Followers

Friday, November 12, 2010

Antara Kurma dan Keju

"Hey Stop! What are you trying to do! You cannot take a picture here!"

Aku pun tersentak, tercari2 perempuan manala yang terjerit2 tu. Jerit pada aku ke. Aku tengok pada Ben yang bagi signal untuk aku tengok tepi aku.

"Hey you! delete your pictures!" rupa-rupanya ada 3 orang wanita berpakaian jubah hitam yang duduk bersebelahan selang 3meja aku.

"Im so sorry. But please don't misunderstood. I dont take your picture" berkali-kali aku menafikan mereka masih tak percaya. Orang sekeliling kebanyakan tengah pandang2 aku, yang berjalan berhenti untuk lihat apa yang terjadi. Rasanya dah macam aku buat salah besar sangat je gayanya. Dalam hati aku risau jugak kalau2 mereka panggil polis dan perbesarkan masalah tak seberapa ni.

Mereka bertiga terjerit2 lagi sambil panggil waiter cafe tu untuk ambil kamera aku dan 'delete' gambar mereka. Aku bangun dan tunjukkan pada waiter tersebut yang sememangnya aku xsnap gambar dorang. Waiter tu tengok lebih kurang jer, dan bagitau pada perempuan2 tu yang aku memang tak snap gambar dorang.

Sambil terkumat kamit mulut berbahasa arab, salah seorang dari mereka kasi ayat power kat aku "Hey! Go back to your country and then take picture!" sambil tangannya menunjukkan gerak bahasa 'blah!'

Itulah babak drama yang berlaku beberapa minggu lepas sewaktu aku dan sorang kawan tengah lepak2 nak minum kopi di Qasba, Sharjah. Semua orang memang tertumpu pada aku masa tu. Seolah-olah aku seperti seorang pengganas antarabangsa yang cuba mencuri gula-gula di sebuah kedai basikal. Teramatlah malu. Bengang macam lagu nyanyian Akim AF.


Sebelum datang ke sini pun, aku dah dengar banyak versi kisah2 menyeramkan di negara Arab ni terutama dari Arab Saudi. Kes rakyat Malaysia difitnah wanita tempatan, ditangkap kerana disyaki memandang perempuan dalam lift, diculik lalu diliwat dan dibiarkan di padang pasir dan banyak lagi kisah ngeri yang kawan2 aku taburkan sebelum aku pergi haha Antara percaya dengan tak, aku masih ambil langkah berhati-hati. Tapi terkena jugak akhirnya!

Ana muslim.Ya aku merupakan seorang muslim. Dan sepatutnya aku akan berasa lebih 'secure' berada di sebuah Negara Islam besar sebegini. Malangnya sebaliknya yang berlaku. Saya ambil perbezaan mudah di antara attitude masyarakat di Milan dan Sharjah.


(1)

Milan - Pagi-pagi bila datang office, asal berselisih je saya kami akan ucap "Ciao! Buon Giorno!"

Sharjah - Masuk office, duduk tempat masing-masing. Ada la beberapa orang yang mengamalkan memberi ucapan salam, tapi hanya di surau!


(2)

Milan - Sekiranya berlaku apa-apa yang tidak disengajakan, walaupun perkara kecil sekalipun, mulut mereka tak pernah berat menyebut "Scusa mi/Mi dispiace" (maafkan saya)

Sharjah - Cuba kau masuk masjid, dan bila orang terlalu ramai berhimpit dan kadang kala dengan sengaja terlanggar bahu. Bukan kata nak minta maaf, pandang kita pun belum tentu.


(3)

Milan - Satu lagi perkataan yang lazim keluar dari mulut mereka "Grazie!" (terima kasih). Contoh paling mudah, tiap2 pagi saya ke office, pintu kaca perlu dibuka sendiri dan bila mereka lihat ada orang lain yang juga sudah hampir pada pintu tu, mereka akan tunggu sampai kita masuk. Dan semestinya kita ucap grazie. (Saya terbawa-bawa sifat ni masa mula2 balik bekerja di office KL, bila kita tolong bukakan pintu, dia masuk slumber tanpa pandang kita seolah2 kita ni tukang jaga pintu!)


Sharjah - Situasi dalam lift, dimana saya masuk dari tingkat 3 dan hendak turun ke pejabat saya. Seorang lelaki berpakaian seperti Emirati seolah2 marah kerana terlalu ramai yang menggunakan lift sehingga dia terpaksa menekan butang tutup pintu banyak kali. Jelas dengan muka bengisnya menekan button seolah2 menumbuk2 menggunakan jarinya yang montok tu. Pakai dah macam pak lebai masjid, tapi perangai bodoh umpama keldai!


(4)

Milan - jangan terkejut kalau melihat pemandu kereta berhenti untuk membenarkan kita melintas jalan. Masa mula-mula dulu pun saya berasa jakun bila ini betul-betul berlaku depan mata saya sendiri.


Sharjah - Makin kita nak lintas, semakin mereka pecut. Percayalah, bukan saya je yang cakap macam ni. Mereka dan keluarga mereka pun berpendapat yang sama. Dalam gambar di bawah ni merupakan seorang ibu yang mendukung anaknya ketika hendak melintas jalan. Di bawah panas terik macam ni, dekat 5minit jugalah si ibu dan si anak terperangkap di tengah-tengah jalan raya tu (upps terkantoi plak aku snap gambar mak arab)



Secara jujurnya aku belum banyak bergaul dengan warga tempatan di sini. Semua yang aku tulis di atas tu mengikut pemerhatian aku sendiri. Perkara-perkara yang nampak macam tak penting tetapi sangat mempamerkan peribadi siapa kita sebenarnya. Kenapa ya orang bukan Islam mengambil nilai-nilai yang sepatutnya diamalkan dalam agama kita sendiri. Memang tak semua Emiratis berperangai kasar, sebab kadang2 ada yang datang dari Kuwait dan Mesir jugak. Tapi sinonim kan kalau kita sebut Arab, perkara pertama yang datang dalam kepala kita adalah mereka ni biadab.


Tak guna kalau dibina menara tertinggi di dunia sekalipun, kalau masyarakatnya masih punya pemikiran macam orang gua.


Jadi pilihlah, samada nak rasa manisnya kurma atau sedapnya keju?








4 comments:

Anonymous said...

hmmm...sabo jele...aku dapat rase ko punye bengang n malu tu same bnyak je....:B

adia_anarris said...

bro!! serious sume yg bro tulis tu mmg betul2 terjadi. semua benar tiada yg salah. even kt sini pon, nak lintas jalan tak payah pandang kiri kanan, borak sedap je sambil lintas jalan, blum kite sempat stop kete dah stop lagi awal. bile sampai mesia terus rasa tak selamat n takut nk cross the road.

pasal budaya bukak tutup pintu pun rasa amat kagum. kt sini pon, people tend to tunggu and hold kn pintu bile nampak ade org hampir dgn diorg. kitorg sebagai perempuan rasa sgt dihargai and dihormati ;)

Akie Jack said...

azira... sabau je la ya hehe
Aida... betul betul betul! Tapi just nak share dgn aida, kat milan, skali tu i berhenti tepi jalan tunggu my friend la bukan nak cross. tapi kereta tu stop psal ingat i nak cross.. so nak tak nak.. cross je laa.. fikir2 lawak jer... kalau kat malaysia, selagi boleh dorang xnak berhenti kan

Unknown said...

sama kat jakarta zack.. di jakarta kita org mesti kasih tunjuk tangan kita bila nak cross.. budaya yang patut kita org asia contoh milan tu ya.