Followers

Tuesday, November 2, 2010

Makan di Italia!

Buon AppetitO!

Tadi belek2 gambar dlm BB, tertengok balik gambar2 masa di Cinque Terre, Itali dulu. Bagi aku, itula tempat paling cantik dalam Itali aku pernah pergi. Tenang tengok laut, biru... 'daging salai' pun merata-rata ditepi pantai heheeee.Nanti aku ceritakan pasal Cinque Terre ni lebih lanjut ya.. Sebab malam ni aku sangat la lapar, so aku nak cerita pasal makan. Lepas penat berjalan, mandi manda perut pun terasa lapar.
Lalu la depan area yang penuh dengan restoran ni. Korang pernah bau tak, lobster, sotong dan udang yang dibakar? Aromanya perghhh. lepas tu macam ada bau lemon jugak. Memang menduga kesabaran perut aku masa tu. Aku tanya kawan aku ni, nampak satu restoran ni macam menarik. Aku tengok dia, dia tengok aku. Kami tengok dulu duit cukup ke tidak. Sebab nampak gaya macam mahal je. Tapi, sekali seumur hidup je nak merasa kan hahahha
Okay, aku order spaghetti di mare untuk aku punyaprimo(first meal). ertinya spaghetti seafood. il mare tu maksudnya laut. baunya je pun dah mantap bagi aku. dipenuhi dengan mussel dan ketam. olive oilnya memang cukup2 rasa ditambah dengan wangi dari bau daun bassel.

Kawan aku pulak order, spaghetti di pesto. dihidang bersama zuchini(hampir sama macam timun, tapi isinya lebih ranum dan berjus berbanding timun). Nampak macam simple je kan, tapi rasanya sangat2 sedap. Pesto ni sangat famous di kawasan Liguria ni dan dijual dengan banyak sekali dalam botol secara komersial. Tapi pesto untuk restoran di sini dibuat sendiri dengan resipi tersendiri pemilik restoran ni. Nanti aku akan share macam mana nak sediakan pesto! haha sebab aku dah pernah cuba buat sendiri haritu.

Dan makanan yang seterusnya adalah, calamari atau dalam bahasa melayunya sutung celup tepung(bukan Kala mai tau ). Simple jer masakannya, tapi sotong tu memang segar. Calamari ni banyak je dijual secara froven di Itali, even di Malaysia juga kan. sedia untuk digoreng begitu sahaja. I wish I had my thai chili sos masa makan calamari tuh.



secondo untuk kawan aku pulak, dia order sotong. Tapi yang dicukuk pada lidi dan dibakar. Aku sempat curik sekeping hehehe



Last sekali aku order salad yang aku sendiri tak mampu nak habiskan... burbb Alhamdulillah

Lepas jalan punya jalan, satu lorong yang dipenuhi dengan deretan kedai pizza. Yang syok tuh, biasanya kalau di Milan, kalau nak makan pizza, korang kena order sekeping besar tuh dan habiskan sorang dirik. Tapi kat sini, kita boleh beli per slice.. jadinya dapatla merasa pizza yang macam2 topping di atasnya. Tapi yang terbaik bagi aku, memang pizza con pesto. nampak kan yang hijau2 tu, pesto dan ditambah dengan tomata paste.. dua keping aku bedal ni ;)

Yang gmbar atas ni tokey kedai pizza. Yang besar2 tu bukan pizza, tapi fochaccio. macam piza, tapi tak de topping. dalam dia macam ada butter eh

3 comments:

adia_anarris said...

bile tgk movie eat pray love, tgk julia roberts makan dgn heaven nya dkt rome.. fuhhh. teringin nak gi italy. a dream is a dream until it becomes reality one day.

aida pernah makan italian pizza kt wellington masa last winter. walaupun agak mahal, cost me nzd25 for a pizza, tp sedap gile!! teringt bile nmpk pizza and zucchini tu :P

Akie Jack said...

;memang heaven! belum bukak citer pasal dessert and gelato lagi hehe

i believe 1 day you'll be there aida. Dari ROME ke FLORENCE - PISA - VENICE dan last skali MILANO! =)

adia_anarris said...

omg gelato! best gile! kt sini baru nk blaja makan gelato sorbet sume tu kan.

ameen ameen ameen..
italy is my dream since high school kot. tp aritu tak tersampai pun, stop kt paris je. huhu