Followers

Tuesday, December 28, 2010

Istanbul Winter Trip - Day 2 (Part 1)

Hari kedua di Istanbul. Aku mulakan pagi haritu dengan bangun agak awal. Macam biasa aku memang jarang bangun lambat. Lagi-lagi pulak masih terikut-ikut waktu di UAE. Sempat layan video kat youtube. Rancangan Oh Yeah arahan Aflin Shauki memang mencuit hati sehingga secara tak sengaja mengejutkan member aku yang lena tidur walaupun waktu Malaysia masa tu dah tengahhari pun. Selesai solat subuh. Aku berhengah-hengah tengok gambar-gambar yang aku snap sehari sebelumnya. Kami segera siap untuk keluar kerana pagi tu cuaca nampak cantik giler. Matahari baru nak muncul tiba. Menghadap laut pulak tu memang cantik giler. Aku nak abdikan keindahan Tuhan tu dalam bentuk fotografi tapi disebabkan skill dan teknik penggunaan SLR yang terbatas, hasil gambarnya nampak biasa jer. Rasanya moment yang ada dalam kepala aku sekarang lebih mahal dari apa yang cuba diterjemahkan dalam foto. Aku share ini gambar kawan aku snap k. Sampai panjat ke luar tingkap dia nak dapatkan shot terbaik. Masa tu kami di tingkat paling atas iaitu cafe hotel tersebut. Nak breakfast kat hotel mula jam 8pagi. Makanya kami keluar awal dulu.
Belum beberapa tapak jalan aku dah lapar haha. Ternampak pakcik jual roti kat tepi jalan tu. Mau tak beli. Ingatkan manis, rupanya kosong jer. Tawar jer rasa, so cadang nak makan cicah roti kalau jumpa restoran nanti. Tapi disebabkan isi rotinya yang lembut tu, slow2 kunyah habis terus tak sempat nak cicah-cicah dah haha. 1lira je sekeping. Aku tengok ada orang tadi tu beli sampai 8keping untuk breakfast. Sementara member aku tengah setting camera dia, aku pun cubit roti dia.


Tengah testing camera tuh, ada seorang pakcik local bawak dua ekor anjinya yang bertali. Punyala besar anjing tu, dia tersenyum sebab kami macam menjauhkan diri bila ternampak anjingnya. Dia behrhenti dan ambil tersenyum mesra dia tanya “ Thailand?”. Haha Aku tergelak jugakla. Kadang-kadang geli hati tengok bila dorang cuba teka kami ni dari negara mana. Ni mesti pasal dia tengok muka member aku tu. Lalu kami kenalkan diri dari Malaysia. “Nikon. Canon”. Sebab aku pakai Canon dan kawan aku Nikon. Tak cakap banyak kan, tapi dari cara dia senyum pun kita boleh agak dia sangat menyambut kedatangan kami di sana. Dia berlalu setelah ucapkan “Enjoy your vacation!”


Dalam masa tu ada sekor kucing menghampiri kami. Kesian sebab matanya buat sebelah. Dia asyik ikot je aku, aku cubitla roti tu langsung dia xheran hehe

Belum banyak restoran yang dibuka pada waktu tu, takdela macam kat Malaysia pagi-pagi dah dapat merasa teh tarik dengan roti canai kan. Jalan punya jalan, langit masih nampak mendung tak pasti nak hujan ke tidak. Blue Mosque di sebelah kiri dan Hagia Sophia di sebelah kanan. Berjalan menuju ke Hippodrome area dan ada satu kedai makan yang dah bukak. Order secawan teh. Pakcik tu tak cakap english la pulak bila aku nak tanya pasal sarapan pagi. Maybe orang biasa datang minum jer kat situ pasal tu bila aku order breakfast set macam lambat jer boleh nak siap. Macam nila caranya dorang bersarap, sihat walafiat dengan sayur-mayur je huhu.

Dalam pada duduk tu, matahari makin menyinar. Cantik sikit nak snap gambar. Ada beberapa orang yang datang menaburkan makanan untuk burung merpati tu. Kanak-kanak berlari mengejar burung-burung yang takkan berganjak dari situ.
Selesai sarap kami ke Hagia Sophia. Nampak signal ‘Entrance’ tapi aku cam confused pulak mana nak masuk sebab pintunya ditutup. So kami jalan di tepi Hagia Sophia dan dari jauh ternampak sekumpulan kucing-kucing lagi.

Semuanya sihat dan tembam. Tapi ada sekor yang mencuri tumpuan. Banyak kucing-kucing lain merayau-rayau di bawah tapi kucing hitam sekor ni maintain duduk kat tepi pagar. Karektornya yang nampak garang sesuai dengan rupanya seolah-olah nampak yakin bahwa dialah yang tercantik antara kucing-kucing lain haha. Hitam pekat. Menyedari aku dah tersalah jalan so kami berpatah balik ke bahagian depan Hagia Sophia. Tanya guard rupa-rupanya tutup pada hari Isnin


So aku pun ajak member aku ke Basilica Cistern(Yerebetan Sarnici) dengan bayaran 10lira. Ini sangat-sangat menarik. Bagaikan berada dalam sebuah istana Kerajaan Rome. Di atasnya penuh dengan kereta, tramp, dan bangunan sana sini. Tapi di bawahnya pulak merupakan moment yang mampu membawa kita seolah-olah berada ke zaman silam. Siapa sangka struktur bawah tanah yang sekukuh dan secantik ini adalah merupakan tangki simpanan air yang dibina pada.... Mengikut sejarah, Turki atau lebih tepat Istanbul sendiri telah menerima runtuhan teruk akibat fenomena gempa bumi. Kedudukan Istanbul sendiri yang jelasnya terletak pada dua benua iaitu penghujung benua Eropah dan Asia. Pertembungan di antara kedua-dua plate tersebut menyebabkan, sebarang geseran dalam skala kecil sekalipun akan memberikan impak gempa bumi yang teruk. Pasal tu banyak struktur atas tanah telah runtuh teruk dan yang paling ketara adalah Hippodrome. Hagia Sophia turut sama terjejas satu masa dulu dan telah dibaikpulih. Tapi persoalanya kenapa stuktur bawah tanah macam Basilica Cistern ni masih berdiri tegak beribu-ribu tahun lamanya. Masa belajar Seismic Engineering dulu, ada jawapan relevan untuk persoalan terebut ;) Thanks Prof Dr Azlan Adnan.

Kerajaan Byzantine telah membina sebuah Aqueduct yang digunakan untuk menyalirkan air ke Constantinople(Istanbul) dari sebuah kawasan bukit yang terletak beratus-ratus kilometer jauhnya. Nanti kita cerita lanjut berkenaan The Aqueduct of Valens ni. Setelah menyedari saliran air berterusan membuatkan mereka tiada stok simpanan air, Kerajaan Byzantine tersebut telah membina sebuah kawasan takungan air bawah tanah yang disokong dengan ratusan tiang konkrit yang solid. Takungan ini masih digunakan sehingga beberapa tahun penaklukan Kerjaan Turki Uthmaniyah dan kalau tak silap aku Sultan Muhammad Al Fateh yang bercadang untuk menghentikan penggunaannya kerana menguatiri tahap kebersihan air yang ditakung terlalu lama. Sistem saliran yang lebih teratur dibina pada ketika itu. Ianya ditutup sehinggalah….


Beratus-ratus tahun setelah itu, ada seorang ahli arkeologi dari Perancis yang ternampak beberapa rakyat tempatan kencang menjual ikan segar di tengah-tengah kota Istanbul. Lebih menambah keraguannya bila peraih tersebut memberitahu yang mereka menangkap ikan dari sebuah perigi berhampiran. Dia menghampiri ke ‘perigi’ tersebut dan ternampak ada macam pondok kecil yang pintunya sudah dikunci dan tak dibuka sekian lamanya. Dengan kebenaran dia buka pintu uzur tersebut dan amat mengejutkan bila ternampak seakan anak tangga untuk turun lebih bawah. Gelap tanpa sebarang cahaya. Dengan menggunakan lampu suluh di tangan.. wallla! Inilah dia Basilica Cistern yang mampu kita lihat pada hari ini!

Ada sebanyak 336 batang tiang kesemuanya. Dari binaan tiang pun kita dah boleh nampak jelas pengaruh senibina Roman kan. Tapi dalam banyak-banyak tiang tu, ada satu tiang yang agak berbeza sikit. Dan jalan hingga ke hujung kita akan dapat tengok kepala Medusa yang digunakan sebab asas kepada dua tiang berkenaan. Perasan kan lambang Versace. Mengikut kisah mitos Greek, Medusa seorang wanita cantik dengan rambut panjangnya yang telah disumpah bertukar menjadi ular. Mana-mana lelaki yang melihat ular-ular pada kepalanya tu akan bertukar menjadi batu. Korang ada tengok kan filem Clash Of Titan kan. Dua kepala Medusa, satunya diletak secara meingiring dan satunya lagi diletak secara terbalik. Ramai yang cuba mentafsirkan apa motif kepalanya diletak sebegitu rupa. Kalau ikot logik teknikalnya dah tentulah pasal nak memenuhi ketinggian yang ada kan. Secara spiritualnya, jelas Gorgon Medusa ni digunakan sebagai pelindung bagi bangunan-bangunan mega ketika zaman itu... Muzik Beethoven dan seangkatan dengannya dimainkan untuk menambahkan feel.


Untuk mendapat tuah, anda digalakkan supaya menonggeng dan mengambil gambar secara terbalik seperti kepala patung Medusa tersebut. Lihat sahaja aksi ini. (Jangan tiru sebab aku rasa dia sorang je dalam dunia ni yang buat macam tu haha)

All pics by aremertuxusa@yahoo.com

4 comments:

lat'z said...

gamba last tu mahal kot hahaah amir...amir... =D

Akie Jack said...

hahaha mahal kan lat. klau jual msti laku nih

azmietaha said...

Menarik...struktur bangunan lama masih kukuh wlu dah byk kali digegar gempa bumi!

-iman enta di Istambul ada gegar ka? heheheee!

Akie Jack said...

bro Azmi. gegarrrr.. mau xgegar, tpi blum smpat runtuh la kot hehe