Followers

Saturday, January 8, 2011

Istanbul Winter Trip - Day 3 (Part III) - Istanbul Universitesi, Beyazit Square

Seterusnya kami meneruskan perjalanan menuju ke Beyazit Square di mana terdapat sebuah universiti tertua di Istanbul. Dalam 200 meter melangkah kami sudah nampak beberapa kelompok pemuda-pemudi dengan beg galas dan buku di tangan. Maka tak syak lagi yang kami memang sudah menghampiri universiti yang dimaksudkan. Universiti ni pada asalnya adalah merupakan sebuah madrasah yang dibina oleh Sultan Muhammad Al-Fateh pada awal penaklukan Konstantinopel(Tahun 1453). Dan kini semakin berkembang besar sehingga mampu menempatkan lebih dari 60,000 undergraduate dan 8000 pelajar postgraduate setiap tahun. Universiti yang berusia lebih dari 550 tahun ini mempunyai 17 fakulti di 5kampus. Kampus induknya nilah yang kami kunjungi. Bila berjalan di sekeliling universiti ini, kita akan dapata lihat kampus kecilnya juga.
Lepas tu kami ke Beyazit Square dan ke masjid berhampiran. Bersebelahan masjid tu merupakan flea market di mana mereka jual macam-macam barangan terpakai dan barang2 lama macam setem, pin, jam, cincin, medal dan barang perhiasa lain. Even handphone pun ada. Aku memang gila mengumpul pin, jadinya memang borong habis-habisan la. Ada dua orang peniaga. Tapi yang sorang lagi tuh, mula-mula dia display dalam 3keping jer. Last2 dia keluarkan dari plastik dia sebekas penuh. Rupa-rupanya aku memang berkongsi hobi dengan orang kat luar sana. Rambang mata aku jadinya, tapi cuma pilih mana yang rare sajalah sebab bajet pun xbanyak mana kan.



Ini di antara koleksi pin yang aku beli.

Kalau jalan terus lagi, kita akan dapat lihat sebuah kawasan bazaar yang dipenuhi dengan buku. Tak silap aku kebanyakan buku di situ dalam bahasa Turki saja. Sesuai dengan lokasinya yang berhampiran dengan universiti kan. Dan bersebelahan bazaar buku tersebut terdapat sebuah makam Sultan yang aku pun kurang pasti sultan yang mana satu.







No comments: