aku pernah berjanji dengan mereka, InshaAllah kalau dia bagi aku discount yang aku mintak tu, aku akan kembali ke kedai mereka. Dalam hati, takpelah mungkin aku akan pergi di lain hari saja.

Selepas beberapa tapak berjalan, kami pun sampai di Sultan Ahmed Square yang menghadap Blue Mosque dan Hagia Sophia. Apa yang aku boleh cakap adalah menakjubkan. Hari pun dah makin gelap, sebab winter makanya maghrib masuk lebih cepat. Kami masuk ke Blue Mosque. Ternampak sekumpulan remaja Malaysia sedang sibuk ambil gambar di bahagian depan masjid tersebut. Dan salah seorang dari mereka merupakan seorang pemuda yang dari awal tersenyum menyapa kami. Dorang ni tengok gaya pun dah taulah student. Semuanya dari Czech Republic yang memang tak sah lagi study medic kan. Kami terjumpa mamat ni 3kali jugak lepas tu. Ternampakla kelibat dia bersama isteri.


Selesai ambil gambar dan solat maghrib dalam Blue Mosque tu, kami keluar dan sempat minum chay secawan. Dan aku bawa member aku ni untuk tengok-tengok di Hippodrome Area. German Fountain dan peninggalan struktur Hippodrome yang lain. Ada orang jual focchacia, macam roti canai la kira tapi dalamnya ada cheese. Panas2 makan sambil minum teh memang mak mertua lalu pun buat xtau.


Tengok Machine ATM mereka yang diletakkan tepi jalan macam tu jer. Kata member aku, kalau buat di Malaysia ni mau kena tarik abes smua dah haha

Terus berjalan, kembali di tepi Hagia Sophia, ambil2 gambar. Dan lepas tu kami berjalan dia kedai-kedai di sebelah laluan tram di station SultanAhmet. Mencari kedai alatan eletronik untuk beli card reader untuk kamera member aku ni.
Kami teruskan perjalanan sampai di sepanjang kedai tu. Di mana-mana mesti ada Turkish Delight punya kedai, dan macam biasa aku memang akan beli punya. Yang favourite aku yang banyak2 kacang tu. Cukup 6keping untuk merasa jer.

Lepas tu jalan punya jalan lagi ternampak gerai yang jual jus segar buah limau dah buah delima. Tanpa teragak-agak kami beli jus buah delima tu. Tak silap aku hampir 4biji jugak diperah untuk satu cup, tanpa dicampur dengan air masak. Masam-masam manis rasanya. Kalau korang pernah baca buku mengenai Sultan Muhammad Al-Fateh, kan ada kisah dimana ketika baginda berasa kurang sihat, dan baginda teringin sangat minum jus buah delima. Itu sudah cukup membuktikan buah delima merupakan buah yang banyak memberi zat pada tubuh badan kita. Tapi mungkin juga ada yang tak tahan dengan rasanya yang begitu masam.

Mamat ni aku nak amek gamba jus tu dia dan2 pose plak hehe sporting kan dorang

*Ada di antara gambar2 ni snapped by member aku.




1 comment:

Maya Dhira said...

salam haiii sy br jmpe ur blog...istanbul mmg sy admire dr duluuu lg...ingt nk wt backpakers ke sane...dgn rujukan awk ni insyaallah sikit sebanyak dpt membantu... =)