Followers

Saturday, November 6, 2010

November Datang Lagi...


Sedar tak sedar, NOVEMBER datang lagi. Banyak perkara2 bermakna dalam hidup aku berlaku dalam bulan November, secara ringkasnya :-

(1) November 2007 - pemergian ayah tercinta ke rahmatullah. Mohammad Amin Abu Bakar. Pemergian ayah memang banyak merubah perancangan aku. Hajat untuk menyambung pelajaran perlu ditolak ke tepi kerana aku perlu menyara keluarga. Final year pada sem pertama aku dah mula mencari kerja, pergi interview ke sana sini. Agak struggle untuk habiskan sem terakhir, sampaikan fokus study aku pun dah kurang. Tapi aku masih berjaya mengotakan janji aku pada ayah.

(2) November 2008 - buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke bumi Eropah iaitu di Milan ITALI. Antara percaya dengan tidak, tapi itulah yang dinamakan rezeki buat adik2 dan mak aku :)

(3) November 2009 - aku pulang ke MALAYSIA setelah tamat kerjaku di Milan. Berat hati nak meninggalkan Itali, tapi apa nak buat. Syukur, aku banyak belajar mengenali lebih realiti MANUSIA dalam tempoh masa hampir 10 bulan aku bekerja di Kuala Lumpur. Yang dikatakan sebagai satu rupa dengan seribu wajah. Hari ini kau boleh jadi kawan, esok lusa boleh jadi lawan. Kita ambil yang keruh dan buang yang jernih, yang penting aku kenal siapa yang dikatakan sebagai SAHABAT aku. Alhamdulillah.


(4) November 2010 - Aku ada di UAE sekarang! Tahun demi tahun berlalu. Rasanya macam baru tahun lepas aku jaga ayah aku masa dia di hospital. Cepat sungguh rasanya. Masih banyak benda yang aku belum buat huhuhu

Lirik dari lagu Apokalips, M Nasir...

"Hidup dan nasib roler koster.
Susah dan senang bersilih ganti,
Bila-bila boleh naik dan turun
Apokalips... "


Macam tulah jugak apa yang kita lalui.. Hidup itu tak semuanya indah dan tak smuanya pahit. Tak semuanya mudah dan tak semuanya susah.Jadi, nikmatilah hidup ini dengan sebaik mungkin. Moga kita semua mensyukurinya dengan menghargai apa yang ada di sekeliling kita. Berhentilah dari terus merungut kerana...

" Minda kaya & berjaya sering mencipta jalan, Minda miskin selalu mencipta alasan..."



10 comments:

Anonymous said...

weih!!..serius aku kabo...sayu ati bace post ko kali ni...specially...part'ayah' ko tu....terharu sangat2....n aku bangga as ur fren sbb ko da sampai thp ni.ape2 pon...caiyok Z!...u r the real man!..keep it up!..:)

Akie Jack said...

haha saja je nak share feeling hua3.
thank u. tapi xdek apa pon azira. saya budak baru belajar! hehee thanks eh tlg setup kan blog aku :)

Anonymous said...

:)

adia_anarris said...

bro! i am finally ur official blog follower :)
anyway, aida paham sgt rasa kehilangan org yg tercinta. aida pun dah rasa kehilangan seorang insan bergelar ayah. susah kan? lagi2 bila kita anak sulung yg jadi harapan pada family. tapi u did it bro! moga2 aida pun ikut jejak langkah bro jgk.

admire ur blog. share la lagi liku2 kehidupan yeah?

Akie Jack said...

hye adik manis! :D thanks sudi jugak baca hehehe
kita senasib ya rupanya. yup, akie doakan yg terbaik jugak buat aida n family. dok kat auckland tu jaga diri k.

okay grazie. will do :)

adia_anarris said...

tak tawu pulak ade blog kan. kalau tak dah lama baca. naseb baek letak kt twitter arini. :P

carl said...

dh tahun 2011 ye bro..pantas btol ko ni...huhu...skang tanpa sedar masa makin pantas berlalu bro...gunakan la masa anda dgn baik...
"Kehilangan seinci emas boleh dicari, Kehilangan seinci masa tidak mungkin dapat dikembalikan"
-hargaila masa yg ada ini dan lakukan yg terbaik utk diri ko dan family ko bro-

salam syg...hahahhaha

Anonymous said...

tweet tweet aida :D ... baru jugak blogging. saja bosang2 hehe
carl. TQSM bro! aku rasa ko ni bob kan? hahaha
salam sayang kembali heheh

carl said...

bob mne lak ni???nape ko pikir aku bob???ape sbb ko pikir mcm tu??

carl said...

http://www.youtube.com/watch?v=dDnrLv6z-mM


saja share bro...ko fhm apa aku nk sampaikan..;)