Followers

Monday, January 3, 2011

Hantu Kak Limah Pakai Jubah

Minggu lepas aku lepak minum kopi dengan Ben. Malam pada sambutan newyear. Dia memang nak celebrate dengan tunang dia, tapi dia ajak aku lepak dulu. Dia tau aku mesti sorang-sorang malam tu. Macam biasa dia minum espresso dan aku mineral water. Dia macam biasa banyak cakap pasal kerja dan life dia sepanjang seminggu tuh. Cerita pasal tunang dia hehe. Aku banyak dengar dan senyum dan kadang-kadang kepala aku ke lain jugak. Aku nampak kapal terbang melintas tinggi kat langit sana, berharap kapal terbang tu akan turun dan berhenti seketika untuk bawa aku pulang ke Malaysia. Dan Ben terus tanya "Are you okay Zack?" sebab melihatkan aku macam khayal ke lain. Aku dengan confidentnya jawab aku okay, cuba menipu diri sendiri. Mestilah aku kena cakap aku okay. Takkan nak bagitau aku nak balik Malaysia dan tak tinggal sorang-sorang macam ni. Sambil tersenyum cuba mengcover perasaan aku tuh, aku tuang air mineral ke gelas walaupun gelas tu masih separuh penuh dengan air. Dengan spontannya dia menegur "Hey Zack! Look at your hand. Why are you shaking like that?" Dan aku baru sedar rupanya benda ni memang tak normal. Aku dah perasan lama yang tangan aku agak terketar dan jari-jari aku kadang tu kebas. Rasanya ini hasil terlalu banyak mengadap komputer, menaip di keyboard, pegang mouse dan xlupa blackberry aku. Rasanya tangan aku jarang berehat. Memang kadang tu terasa lenguh. Bila depan colleague, mereka mintak aku luruskan tangan aku dan sangat ketara nampak vibration tak ubah macam vibrate hp dalam poket seluar. Ataupun macam badan ahseng bergegar tiap kali dia berdengkur. Ushh sangat mengerikan! Teringat pada kawan kepada kawan aku yang terlantar di hospital akibat pembedahan di pergelangan tangannya. Kesan dari terlalu banyak menggunakan komputer, dia bekerja sebagai design engineer jugak! Seksa sangat nampak sakitnya tu. Kena buang urat apa entah aku dah lupa. Moga aku dijauhkan dari penyakit tersebut. Esok kalau free pergi check doctor tapi dan2 la aku banyak kerja minggu ni.

Hantu Kak Limah Pakai Jubah
(haha rasanya model ni tak baca kot)

Rasanya mungkin dalam beberapa hari ni akan lebih banyak spend time untuk blog satu lagi iaitu http://jubahsouq.blogspot.com/. Blog untuk Jubah Dubai. Banyak yang perlu diupgrade sebenarnya. Alhamdulillah beberapa hari lepas kami telah selesai sesi pertama untuk photoshoot koleksi jubah kami. Hasil kerjasama terbaik dari geng bebudak Selayang. So gambar di atas tu adalah salah satu dari gambar di sebalik tabir pembikinan Jubah Dubai Souq Photoshoot. Cantik kan! Dijangka mengalahkan Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dengan kutipan pecah panggung melebihi RM40 Juta! whoa!


No comments: