Followers

Wednesday, November 10, 2010

Ada Apa Dengan Milano 1


Jejak saja kaki dah terpampang billboard besar ARMANI dengan modelnya David Becham pada satu sudut bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Malpensa Milan . Sebut apa lagi jenama2 lain... Prada, Louis Vutton, Salvatore Ferragamo, Gucci, Tods.. wah2 namanya pun dah 'fashion capital' dunia kan. Makanya kalau nak rasa dihormati kat sana , kena la labur duit sikit untuk imej sendiri. Teringat lagi aku cerita seorang kenalan wanita dari Malaysia yang juga bekerja di Milan. Dia ni kira kerja bagus jugak la dan berpenampilan menarik aka up-to-date juga bagi aku, dan masih bertudung. Pernah sekali tu dia masuk ke sebuah cafe dan terus ke meja order 'un caffe' dan dolce. Tapi waitress tu tak nak layan dia, dan dia pergi pada cashier tu terus untuk order apa yang dia nak. Yang peliknya tu waitress yang sama tadi ikut dia dan seolah2 nak cakap pada cashier supaya jangan layan dia. Sekali, dia pun keluarkanlah dia punya purse LV dan keluarkan duit 100euro. Barulah waitress tadi nak ambil order dia. hahaha cam kejam kan. Pandangan mereka pada orang Asia memang agak skeptikal sikit, terutamanya macam kita orang Melayu macam kita yang mempunyai raut wajah yang sama dengan Filipino. Tapi bila di office, mereka kenal kita semua so tak ada masalah.


Okay, apa yang menarik untuk di Milan ni eh? Boleh kata hampir tiap2 minggu kalau aku tak ke mana-mana, memang aku akan pergi ke Milan dengan kamera aku. Tengok-tengok orang, makan, beli buku dan entah apa lagi aku buat hehe.


(1) Duomo di Milano (Duomo bermaksud katedral/gereja)

Katedral katolik ke dua paling besar di dunia(selepas Seville ) ni dibina pada tahun 1386 dengan senibina stail gothic sepanjang 157 meter. Dan boleh memuatkan kira-kira 40,000 orang. Masuk adalah percuma(takkan nak masuk tempat beribadat pun kena bayar kan haha). Boleh la suka-suka nak tengok. Tapi dalamnya agak gelap, yang aku ingat cuma ada banyak tiang, lilin dan patung2.

Memang sentiasa menjadi tarikan buat siapa2 yang datang ke Milan . Depan Duomo ni pula ada dataran(Piazza Del Duomo) yang biasanya orang duduk lepak dan ambil gambar. Kita boleh tengok orang dari pelbagai negara datang berkumpul kat situ. Tapi berhati-hati dengan mamat negro yang bersepah berjalan2 dekat area tu. Mereka akan offer pengunjung2 kat situ dengan 'friendship bracelet' yang konon2nya macam diberikan secara percuma. Lepas dia dah 'tolong' pakaikan pada pergelangan tangan pengunjung tu, lalu dia pun mintak la duit. Dah ramai aku tengok terkena dengan trick mat2 negro ni. Yang lagi satu tu, bagi makan pada burung, dia akan tarik kita dan letakkan bijirin pada tangan kita. So bila burung2 datang dia tolong snapkan gambar kita. Lepas tu mintak duit, selagi tak kasik selagi tu dia ikut. Kena kat aku aritu, aku cakap aku ada coin 1euro jer. fuuh selamat... yang paling kesian aku pernah dengar orang kasik 10euro untuk secebis bijirin dan 30saat waktu bergambar dengan merpati2 tu. Takper, itu amal jariah namanya bro hehe


Korang juga boleh panjat naik ke atas bumbung bangunan gereja ni untuk lihat pemandangan sekeliling Milan . Boleh pilih samada nak panjat sebanyak 919 anak tangga, ataupun bayar lebih mahal untuk naik lift. Bagi aku kalau nak tengok pemandangan sekitar bandar Milan dari bumbung tersebut, biasa2 je. Apa yang lebih menarik adalah untuk melihat senibina pada menara2 tersebut dengan lebih dekat. Dari situ juga dapat dilihat dengan lebih jelas 'Madoninna' yang merupakan patung disalut emas 'virgin mary' mengikut kepercayaan mereka. Kalau korang pernah naik jambatan Menara KLCC ataupun Eiffel Tower , jadi jangan expect lebih sangat, sebab bangunannya pun bukanlah tinggi mana.



(2) Galleria Vittoria Emanulle

Dibina bermula dari tahun 1865 yang merupakan galeri pertama menggunakan struktur keluli dan kaca. Pada 1867, Giuseppe Mengoni yang merupakan arkitek bagi bangunan ini telah mati terjatuh sewaktu melakukan kerja2 details pada dome bangunan tersebut. Iaitu dua hari sebelum ianya dilancarkan oleh King Vittorio Emanuel. Antara senibina bangunan yang sangat mengagumkan buat aku :)


Pada tengah bangunan ni, ada satu tempat tarikan di mana biasanya ramai orang berkumpul kat situ. Ada satu lubang dengan susunan seramik yang menggambarkan seekor harimau... Pengunjung akan meletakkan kaki mereka pada lubang tersebut dan cuba berpusing sebanyak yang boleh untuk tuah. Lagi banyak putar lagi bertuah la agaknya hehe

Beberapa gambar lot kedai yang ada. Kat sini korang boleh jumpa macam2 jenama fesyen antarabangsa seperti Gucci, LV, Prada, Massimo Dutti, Tods etc. Menarik juga bila tengok semua papan tanda nama butik dan restoran diseragamkan tulisannya termasuklah Mc Donald(tak ada dalam gambar huhu).

View waktu malam. Aku dan Remy.

Nanti sambung lagi eh. aku dah ngantuks! yawnn..

4 comments:

Anonymous said...

nak lagi2 nak lagi!!...hehhe...tak puas bace n tengok gamboo....:B

Akie Jack said...

nak cake! nak cake! haha malam kang aku update lagik eh

adia_anarris said...

SERONOKNYA!!!

Akie Jack said...

hehe :)