Followers

Monday, December 27, 2010

Secawan Kopi Di Petang Hari

Sambil berdiri memegang secawan kopi, seorang diri aku melihat gelagat beberapa warga Pakistan yang sedang menggali tanah di tapak pembinaan bersebelahan bangunan pejabat aku. Tertanya-tanya jugakla kenapa mereka setia sangat dengan pakaian tradisional dorang, Sharwal Khamees tu. Even untuk kerja buruh pembinaan. Kan lagi selesa nak menyangkul kalau pakai tshirt and jeans kan. Di area office aku ni baru lepas hujan, tapi takdelah lebat mana. Syukur sebab beberapa hari sebelum ni agak panas berbanding sebelumnya. Teringat akan status FB seorang kenalan yang katanya solat hajat dibuat di masjid UAE untuk meminta turunnya hujan. Alhamdulillah.

Sambil menggoncangkan cawan kopi aku secara perlahan-lahan, dalam kepala cuba merewind kembali apa yang telah aku baca di office sepanjang hari tadi. NORSOK Standard. Untuk masa ni memang tak ada real project sangat. So update la mana patut kan. Dah petang-petang macamni memang tak boleh nak sambung baca. Nak merokok aku takde feel walaupun dah cuba beberapa batang sebelum ni. Memang tak ada yang sekepala nak ajak berborak untuk coffee break. Yang tua-tua ni asyik berbual pasal anak bini jer, lagi pulak dorang berborak dalam bahasa Arab. Kalau yang India plak susah sangat la nak nampak lepak kat bawah ni. Tengah cuba nak keluarkan BB aku, tiba-tiba ada seseorang menyapa salam dengan memegang bahu aku dari belakang. Muhammad dari Mesir yang juga satu company tempat aku kerja.

Borak punya borak, rupanya dia 2tahun lagi muda dari aku. Mechanical Department. Egyptian yang dilahirkan di Kuwait. Nampak gayanya dia pun lebih kurang aku, kerja ada dan takder jer. Dia tanya la sebab dah lama xnampak aku solat berjemaah kat surau bangunan kami. Yelah seminggu aku bercuti ke Istanbul kan. Masa mula2 sampai dulu memang aku berkenalan dengan hampir semua orang kat office tu. So dorang memang cam aku dan lagi pulak dorang ni suka sangat dengan Malaysia. So aku ceritala aku pergi bercuti ke Istanbul.

Memandangkan Januari depan merupakan genap dua tahun dia bekerja di UAE ni, jadi aku tanyala pengalaman dia bekerja di sini. Suka ke tak? Jawapannya tepat tak. haha. Mungkin exposure utk field dia xbagus sebab banyak buat kerja proposal kan. Itu kalau dari segi syarikat la, kalau ditanya secara umumnya bekerja di UAE. Dah tentulah dia prefer kerja di negara sendiri kan. Tapi memandangkan offer yang lebih baik di sini, so dia stay la. Aku tanya lagi, apa dia buat time waktu lapang, jawabnya habis kerja pergi gym dan kemudiannya ke masjid. Ya memang aku tengok dia ni antara yang akan sampai paling awal tiap kali nak solat jemaah, dan kemudian dia mengaji Al Quran. Pergi masjid dan Al Quran la yang membuatkan dia hidup kata pemuda dari Cairo ni. Kami juga ada beberapa persamaan pendapat mengenai UAE ni. 'Like a body without a soul' itulah paling tepat rasanya. Kosong. Ada yang kurang aku rasa kat sini. Aku bosan melihat keangkuhan orang-orang di sini. Perasaan ini mungkin berbangkit setelah aku melihat sesuatu yang lebih indah di Istanbul baru-baru ini. Entahla, perasaan yang naik turun, kadang tu. Member aku yang datang ke sini dalam dua ke tiga hari pun dah boleh dapat feel yang sama dengan terus terang mengatakan "Kie, aku tak gemar la tempat ni". Tapi apakan daya, inilah tempatnya aku mencari rezeki dan InshaAllah ada peluang buat mereka yang sabar kan.(nak sedapkan hati hehe).

Muhammad menambah lagi, dia akan ke Malaysia pada tahun depan. Dah siap beli pakej hotel pon. AED6k untuk 3minggu, so dia boleh pilih samada ke Malaysia, Singapore, Indonesia dan Thailand. Hatinya berat untuk menjejakkan kaki ke Malaysia. Sebab katanya dia banyak mendengar berita mengenai Malaysia sampai menggelarnya 'legend'. Haha tergelak jugak aku. (Dalam kepala ni masih teringat masa kat kaunter semakan passport, bila Emirati tu sebut Malaysia No. 1). Dia ada menonton dokumentari oleh Al Jazeera mengenai masjid di Malaysia yang digunakan lebih dari sekadar tempat bersolat. Ada pengurusan teratur, perpustakaan, aktiviti2 seperti berkhatan, akad nikah dan macam-macam lagi. Ah2 kan baru aku perasan, masjid kat sini betul-betul untuk solat, nak ada acara sembelih untuk korban pun jauh sekali. Katanya lagi, dia ada terbaca penulis tempatan seakan menyindir kerana nak cari nombot telefon masjid kat sini pun tak ada. Walaupun tak semua masjid kita seteratur yang dicakapkan tu, tapi aku rasa masih ada benarnya kan. Bila aku tengok dia kagum sangat dengan Malaysia, dalam kepala pun terbayang-bayang pasal kes jenayah yang semakin menjadi-jadi sekarang ni kat sana. Malas aku nak panjang cerita, harapnya dia seronok la trip ke Malaysia nanti. Dan aku sendiri pun akan ke Mesir jugak satu hari nanti. InshaAllah.

Masuk maghrib di sini sekitar jam 5.45 petang dan Muhammad la yang mengazankannya.

1 comment:

Syaratul Ain Mohd Khalid said...

salam wbt..
cik ape yg menarik kat istanbul...sampai rs mcm tu?