Followers

Thursday, January 6, 2011

Istanbul Winter Trip - Day 3 (Part II)

Setelah kenyang mengisi kekosongan perut, kami teruskan perjalanan menuju ke Masjid Sulaiman(Suleymani Cami) yang aku sendiri pun tak pasti mana satu lorong yang perlu kami ambil. Tapi aku pastila yang masjid tu dah dekat dengan area tu jugak. Jalan sempit yang bercuram. Di kiri kanan dipenuhi dengan deretan kedai. Kereta yang lalu keluar masuk menambahkan lagi kesesakan jalan tu. Tiap kali aku jumpa lorong yang aku sendiri kurang pasti, dengan memegang map di tangan aku bertanya arah jalan pada orang yang ada berhampiran. Tak payah susah-susah sangat nak check map, tanya orang kat situ lagi cepat haha Member aku masa tu dah termengah-mengah kat belakang pasal jalan berbukit. Lagipun baru lepas makan kan. Aku steady jer lagi kot time tu.


Tengah-tengah jalan tu, ada sorang pemuda Turki datang menghampiri kami. Aku dah nampak dia pegang bungkusan plastik yang ada barang di didalamnya, jadi dah boleh agak dia nak jual barang. "Konichiwa! Are you from Japan" "No. We're from Malaysia" Sambil mempercepatkan langkah jalan aku cuba menjauhi dia. Dia cuba mendekati member aku pulak sebab nampak steady dan senyum jer. Rupa-rupanya jual perfume. Katanya black market, original la konon. Dia sebut brand-brand macam Hugo Boss, Armani dan apa lagi entah. Member aku reply dia pakai CK Be. Dah tentulah xjual. Puas kami cakap xnak, dia tetap ikot kami jalan sampai orang lain pun dok tengok jer kitaorang. Siot betul. Siap dia bukak satu kotak perfume tu nak suruh kami test bau. Aku cakap xnak la, kang xpasal-pasal dia bukak aku kene bayar. Dia dok ikot jugak. Tak reti bahasa pulak budak nih. "Can you please excuse us? We are going to the mosque for prayer. So please do not stop us ok" Aku menggunakan alasan solat agar dia berhenti mengekori kami. Dan memang dia pergi. Tapi dang ada kisah sambungan untuk mamat nih. Dang! haha


Jalan punya jalan. Ternampak minaret(menara azan) tinggi berdiri di sebalik sebuah tembok. Dan tepat pada waktunya azan pun berkumandang menandakan masuknya waktu solat asar di kawasan Istanbul dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya. Tapi masa tu kami ke tandas dulu, dah tak tahan sangat nak terkucil. Kena bayar 1lira nak guna tandas, tapi memang berbaloi sebab bersih dan sistem lubang jamban pun agak berbeza dari lazimnya hehehe... Sementara menunggu turn member aku plak masuk tandas, aku lepak tepi tangga masjid tuh. Sambil memegang kamera, aku duduk tengok pemandangan hijau di tepi masjid dan memerhati orang yang lalu lalang. Matahari memancar terik tapi pandangan aku dibayangi pokok besar yang ada di situ. Rasa macam nak baring jer tepi tangga tuh sambil layan mendongak tengok langit.




Jangan pelik tengok, orang laki kat sini kalau berjalan dengan kawan dia mmg suka pegang tangan macam tu. Tapi bukan gay tau hehe

Masjid-masjid kat sini macam biasa la, tempat berwhuduknya kat luar dan tiada laluan khas dari situ ke ruang solat dalam masjid. Jadinya nak ambil whuduk dengan berkasut memang agak memakan masa bagi kami yang kurang biasa. Dahla cuaca sejuk, air pun macam beku jer heehe.



Masjid Sulaiman ini dibina sewaktu zaman pemerintahan Sultan Sulaiman (Süleyman the Magnificent) yang menyedari bakat kebolehan arkitek baginda pada zaman itu iaitu, Mimar Sinan. Kalau diperhatikan struktur bangunan masjid ini menggabungkan elemen senibina Islamik dan juga Byzantine. Binaan satu kubah besar di tengah-tengah dan dikelilingi kubah-kubah kecil lain disekelilingnya tak ubah sama sekali macam Hagia Sophia bukan. Pada trip yang sudah aku tak dapat tengok masjid ni pasal tengah renovation. Jadi peluang pada kali ni memang tak disia-siakan. Kelihatan di pintu masuk tak berapa ramai pengunjung seperti di Blue Mosque. Mungkin pasal kedudukannya di atas bukit dan agak jauh dari SultahAhmet Area menyebabkan tak ramai yang ke sini.Hiasan yang ada pada kubahnya memang menyerlah dengan warna merah keorenan. Hamparan karpet merah dan lampu chandelier tak ubah macam Blue Mosque. Interior decoration dengan jelas sekali menggunakan Iznik tiles. Kami solat asar dan kemudiannya ambil gambar di sekeliling. Wanita hanya dibenarkan masuk hingga disebalik pagar tersebut agar menghormati ruang solat bagi lelaki. Ada jugak dua ke tiga orang makcik yang masuk ke ruang solat lelaki dan ada guard yang akan minta mereka keluar.





bahagian mimbar masjid

Lepas selesai ambil gambar kami pun keluar, masa tengah pakai kasut tu ada beberapa pengunjung dari Jepun yang macam teragak-agak nak masuk ke tidak. Kejap dia buka kasut, kejap dia pakai balik. Kami berjalan keluar dari pintu tembok masjid tersebut dan ada seorang warga Turki dengan pakaian tradisionalnya memikul satu tong besar macam jug air versi gergasi camtuh haha. Aku jalan depan dan bila toleh ke belakang nampak member aku dah pegang cawan dia kasik. Aku dah kena masa 1st trip dulu aku hampir-hampir terkena tapi disebabkan masa tu bulan puasa so xminum la. Cuma amek gambar, tu pun kena bayar, mana ada free2 kot. Dah aku tgk member aku minum dan aku pun amekla secawan jus yg katanya merupakan campuran 5jenis buah tu. Kami snap gmbar dia dan dia tunjukkan demonstrasi bagaimana dari jug dia tu air yang telah dituang boleh disedut balik. Sesudah minum dia mintak bayaran 14 lira! Dang! Terkena. Aku tau la yang kena bayar tuh tapi takdela expect semahal tu untuk secawan jus. So malas nak panjangkan cerita bayarkan aja. Lepas tu maki2gak la dia sebab rasa cam tertipu jer haha. Dang!




All pics by aremertuxusa@yahoo.com


No comments: